Penyanyi, Shila Amzah menyifatkan ibu kepada tunangnya yang juga merupakan pempengaruh, Ubai, Allahyarham Rohani Jamal sememang seorang wanita yang kuat meskipun diduga dengan pelbagai ujian berat.

Menurut Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah, hubungannya bersama ibu Ubai sangat akrab sehingga turut menjadi tempatnya untuk meluahkan perasaan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shila Amzah (@shahilaamzah)

“Semoga orang yang nak bernikah, buat video counting days. Dari bulan ke minggu dan ke hari tapi saya dan Ubai ulang alik hospital hampir setiap hari demi mak.

“Kita tak banyak gambar bersama tapi saya sangat bersyukur walau belum jadi menantu pun mak dah layan saya macam anak sendiri. Keluh kesah saya semua mak pujuk.

“Dari adik meninggal dua bulan lepas mak tetap jadi yang paling kuat. Kami pun tak mampu jadi sekuat mak. Dalam baru kehilangan anak pun masih tetap nak bagi semangat dekat orang lain,” tulisnya.

Nukilan itu dikongsikan sendiri oleh penyanyi lagu Patah Seribu itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.

IKLAN

“Mak Bagi Kad Kahwin Dekat Orang Di Hospital, Mereka Tahu Dulu,” – Ibu Ubai Meninggal Dunia, Nukilan Shila Amzah Buat Ramai Sebak

Jelas Shila lagi, dia dan Ubai mahu ibunya itu hadir ke majlis hari bahagia mereka namun percaya perancangan Allah jauh lebat baik.

“Mak adalah orang yang paling teruja bila hal berkaitan perkahwinan. Banyak kali mak cakap ‘kalau mak sihat, korang tak payah penat. Hantaran ke apa memang tangan mak akan buat’.

“Dah ditakdirkan mak sakit. Bukan semua orang ada rezeki untuk dapat mak mertua yang baik. Percayalah, saya bersyukur sangat dapat juga merasa walaupun seketika,” kongsinya lagi.

IKLAN

Dalam pada itu, Shila turut mendedahkan sebulan yang lalu merupakan tempoh yang sukar buat dirinya dan Ubai memandangkan mereka juga harus membuat persiapan majlis perkahwinan mereka.

“Mak bagi kad kahwin dekat semua orang di hospital. Satu hospital tahu bila tarikh nikah kami. Pesan dekat semua, ‘apa-apa jadi, teruskan majlis dan jangan tangguh’. Mak, enam hari sahaja lagi. Macam mana Sha nak kuat ni mak?

“Hari-hari pergi hospital menangis dalam kereta. Naik atas, ketawa dengan mak. Masuk kereta, nangis lagi. Itulah rutin kami sebulan ini mak. Saya sayang dan ak rindu mak sangat. Al-Fatihah,” akhirinya.

IKLAN

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa hiba selain turut memberikan kata-kata semangat buat Shila dan Ubai.

Terdahulu, ibu Ubai dilaporkan meninggal dunia pada jam 6.45 petang Ahad di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya.

Difahamkam, Allahyarham sebelum ini bertarung dengan penyakit barah dihidapinya.

Shila dalam temu bual bersama media baru-baru ini memaklumkan masih menunggu masa sesuai untuk mengumumkan majlis pernikahan mereka memandangkan ibu Ubai masih dirawat di hospital.

Difahamkan ibu Ubai telah selamat dikebumikan di salah sebuah tanah perkuburan di Petaling Jaya, malam tadi.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI