{"subsource":"done_button","uid":"3FA4DA1D-18C4-425B-BE78-00E15E00D93F_1625198548536","source":"other","origin":"unknown","source_sid":"3FA4DA1D-18C4-425B-BE78-00E15E00D93F_1625198627091"}

Selepas lebih sebulan dikurniakan cahaya mata ketiga, akhirnya pelawak dan penyampai radio, Jep Sepahtu berkongsi wajah penuh anak bongsunya itu buat tatapan umum.

Pendedahan tersebut dikongsikan sendiri Jep atau sebenarnya Mohd Nadzri Zainal Abidin menerusi entri terkini di laman Instagram.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Jep Sepahtu (@jepsepahtu)

“Abu Bakr bin Mohd Nazri. #AnakAbah,” tulisnya ringkas.

“Macam Nama Sahabat Paling Rapat Dengan Rasulullah SAW,” – Comelnya Anak Bongsu Jep & Sari Yanti, Namanya Abu Bakr! “Macam Nama Sahabat Paling Rapat Dengan Rasulullah SAW,” – Comelnya Anak Bongsu Jep & Sari Yanti, Namanya Abu Bakr!

Menerusi entri sama, Jep turut memaklumkan dia dan isteri yang juga merupakan pelakon, Sari Yanti telah pun bersepakat untuk menamakan anaknya itu Abu Bakr.

Terdahulu, Sari telah pun selamat melahirkan bayi lelaki itu pada tanggal 15 Mei yang lalu.

IKLAN

Entri yang turut disertakan dengan tanda pagar #AnakAbah itu nyata menarik perhatian ramai pihak malah ia juga turut dihujani ribuan komen.

“Macam Nama Sahabat Paling Rapat Dengan Rasulullah SAW,” – Comelnya Anak Bongsu Jep & Sari Yanti, Namanya Abu Bakr!

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan memuji wajah comel bayi tersebut selain turut mendoakan semoga anaknya itu membesar menjadi anak yang soleh.

“Memang nama legend. Susah nak jumpa nama macam ni sekarang. Comelnya awak ni.

“Semoga membesar dengan sihat dan menjadi anak kebanggaan mama abah.

IKLAN

“MasyaAllah sedap nama anak Abang Jep. Nama sahabat nabi.

“MasyaAllah semoga anaknya menjadi soleh dan memberi kebaikkan untuk kedua orang tuanya. Dan menjadikan Saidina Abu Bakar sebagai tauladan hidupnya,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.

“Macam Nama Sahabat Paling Rapat Dengan Rasulullah SAW,” – Comelnya Anak Bongsu Jep & Sari Yanti, Namanya Abu Bakr!

Untuk rekod, Jep dan Sari telah mendirikan rumah tangga pada Februari 2017 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Dariya Inara, 3, dan Muhammad Khidir yang kini baru berusia lapan bulan.

IKLAN

Hasil perkahwinan terdahulu, Sari turut mempunyai dua orang anak lelaki iaitu Barr Al Aliy, 11, dan Baasit Al Haq, 10.

Dalam perkembangan lain, Media Hiburan kini sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.

“Macam Nama Sahabat Paling Rapat Dengan Rasulullah SAW,” – Comelnya Anak Bongsu Jep & Sari Yanti, Namanya Abu Bakr!

Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!

Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!

Sumber: Instagram Jep Sepahtu & Sari Yanti

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI