Pelakon kelahiran Malaysia yang mencipta nama di Hollywood, Henry Golding bakal bergandingan dengan dua pelakon wanita popular iaitu Charlize Theron dan Uma Thurman menerusi filem sekuel, The Old Guard 2 terbitan Netflix.
Henry, 35, dan Uma, 52, merupakan muka baharu yang akan muncul dalam filem sekuel tersebut yang sebelum ini mendapat sambutan hangat daripada pelayar Netflix.
Selain Charlize, filem terbaharu itu juga bakal mengekalkan barisan pelakon asal The Old Guard iaitu KiKi Layne, Matthias Schoenaerts, Marwan Kenzari, Luca Marinelli, Veronica Ngo dan Chiwetel Ejiofor.
Nama aktor yang dilahirkan di Betong, Sarawak ini terus mewangi di persada perfileman Hollywood selepas membintangi filem box office, Crazy Rich Asians pada tahun 2018.
Ads
Selepas itu, dia turut berpeluang berlakon di samping Blake Lively dan Anna Kendrick menerusi filem A Simple Favor dan Emilia Clarke dalam filem The Last Christmas.
Ads
Tidak terhenti di situ, bapa kepada seorang cahaya mata itu juga turut menunjukkan bakatnya menerusi filem aksi, Snake Eyes yang diterbitkan tahun lalu.
Sekadar info, Henry yang mempunyai darah kacukan Inggeris-Iban mendirikan rumah tangga dengan personaliti TV Taiwan, Liv Lo pada 2016.
Ads
Pasangan itu mempunyai seorang anak perempuan, Lyla Golding yang kini berusia setahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Henry Golding
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
“Saya nak maklumkan kepada saudara-mara atau pun kenalan-kenalan yang mengenali abang saya, Dato Wan Suhaimi atau pun orang panggil Abang Mie baru sahaja menghembuskan nafas terakhir setelah lama juga dia sakit.
“Sekarang baru sahaja lima minit, 11.50 malam (Selasa) dia pun telah menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital di Kota Bharu.
“Saya mohon pada semua yang mengenali beliau agar mendoakan, ampunkan segala dosa, halalkan segala hutang… doakanlah abang saya. Dia abang saya yang paling baik,” katanya sebak menerusi video yang dikongsikan.
Sementara itu pada ruangan kapsyen di hantaran sama, Nora turut akui arwah sebagai abang penyayang yang sentiasa menyokong kerjaya seninya.
“Saya ingin maklumkan bahawa abang saya, Dato Wan Suhaimi baru saja menghembuskan nafas terakhir sebentar tadi di hospital Kota Bharu. Mohon doakan, diampuni dosa-dosa dia dan ditempakan bersama orang beriman.
“Dia adalah satu satunya abang yang paling baik dan sangat penyayang dengan saya serta selalu support kerjaya saya.
“Kesihatan abang Mie mula terganggu semenjak kematian isterinya yang tercinta. Al fatihah. Ja (Nora) sayang abang Mie, tapi tuhan lebih menyayangi dia,” tulis Nora.
Peminat dah rakan selebriti turut meninggalkan ucapan takziah serta mengucapkan al-Fatihah atas pemergiaan abang tersayang di ruangan komen.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Aweera mengakui dia cerewet dalam soal pemilihan lagu dan lirik demi memastikan naskhah yang dikeluarkan kekal relevan dalam tempoh lama.
Aweera atau nama sebenarnya, Nasharul Aweera Norhissam, 31, berkata dia lebih mengutamakan karya yang bersifat malar segar.
“Macam contoh, lagu Isabella. Kalau dengar rasa macam baru semalam dilancarkan. Saya nak begitu. Kalau penyanyi lain mahu ketengahkan benda yang viral, itu terpulanglah. Itu hak masing-masing.
“Cuma bagi saya, saya lebih pentingkan naskhah yang ‘masterpiece’, maksudnya mungkin dalam tempoh 20, 30 tahun lagi orang tetap akan ingat lagu kita. Itu yang saya mahu,” katanya.
Aweera bakal melancarkan single baharu, Menakluk Hatimu ciptaaan Tam Spider dan liriknya ditulis Keon, Julai depan.
Kali terakhir Aweera muncul dengan lagu Wanita Cinta Teragung, lebih enam tahun lalu.
Ditanya perjalanan seninya selepas menyertai program Gegar Vaganza 8 (GV8), Aweera tidak menafikan dia kini kian matang mengatur perjalanan seni.
