Pelakon Puteri Sarah mendedahkan dirinya sering menerima komen berbaur hasutan, yang dilihat sebagai cubaan memisahkan hubungannya bersama suami, pengarah Syamsul Yusof.
Menerusi perkongsiannya di Instagram Story, individu tersebut dipercayai sering meninggalkan komen tentang hubungan suaminya dengan wanita lain.
“Makin lama diam, makin menjadi komen. Setiap kali post mesti ada komen you tapi i buat tak tahu. But this time around nak tanye apa motif you eh?,” tulis Puteri Sarah.
Ads
Menurut Sarah, dia sudah lama berdiam tapi lama kelamaan individu tersebut masih lagi berbuat demikian sehingga menimbulkan persoalan tentang motifnya itu.
Ads
Terdahulu, Sarah tidak mahu mengulas lanjut mengenai status perhubungannya bersama Syamsul.
Ads
Bagaimanapun, Sarah berkongsi yang suaminya itu masih menjalankan tanggungjawabnya seperti biasa termasuklah memberikan nafkah.
Penyanyi, Baby Shima tampil membuat laporan polis terhadap pihak penganjur sebuah program kerana didakwa telah menggunakan gambarnya tanpa kebenaran.
Menurut Baby Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli, pihak penganjur didakwa seperi ingin mengambil kesempatan dengan menggunakan nama dan fotonya bagi tujuan promosi
“Saya telah membuat laporan polis kerana pihak penganjur telah menggunakan gambar saya sebanyak tiga kali. Kali pertama dan kedua, saya boleh maafkan tetapi bila dah tiga kali, saya tak boleh berdiam diri.
“Pihak penganjur telah memanipulasikan nama saya untuk menarik pengunjung datang ke program mereka sedangkan saya tiada di program tersebut.
“Mungkin mereka juga mahu menjual tapak jualan di program tersebut dan untuk mendapatkan tajaan,” katanya kepada MH.
Shima berkata sedemikian ketika ditemui selepas selasai membuat laporan polis di Balai Polis Mutia Damansara, Petaling Jaya pada Jumaat.
Pada masa sama, penyanyi lagu Bang Jamal ini turut menangkis dakwaan pihak penganjur yang mengatakan pengurusnya telah bertindak biadap.
“Setahu saya, pada awalnya, pengurus saya telah pun bercakap elok-elok kepada penganjur program tersebut. Pengurusan saya bertanya, kenapa pihak mereka masih lagi menggunakan gambar saya untuk mempromosikan programnya.
“Kemudian dia terus melenting. Dia cakap pengurus saya tak beradab dan asyik nak mengugut untuk saman. Macam mana pengurus saya tak geram kalau dia sendiri yang memuat naik gambar kita tanpa kebenaran.
“Pada saya, dalam hal ini, dia yang bersalah tapi dia pula yang menyalahkan pihak saya. Dia juga turut melibatkan syarikat rakaman, ibu bapa dan keluarga saya di dalam hal ini.
“Artis lain pun kalau guna nama mereka tanpa izin, mereka juga akan ambil tindakan,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Baby Shima turut menegaskan pihaknya akan mengambil tindakan yang lebih berat sekiranya perkara ini berulang lagi pada masa akan datang.
“Kepada penganjur program tersebut, berhentilah menipu orang. Haram duit yang dapat tu.
“Mungkin pihak tersebut ingat saya tak ambil serius dalam hal ini tapi kalau sekali lagi pihak di sana buat hal yang sama, saya tak teragak-agak untuk ambil tindakan yang lebih serius,” akhirinya.
Sekadar informasi, konsert yang bakal diadakan itu dijadualkan akan berlansung di Johor Bahru.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Program The Masked Singer Malaysia 3 (TMSMY3) melakukan kejutan apabila Cik Mawas yang kononnya menjadi peserta pertama tersingkir sebenarnya ialah penyanyi popular, Misha Omar.
Identiti penyanyi lagu Ku Seru itu akhirnya terjawab selepas dia membuka maskot sejurus diumumkan sebagai peserta yang menerima markah terendah untuk minggu ini daripada barisan juri.
‘Cik Mawas’ sebelum itu menyanyikan lagu Mungkin Hari Ini Esok Atau Nanti oleh Anneth yang sekaligus menyaksikan tiada penyingkiran bagi minggu ini.
Malah, Misha turut diumumkan sebagai juri kesembilan dan sama-sama bakal menjurikan TMSMY3 bersama lapan juri lainnya bermula minggu depan.
“Kita memang game dia itulah… tak akan terdapat di dalam rancangan yang lain. Bagi rasa ia berbentuk hiburan. Plot cerita… semuanya akan berkembang kan.
“Jadi sudah tentulah kena ada elemen-elemen macam ini,” kata Misha selepas ditanya mengenai perasaan bergelar peserta dan juri pada masa sama.
Minggu hadapan bakal menyaksikan 14 lagi maskot berentap dan maskot tersebut adalah Mawar Berduri, Kurita, Si Tangkis, Betta Fish, Lollipop dan Bertih Jagung.
Turut bersaing termasuk Zirafah, Abang Burger, Mr Parrot, Manggis, Pizza Panas, Brokoli, Nyoq Muda dan Dewi Angsa.
TMSMY menggunakan format asal program realiti popular dari Korea Selatan, The King of Mask Singer yang juga diadaptasi di negara-negara lain seperti Indonesia, Thailand, China dan Amerika Syarikat.
Mengekalkan format asal program realiti The King of Mask Singer, kesemua peserta TMSMY musim ini akan memakai kostum menutupi susuk tubuh sambil menyembunyikan identiti masing-masing.
Hanya suara dan kreativiti persembahan sahaja yang akan menjadi pertaruhan untuk menentukan kedudukan peserta dari minggu ke minggu sehinggalah dinobatkan sebagai juara.
TMSMY3 berlangsung selama 10 minggu dan sesi rakaman dijalankan di Putrajaya International Convention Centre (PICC).
The Masked Singer Malaysia musim ketiga bersiaran pada setiap Jumaat, mulai 23 Disember 2022, jam 9.00 malam di saluran Astro Warna HD.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Setelah hampir enam bulan menyepi dan hilang daripada radar media sosial, pempengaruh yang juga merupakan adik kepada selebriti terkenal, Neelofa, Ameera Khan akhirnya kembali mengaktifkan akaun Instagram miliknya.
Menerusi hantaran pertamanya, Ameera berkongsi momen-momen sewaktu dia menyambut hari lahirnya yang ke-22 di Dubai baru-baru ini.
Malah, dia turut memuat naik video swafoto buat tatapan para pengikutnya.
Dalam hantaran berasingan pula, Ameera akui teruja apabila berkesempatan menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah.
Katanya, ia merupakan hadiah terbaik sempena hari lahirnya.
Hasil tinjauan MH di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti terut menzahirkan rasa teruja dan berharap agar Ameera sentiasa berada dalam keadaan baik.
“Welcome back,” katanya pengacara, Yaya Zahir.
“Love you my sister,” respon kakaknya yang juga merupakan usahawan, Noor Nabila.
“I love you,” komen pelakon dan penyanyi, Daiyan Trisha.
“You’re back. Long time no see. Happy birthday Ameera,” balas seorang netizen.
“Omg she’s back. We miss you,” komen seorang lagi netizen.
Terdahulu, tindakan Ameera memadam akaun Instagram miliknya nyata telah mengundang tanda tanya ramai pihak.
Malah, sebelum ini juga, Neelofa ada memaklumkan Ameere memutuskan untuk berehat seketika dan mencari haluan diri.
Pempengaruh media sosial, Maryam Younarae berkongsi dirinya ada menerima pertanyaan daripada sahabat baiknya dari Korea Selatan mengenai kehidupannya selepas memeluk agama Islam.