Usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Vida memilih untuk menukar bilik penginapannya di sebuah hotel kerana mahukan bilik yang luas selain menghadap laut.
Melalui perkongsian video yang dimuat naik di Instagram miliknya, penyanyi lagu Kuikhlaskan itu pada awal dilihat tidak berpuas hati dengan bilik yang ditempah.
Dia bagaimana pun gembira kerana berjaya tukar bilik yang dirasakannya lebih selesa.
Filem terbaharu arahan Syafiq Yusof iaitu Abang Long Fadil 3 (ALF3) bakal menjengah ke pawagam seluruh negara bermula 8 September ini.
Mengakui bersedia sekiranya ALF3 dibandingkan dengan filem abangnya, Syamsul Yusof yang cemerlang menerusi naskhah Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan, Syafiq melihat perkara itu dari sudut positif.
“Macam saya tak nak bandingkan tapi tetap akan ada orang bandingkan… tapi saya kena terima sahajalah sebab kadang-kadang yang komen adalah penonton yang mana merupakan pelanggan buat pengkarya filem.
“Kadang-kadang komen penonton saya baca juga, apa yang saya boleh baiki, saya baiki.
“Tapi sebab saya adik dia (Syamsul) memang orang akan tetap compare, nak buat macam mana.
“Saya tak pernah nak fikir beat dia pun. Bagi saya, abang dan ayah saya macam sifu, saya banyak belajar daripada mereka. Filem saya pun sama acuan dengan mereka,” kata Syafiq.
Sementara itu, Syafiq turut mendedahkan ibunya, Datin Patimah Ismail pernah secara berseloroh berkata, kemungkinan filemnya kurang berjaya mencatat kutipan memberansangkan kerana dia bukan seorang pelakon seperti bapa, Datuk Yusof Haslam dan abangnya yang bermula sebagai seorang pelakon dalam industri hiburan.
“Mak saya pernah cakap mungkin sebab saya bukan pelakon (filem flop) tapi saya memang tak minat berlakon,” katanya berseloroh.
ALF3 merupakan filem kesinambungan Abang Long Fadil dan Abang Long Fadil 2 yang ditayangkan pada 2014 dan 2017.
ALF3 menampilkan barisan pelakon hebat seperti Zizan Razak, Johan, Elizabeth Tan, Maya Karin, Datuk AC Mizal, Shuib, Kazar, Ozlynn Waty, Tania Hudson, Daniella Sha, Joey Daud, Jay Iswazir, Khir Rahman dan Siraj.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pengacara dan penyampai radio, Deen Madian bengang selepas mendakwa anak perempuannya Leia Zarra kerap kali digigit rakan ketika di sekolah.
Menurut Deen, penjaga kepada kanak-kanak tersebut didakwa mengambil mudah dan menyerahkan hal tersebut kepada pihak sekolah.
“Last week Leia Zarra kena gigit dengan budak playschool dia. Kali ketiga budak tu buat dia. Mak budak tu boleh mesej macam ni. Budoh bukan?
“Anak kau yang ganas, cikgu pula yang kena pay attention dekat anak kau? Semuanya bermula dari rumah ye ibu-ibu bapak-bapak,” tulisnya.
Kisah tersebut dikongsikan oleh penyampai radio Buletin FM itu menerusi hantaran di Instagram stories.
Malah, penyampai radio asal Sarawak ini juga percaya didikan awal kanak-kanak itu harus bermula sejak di rumah lagi.
Lantaran itu, Deen berharap agar para ibu bapa dapat memberikan perhatian secukupnya buat anak-anak agar segala tindak tanduk mereka dapat dikawal sejak di usia muda lagi.
“Kau tu patut pay extra attention dekat anak kau yang kurang kasih sayang sebab tu mengganas dekat sekolah. Nak perhatian mak bapak dia. Buat anak pandai. Jaga anak bebal,” ujarnya lagi.
Sekadar informasi, Deen telah mendirikan rumah tangga bersama pilihan hati Siti Nur Warda Aminuddin pada Disember 2016.
Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Leia Zarra yang kini berusia tiga tahun.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Deen Hot FM
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Ashraf Muslim mendedahkan dirinya telah terlibat dalam satu insiden kemalangan yang tidak disengajakan sewaktu menjalani penggambaran drama Demi.
Menurut Ashraf, rakan pelakon, Kith Foo dikatakan tidak sengaja menumbuk hidungnya dengan kuat sehingga menyebabkan berlakunya pendarahan.
Bagaimanapun, Asyraf menyifatkan insiden tersebut merupakan perkara biasa di dalam dunia lakonan.
“Sewaktu menjalani penggambaran di Bukit Fraser, ada berlaku kemalangan kecil ketika melakonkan satu babak. Kith Foo tak sengaja menumbuk saya sehingga tercedera di bahagian hadapan hidung.
“Namun, saya anggap insiden tersebut adalah normal dalam dunia lakonan. Kadang-kadang ada risiko yang kita tak perasan. Bila dah terjadi kita kena tanggung sendiri. Walau pun dah berlatih, kalau nak jadi, tetap jadi juga,” katanya kepada MH.
Pelakon berusia 40 tahun ini turut memberitahu dia terpaksa memandu sendiri untuk turun daripada Bukit Fraser bagi mendapatkan rawatan.
Lantaran itu, dia terpaksa menangguhkan segala aktiviti penggambaran kerana dirawat di hospital selama lima hari .
“Saya boleh katakan ini merupakan antara kecederaan yang paling serius sepanjang bergelar pelakon. Selepas kejadian tersebut, saya terpaksa turun daripada Bukit Fraser kerana di situ tiada klinik atau hospital pakar.
“Saya terpaksa turun dengan keadaan trafik yang agak sesak sebab hari minggu. Perjalanan tu jadi dua jam. Saya terpaksa berhenti di tepi jalan sebab nak muntah dan darah berjujuran.
“Saluran hidung pecah. Jadi, saya terpaksa ditahan di wad hampir lima hari,” kongsinya lagi.
Ketika ditanya adakah kejadian tersebut membuatkan dirinya fobia untuk kembali melakonkan babak-babak pergaduhan, Ashraf memberitahu, dia cuma akan lebih berhati-hati selepas ini.
“Selepas itu saya sambung penggambaran semula. Saya Kith jadi agak risau juga. Bila ada babak tolak menolak kami dah seram.
“Saya tidalah serik cuma saya akan lebih berhati-hati sahaja. Sebelum mula penggambaran, sebaiknya ada rehearsal dahulu supaya kita dapat gambaran sesuatu babak dan mengelak daripada kecederaan.
“Saya dah berlakon hampir 20 tahun. Insiden seperti ini tetap boleh berlaku walaupun ini bukan drama aksi tapi perkra seperti ini boleh terjadi,” akhirinya.
Terdahulu, drama Demi kini sedang ditayangkan di saluran TV Okey pada setiap hari Selasa hingga Jumaat jam 9 malam.
Selain Ashraf, drama sarat emosi ini turut akan menampil barisan pelakon seperti Keith Foo, Puteri Aishah, Riz Amin dan ramai lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Ashraf Muslim
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Seorang lelaki berusia 26 tahun ditahan pihak berkuasa selepas dipercayai menjadi dalang di sebalik kebocoran filem animasi yang belum ditayangkan, The Legend of Aang: The Last Airbender yang juga karya terbaharu dalam francais popular, Avatar.