Pelakon dan pengarah, Khir Rahman mendedahkan dirinya tidak mempunyai masalah sekiranya pihak stesen tv melantik sesiapa sahaja untuk menjadi juri bagi program pertandingan lawak meskipun tidak mempunyai pengalaman di dalam dunia komedi.
Bagaimanapun, Khir berpandangan mereka ini haruslah mempunyai sifat sedar diri dan ruang sebelum memberikan sebarang komentar.
“Yang menjadi keresahan saya bila menonton program pertandingan lawak sebelum ini, ada sesetengah jurinya yang bukan daripada dunia komedi.
“Contohnya bila pihak produksi melantik pemain bola untuk menjadi juri, hampir pastilah dia tiada pengalaman berada di atas pentas dan tak pernah belajar tentang apa itu komedi.
“Jadi, dia harus bercakap dalam kapasiti dan ruang dia sahaja. Sama ada dia terhibur atau tidak. Itu sahaja. Janganlah pula bagi tunjuk ajar untuk buat itu ini. Tak perlu. Ini bukan forte dia,” katanya kepada MH.
Katanya lagi, dia juga tidak menafikan keperluan program-program lawak untuk menjemput para selebriti seperti penyanyi atau pelakon untuk menjadi juri agar penilaian itu dapat dibuat daripada sudut yang pelbagai.
Ads
“Saya tak kata ia salah. Saya sambut baik Ayda Jebat jadi juri bersama kami. Dia boleh memberikan penjurian daripada sudut lakonan, nyanyian atau persembahan pentas.
“Bagi kami mungkin tak kelakar tapi bagi dia kelakar. Masing-masing boleh bagi pandangan. Jadi, sedar ruang itu sangat penting. Kalau tidak, ia akan nampak kamu seperti mengajar tak kena tempat.
“Ayda boleh memberi pandangan daripada sudut mereka yang bukan pelawak. Setidak-tidaknya dia boleh bercakap mengenai citarasa penonton,” ujarnya lagi.
Khir berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media program Awesome Raja Lawak yang berlangsung di Petaling Jaya pada Rabu.
Selain Khir, program ini juga bakal dijurikan oleh penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat serta pelawak lagenda, Saiful Apek.
Ads
Dalam pada itu, Khir turut merasakan para juri harus memberikan penilaian daripada segenap aspek agar potensi sebenar pelawak itu dapat dicungkil.
“Juri tidak boleh ada sikap yang merasakan mereka ini tidak boleh dikritik atau boleh sesuka hati memberikan keputusan hanya kerana mereka juri. Mereka bukan berkuasa penuh.
“Mereka ada tanggungjawab dan amanah untuk dilaksanakan. Juri ini bukan sekadar untuk menyingkirkan peserta, ada tugasan yang lebih penting.
Ads
“Kalau tak kelakar, kita cari potensi lainnya. Bukan main terus buang je. Mungkin peserta itu ada potensi tetapi pasangannya tidak kena.
“Ramai ingat penjurian ini dari sudut kelakar atau tidak sahaja. Kami kena bersama dengan pihak stesen tv untuk buat keputusan.
“Apapun, setiap manusia itu ada maruah. Kita boleh tegur mereka tapi bukan menghina. InsyaAllah kami akan cuba sehabis baik,” akhirinya.
Selepas hampir 9 tahun tiada penganjuran, Awesome Raja Lawak bakal bersiaran secara lansung di Studio FINAS, Hulu Kelang dan diturut disiarkan di Awesome TV pada setiap Rabu jam 9 malam mulai 7 September ini.
Seramai 14 peserta bakal bersaing bagi merebut hadiah utama berjumlah RM50,000 beserta trofi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Terdahulu, Izreen sebelum ini pernah berkahwin dengan seorang jurukamera, Muhammad Riza pada 2012 namun berpisah pada 2014 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Adrian Umar.
Manakala suaminya kini, Ude juga pernah mendirikan rumah tangga bersama Intan Liana Saleh pada Mac 2013 namun bercerai pada Mac 2018. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki.
Pasangan tersebut mendirikan rumah tangga bersama Ude atau nama sebenarnya Muhammad Radzi Abdul Wahid pada 8 Ogos 2018 di Damansara, Petaling Jaya.
Izreen selamat melahirkan anak keduanya bernama Aaron Ibrahim pada 29 Jun yang lalu.
Foto : Instagram Izreen Azminda
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Harris Annuar berazam untuk menjadikan bacaan dan tadabbur hadis sebagai rutin harian bersama isteri, Asha Merican sepanjang Ramadan ini.
Menurut Harris, dia merasakan ikhtiar ini akan lebih mengeratkan hubungannya dengan isteri.
“Sebelum bulan Ramadan, kami akan mengadakan bacaan hadis bila ada waktu sahaja. Jadi, bulan ini, kami berazam untuk membaca hadis setiap hari seperti mana selepas berkahwin dahulu.