“Sebelum ini, macam-macam isu yang pernah saya telan. Saya ambilnya sebagai pengajaran. Saya tidak menyalahkan sesiapa. Saya salahkan diri sendiri. Ketika itu masih muda dan saya belajar. Insya-Allah semuanya akan lebih baik.
“Senang cerita ini ‘the new Aweera’, doakan sayalah. Saya mengaku silap, kita hamba yang lemah. Saya pernah berada di atas sebelum ini. Apa yang berlaku banyak mengajar, beri pengajaran,” katanya pada Majlis Rumah Terbuka Jennaira Holdings Sdn Bhd x Arviena di Hotel Royal Chulan, Petaling Jaya pada Ahad.
Jennaira Holding yang diusahakan Datin Seri Azlina Hanim dan suami, mempunyai beberapa rangkaian bisnes lain seperti minuman, makanan, ais krim yogurt, produk kesihatan serta beberapa perniagaan lain.
“Tudung Jennaira bersama dutanya, Arviena masih dikira baru dan alhamdulillah setakat ini sambutan yang diterima secara dalam talian cukup positif.
“Kami keluarkan tudung ini secara tiga peringkat menerusi 10 corak dan konsep berbeza. Ia menggunakan fabrik satin, ada bawal dan juga shawl. Harganya mampu milik, RM70 sehelai dan syukur, ia juga turut dipasarkan di Indonesia.
“Setiap keluaran itu terhad. Kena ‘pre-order’, jadi ia lebih eksklusif dan insya-Allah, koleksi baru akan dilancarkan bersempena Hari Raya Haji nanti,” katanya yang turut optimis mengeluarkan telekung, tidak lama lagi.
Percaya rezeki lebih bermakna bila dikongsi, Azlina berterima kasih kepada semua pihak yang sudi bersama-sama menjayakan rumah terbukanya, tahun ini.
“Kita jemput lebih 700 anak tahfiz dan anak yatim untuk sama-sama meraikan hari raya. Malah ketika sambutan hari jadi suami dan buka puasa sebelum ini, kami turut jemput mereka. Sudah jadi satu tradisi bagi kami di Jennaira Holding.
“Malah setiap pembelian tudung ini atau mana-mana produk keluaran kami, mereka secara tak langsung turut menderma dalam menjayakan rumah terbuka ini.
“Majlis yang bermula sekitar jam 2.00 petang dan membawa ke malam dengan tema Bollywood berjalan lancar syukur alhamdulillah,” katanya lagi.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Berita pemergian bintang versatil, Allahyarhamah Adibah Noor lewat petang Sabtu akibat kanser ovari tahap empat nyata menyentap emosi peminat, termasuk rakan-rakan industri seni dan teman media.
Rata-rata memberikan penghormatan terakhir dan membacakan al-Fatihah buat penyanyi, pelakon dan hos kesayangan ramai itu.
Malah, ada di antara rakan selebriti yang berkongsi momen indah bersama arwah, termasuk penyanyi Aina Abdul.
Pelantun lagu Sepi ini mendedahkan, Adibah atau mesra disapa Kak Dib merupakan antara artis terawal yang percaya akan bakat seninya.
“Arwah Adibah Noor, antara figura awal yang memberi semangat terhadap Aina untuk terus kuatkan usaha di awal-awal pembabitan sebagai anak seni, sekitar tahun 2015.
“I am sad. I am devastated. Tenanglah di sana Kak Adibah Noor. Al-Fatihah,” titip Aina menerusi Insta Stories, sebaik mengetahui berita pemergiaan Allahyarham.
Terdahulu, Seniman dalam kenyataan media memaklumkan, Adibah Nor atau nama sebenarnya, Adibah Noor Mohamed Omar telah kembali kerahmatullah pada jam 6.30 petang Sabtu di Hospital Gleneagles, Kuala Lumpur di usia 51 tahun.
Beliau dilahirkan pada 3 September 1970 di Kuala Lumpur.
Selain aktif seni, Allahyarham pernah bergelar guru subjek Bahasa Inggeris selama dua tahun.
Antara filem lakonan Adibah yang cukup popular menerusi lagu Terlalu Istimewa ini termasuklah Sepet, Buli Balik, Gubra, Mukhsin, Talentime dan banyak lagi.
Penyanyi Misha Omar tumpang gembira dengan kejayaan yang diraih rakan penyanyi, Ernie Zakri yang dinobatkan sebagai penerima Anugerah Bintang Paling Popular ke-37 (ABP37), malam tadi.