Pelakon dan pengacara, Ain Edruce ada menjelaskan mengenai kekeliruan orang ramai tentang foto tranformasi dirinya yang tular beberapa hari lalu.

Menurut Ain, segala perubahan yang berlaku ke atas dirinya ketika ini adalah disebabkan usaha dan pengorbanannya melakukan senaman secara berterusan.

“Ramai tanya gamba transformation tu berbeza sangat.

“Example soalan : macam mana muka boleh kurus?

IKLAN

“Macam mana boleh putih? Hidung lain?

“Jawapan die: WORKOUT. WORKOUT. WORKOUT,” tulisnya.

IKLAN

Penjelasan tersebut dikongsikan Ain menerusi akaun Twitter miliknya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat kagum dengan usaha keras Ain demi mendapatkan tubuh badan ideal yang diidamkannya itu.

IKLAN

“Macam Mana Boleh Putih, Hidung Lain?,” – Ramai Persoal Perubahan Ketara Foto Transformasi, Ini Jawab Ain Edruce “Macam Mana Boleh Putih, Hidung Lain?,” – Ramai Persoal Perubahan Ketara Foto Transformasi, Ini Jawab Ain Edruce

Baru-baru ini, pengacara Hero Remaja 2020 itu telah memuat naik foto tranformasi dirinya bagi menyahut cabaran #untiltomorrow yang kini trending di platform media sosial.

Foto tersebut kemudiannya tular selepas meraih hampir 100,000 tanda suka selain turut menerima ribuan komen.

sumber: Twitter Ain Edruce

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI