Pengasas kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri mendedahkan mesej peribadi seorang pengguna media sosial yang diberikan kepadanya berkaitan isu anak angkat.
Kongsi teks seperti yang dimuat naik penyanyi Abang Nak Tegur itu, ia antara lain berkongsi mengenai pengalamannya di dalam menjaga anak angkat, serta tuntutan oleh ibu bapa anak kandung anak angkat yang diambil.
Lalu menerusi ruangan kapsyen, Aliff berkata jika hal tersebut diketahui awal, dia tidak mahu mengambil anak angkat.
“Kalau tau macam ni tak nak aku ambil anak anak ini. Banyak modal dah habis. Siapa tak faham lagi sila baca.
“Benda yang sama berlaku pada saya,” tulisnya.
Lalu, keluhan tersebut menerima pelbagai komen dari netizen termasuk rakan selebriti, Abby Abadi yang sebelum ini cukup aktif membantu mereka yang ingin mendapatkan anak angkat.
Kata pelakon Gerak Khas itu, ibu bapa kandung tidak mudah untuk menuntut kembali anak mereka, kecuali atas sebab-sebab tertentu.
“Tak semudah itu nak tuntut tanpa sebab. Kecuali berlaku kes-kes yang membuatkan bayi teranaiya atau apa-apa isu berbangkit, baru si ibu boleh menang.
“Ingat hakim tak tanya ke kenapa bagi? Apa pun, kalau ada dokumen, kena fight di mahkamah,” komennya.
Terdahulu, isu mengenai tuntutan kembali anak angkat Aliff Syukri mulai timbul apabila ada pihak yang menganggap salah seorang anak angkatnya, Qayyum tidak dijaga dengan baik.
Perkara tersebut dinafikan Aliff dan isterinya, Datin Seri Nur Shahida.
Malah, difahamkan ibu kandung kepada kanak-kanak lelaki itu juga dikatakan mahu mengambil seterusnya menjaga kembali anaknya.
Foto: Instagram Aliff Syukri
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
“Setiap kali pejam mata terbyg kejadian air panas tu…setiap kali tu laa akan jadi byk ‘KALAU LAAA AKU TAK INI, TAK ITU…’
“Mommy tak kuat tgk awk mcmni. Mommy tak putus doa utk awk berdua, agar dilindungi Allah dari bala, bencana & kemalangan..setiap hari..semua ada hikmah. Allah Maha Mengetahui,” tulisnya.
Pada masa sama, Iesya turut menyatakan rasa terima kasih buat semua yang memberikan kata semangat atas apa yang terjadi.
“Alhamdulilah terima kasih Husband, umi, Mama, Tokmi, aunties, adik2, family & semua sahabat2 yg baik bagi semangat.. Ada kata ‘org yg anak 10 ök je jaga, kau ni mak yg cuai’ ya..
“Sya baca dan tambah sedih! Smpai xnak tgk diri sendiri! Terima kasih krn ‘membantu’.. Tokmi anak 9, ada sorang Uncle Sya pun tkena simbah bubur yg baru masak. Melecur teruk.
“Tokmi kata selalu Tokmi letak kt atas, nak jadi sbb hari tu kt bawah.. semua bersebab yg mana2 Ibu pun xmahu jadi. Harraz Daiyan nangis bile pain killer dah abis.Tolong doakan harraz ya,” pintanya.
Sementara itu, posting yang dimuat naik selebriti itu awal malam tadi turut membuatkan ramai yang bersimpati.
Pelakon, Ramona Zam-Zam telah kehilangan ribuan gambar di akaun Instagrammya miliknya baru-baru ini.
Difahamkan, perkara itu terjadi apabila aplikasi media sosial Ramona itu dikatakan telah digodam seorang lelaki dipercayai dari Turkey.
Malah, lelaki berkenaan juga telah menutup ruangan komen bagi setiap gambar.
Bagaimanapun, bekas peserta Dewi Remaja 2009/10 itu telah membuka akaun baru yang kini memiliki hampir 2,000 pengikut.
Menerusi Instagram Storiesnya pula, Ramona kelihatan tenang dan reda akan perkara yang berlaku.
“Hello hai gais, saya sedang menunggu feedback dari pihak Instagram berhubung perkara ini. Hopefully dpt balik IG yg asal. Sedihnya!!!,” kata Ramona atau nama sebenarnya Ros Ramona Qadira Mohd Zamzam.
Terdahulu,perkara sedemikian pernah terjadi kepada selebriti lain seperti Aliff Aziz,Jihan Muse dan Janna Nick.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini memilih untuk menyerahkan kepada proses perundangan apabila namanya terpalit dengan kontroversi melibatkan tuntutan wang berjumlah RM1.3 juta oleh suami...