“Kami akan baca tiga hingga lima ayat selepas solat lima waktu supaya rumah sentiasa sejuk dan mengelakkan daripada pergaduhan-pergaduhan besar.
“Rutin ini saya peroleh ketika menuntut ilmu bersama tabligh. Kita kena baca taklim agar hati kita sentiasa terbuka, tenang dan terhindar daripada memikirkan perkara yang bukan-bukan,” katanya kepada MH.
Malah, ia juga secara tidak langsung akan memberikan petunjukkan dalam setiap permasalahan yang berlaku di dalam kehidupan seharian.
“Bacaan taklim ini lebih seronok jika kita buka secara rawak. Tak perlu ikut muka surat dan sertakan sekali dengan niat. Kemudian, baca sahaja hadis yang ada di hadapan kita.
“Ada kalanya, hadis yang kita baca itu merupakan petunjuk daripada Allah dan kena dengan situasi semasa kita. Sudah banyak kali terjadi seperti itu.
“Kebiasaannya, saya akan memilih tiga manakala isteri pula dua hadis untuk kita fahami bersama. Kalau tak faham pun, kita akan baca keterangan,” ujarnya lagi.
Pada masa sama, bekas peserta Hero Remaja 2017 memaklumkan bacaan hadis ini juga akan memantapkan lagi pengetahuan kita tentang agama.
“Rutin ini sememangnya akan merapatkan lagi hubungan kami. Ia merangkumi pelbagai aspek seperti hubungan sesama manusia ilmu-ilmu baharu, dakwah & tabligh dan zikir.
“Kalau kita sertai tabligh, ini merupakan akan silbus yang akan kita pelajari,” akhirinya.
Dalam perkembangan lain, Harris bakal muncul menerusi telefilem terbaharu yang akan ditayangkan di Hari Raya nanti.
Malah, Harris juga teruja kerana ini merupakan kali pertama dia membawakkan watak sebagai pelakon utama.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Dunia hiburan Korea Selatan dikejutkan dengan berita pemergian penyanyi, Wheesung, yang telah ditemui meninggal dunia di rumahnya pada 10 Mac 2025.
Berita kematian beliau disahkan sendiri oleh agensinya, Tajo Entertainment, yang mengeluarkan kenyataan rasmi bagi mengesahkan berita tragis ini.
Dalam kenyataan tersebut, pihak agensi menyatakan kesedihan mereka atas kehilangan Wheesung dan meminta orang ramai agar tidak menyebarkan sebarang spekulasi yang tidak berasas.
Ketika kematiannnya, Wheesung baru sahaja menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-43 pada 5 Februari yang lalu.
Henti spekulasi
“Kami dengan penuh dukacita ingin mengumumkan bahawa artis kami, Wheesung, telah meninggal dunia pada 10 Mac. Beliau ditemui dalam keadaan henti jantung di kediamannya di Seoul dan kemudian disahkan meninggal dunia,” kata kenyataan itu.
Foto terkini yang dikongsikan Wheesung di Instagramnya.
Menurut agensi, keluarga mendiang serta rakan-rakan selebriti dan pasukan produksi Wheesung kini dalam keadaan sedih dan berduka atas kehilangan mendadak ini.
“Kami semua sedang meratapi pemergian ini dengan penuh kesedihan dan berat hati,” tambah mereka.
Pihak agensi turut memohon agar masyarakat menghormati perasaan keluarga mendiang dengan tidak menyebarkan spekulasi atau laporan yang tidak sahih.
“Sebagai tanda hormat kepada keluarga yang sedang bersedih, kami dengan rendah hati meminta agar tiada khabar angin atau laporan yang tidak sahih disebarkan,” jelas agensi itu lagi.
Majlis pengebumian Wheesung akan diumumkan kelak oleh pihak keluarga dan agensi.
Permulaan kerjaya
Imbas kembali, Wheesung memulakan debutnya pada tahun 2002 dengan album pertamanya Like a Movie dan dengan pantas meraih populariti menerusi lagu hitnya Can’t I?.
Beliau terus mendapat perhatian dengan lagu-lagu seperti With Me, The Day We Met Again, Incurable Disease, dan One Year. Selain daripada kerjayanya sebagai penyanyi solo, Wheesung juga dikenali kerana bakatnya dalam penulisan lirik.
Beliau telah menyumbangkan lirik untuk banyak lagu hit, termasuk Password 486 nyanyian Younha, HEY MR. BIG (Boys in Girl) oleh Lee Hyori, Crazy Because of You oleh T-ara, Magic Girl oleh Orange Caramel, Dance The Night Away oleh TWICE, Sonata of Temptation oleh Ivy, dan Heaven nyanyian Ailee.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penerbit Eksekutif merangkap Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad menyifatkan filem adiwira Keluang Man bukan dihasilkan semata-mata untuk mengejar kutipan box office.