Isteri jutawan kosmetik, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid tampil mempertahankan pengasuhnya apabila ada individu mendedahkan bahawa anak angkatnya, Qayyum dipercayai mungkin didera.
Individu tersebut meninggalkan komen di laman IG suaminya, Datuk Seri Aliff Syukri meminta agar pasangan suami isteri ini melihat bukti yang dikemukakannya.
“Salam semua..try tengok video di ig sy..Sy dah jumpa satu video bukti kukuh kenapa Qayum selalu menangis. Maybe kes dera…try tengok video di IG saya.
Susulan itu, Shahida segera memberikan jawapan balas terhadap individu tersebut.
“Sudah2 lah nak fitnah, kalau dera mesti ada kesan dera atau pukulan…jangan selalu buruk sangka, bibik tu dah 6 tahun kerja dgn saya.
“Saya tahu baik buruk dia…mungkin dia niat nak palingkan muka Qayyum sbb ada org nak ambil video…tak perlu lebih2 sangat.
“X ada istilah anak angkat la apa la…saya pun x faham la perangai org yg suka cari salah ni. Kadang2 ada kalanya saya give up nak jaga Meena dgn Qayyum sbb mulut2 mcm awak ni la,” tulisnya kesal.
Sementara itu, individu tersebut turut berkongsi dirinya telah disekat akses di IG oleh Shahida.
“Saya pun pelik dgn datin ni pun.. Kita bgtau suruh nasihat bibik tu.. Bkn nk buat cara elok2 tp dia block kita? Datin ikhlas ke x jaga qayum?
“Sebab ada dlm komen datin pada sy dia kata “kadang2 penat jaga dan rasa malas dah nk jaga qayum dan meena sebab netizen mcm awk”.
“Boleh ke cakap mcm ni? Mcm x ikhlas.. Ya allah moga allah ampuni segala dosa2 kita semua… Sekarang nasihat nk buat baik pun kena block.
“Makin pelik zaman ni… Maybe anak2 angkat diambil utk tujuan tertentu sahaja dan buka ikhlas?,” tulisnya.
Pada MH, kita tidak sepatutnya menuduh tanpa usul periksa. Tak elok buat tuduhan sambil lewa, tanpa tahu cerita sebenarnya kan?
Apa-apapun, MH harap agar orang ramai tidak mudah membuat spekulasi melulu dan berfikir secara matang. Si ibu pun dah bagi penjelasannyakan?
Foto/Instagram: DS Nur Shahida
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan bekas ahli kumpulan X-Factor, Danny mengumumkan isterinya kini sedang hamil lima bulan.
Menurut Danny atau nama sebenarnya Danie Anwa, dia mengetahui isterinya itu hamil sejak Julai yang lalu namun hanya kini, baru dia memutuskan untuk berkongsi berita baik itu bersama peminat.
Berita baik itu telah dikongsikan oleh Danny menerusi sebuah video di laman Instagram miliknya.
“Hari ni dipagi-pagi ini ambo nak kongsi berita gembira tuk semua kenalan/sahabat semua. Video ni date 5 Julai 2018, now dah usia 5 Bulan kandungan my wife.
“Esok nak pergi scan detail. Doakan yg terbaik tuk kami ya. Alhamdullilah Syukur padaMu Ya Allah. Selepas 7 tahun menunggu anugerah ini,” tulisnya.
Tambah Danny, dia bersyukur ke hadrat Illahi kerana selepas tujuh tahun, akhirnya kini dia dan isterinya berpeluang untuk menimang cahaya mata.
Dalam pada itu, di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis turut gembira di atas perkhabaran tersebut selain turut menitipkan ucapan tahniah buat Danny dan pasangannya.
Terdahulu, Danny telah melansungkan perkahwinannya bersama isterinya, Zaidatul Norfazlin Zakaria pada tanggal 16 September 2011 di Kampung Pandan, Kuala Lumpur.
Foto: Instagram Danny
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelawak Jep Sepahtu mencuri perhatian apabila menitipkan nukilan istimewa menerusi ruangan Direct Message (DM) Instagram buat pemain bola sepak kegemarannya, Cristiano Ronaldo yang bakal mengetuai cabaran Portugal di kejohanan Piala Dunia FIFA 2026.