Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat terhibur dengan kapsyen yang ditulis penyampai radio ini selain ada yang turut berkongsi pengalaman masing-masing.
Ads
Untuk rekod, Sheira dikurniakan lima orang anak termasuk seorang anak, Allisya hasil perkahwinannya terdahulu bersama vokalis kumpulan Black Dog Bone, Jatt.
Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) telah menemui jenazah, Pitt Hanif yang juga anak kepada pelakon Fauziah Nawi sebentar tadi, lapor Awani.
Berkongsi berita sedih itu, Fauziah nawi menerusi Facebook, beliau baru sahaja dimaklumkan mengenai penemuan arwah anaknya oleh adiknya yang berada di lokasi kejadian.
“Saya Hajjah Fauziah Haji Nawi ingin mengumumkan bahawa jenazah anak saya Mohd Firdaus Haji Mohamad Hanif ataupun dikenali sebagai Pitt Hanif telah pun ditemui dalam keadaan yang sangat elok,” maklum Fauziah secara langsung di Facebook peribadinya.
Dalam keadaan sebak, seniwati itu berterima kasih pada semua pihak yang tidak putus-putus mendoakan Allahyarham Pitt sepanjang kehilangannya.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih pada semua yang mendoakan, berusaha mencari jenazah anak saya,” kongsi Fauziah yang turut meminta maaf kerana tidak mampu untuk menjawab panggilan telefon semua pihak yang menghubungi.
Pitt Hanif, 43, yang juga seorang pengarah filem dikhuatiri lemas sejak Sabtu selepas bot fiber dinaiki di Sungai Jelai dekat Jambatan Gemunchur Mela, Lipis, Pahang sekitar pukul 1 tengah hari.
Posted by Fauziah Nawi on Sunday, October 27, 2019
Sumber: Awani, Facebook Fauziah Nawi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Bersempena sambutan 25 tahun Akademi Seni Budaya & Warisan Kebangsaan (ASWARA) dan kempen Visit Malaysia Year 2020 dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), ASWARA kal ini cuba meneroka pendekatan lebih global skopnya menerusi Festival Tari Antarabangsa 2019 ASWARA (Tari’ 19 ASWARA).
Tari’ 19 ASWARA edisi ke-10 ini akan dilangsungkan bermula 15 sehingga 19 Oktober dengan mengambil tema Renewal-Dance in the 21st Century bertempat di Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur.
Mengambil tema yang dianggap sinonim dengan situasi masa kini yang mana seluruh dunia berhadapan dengan pelbagai cabaran, tapi pada masa sama masih ada yang cuba serta berjaya meraih cita-cita dan kejayaaan.
Ia dilihat sejajar dengan objektif penganjuran festival terbabit tahun ini.
“Tema tersebut dipilih sebagai simbolik untuk mempamerkan situasi masa kini. Kalau dilihat, masyarakat dunia sekarang berhadapan dengan pelbagai cabaran.
“Akan tetapi dalam masa sama, ramai juga berjaya mengcapi kejayaan, perkembangan dan kemajuan serta berhadapan dengan konflik.
“Jadi sebagai seniman yang pasti punya azam, apakah peranan kita? Sudah pasti, untuk memberi kesedaran dan berusaha untuk ‘memperbaharui’ kehidupan bagi masa depan lebih bernilai,” jelas Dekan Fakulti Tari ASWARA, Norsafini Jaafar.
Turut hadir dalam sidang media berkenaan termasuk Rektor ASWARA, Profesor Madya Sahar Sa’di Hashim.
Lebih menarik, Tari’ 19 ASWARA turut disertai rakan pelajar dari 11 institusi pengajian terpilih seluruh Asia!
“Setiap negara terlibat itu kami memilih universiti terbaik, khasnya dalam bidang tarian. Sementara jenis tarian pula terbuka kepada pihak universiti terlibat sama ada mahu persembahkan tarian kontemporari atau pun tradisional.
“Akan tetapi kebanyakan institusi pengajian yang terbabit turut sama terlibat dalam beberapa sesi iaitu Showcase, Performance dan Malam Gala. Jadi ada juga yang mempersembahkan dua jenis tarian.
“Ia dilihat sejajar dengan untuk menterjemahkan tarian bertemakan Renewal Dance in the 21st Century,” katanya.
Antara yang terlibat ialah Guangxi Arts University dari China, Universitas Surabaya (Indonesia), Sapphire Creation Dance Company (India), Natanda Dance Theatre (Sri Lanka), Nanyang Academy of Fine Arts (Singapura), University of the Philippines (Filipina) dan Taipei National University of the Arts (Taiwan).
Sementara empat institusi pengajian tinggi lainnya ialah The Hong Kong Academy for Performing Arts (Hong Kong), Chulalongkorn University (Thailand), Cambodian Living Arts (Kemboja) dan Korea National University of the Arts (Korea Selatan).
Tidak hanya memberi fokus terhadap tarian semata-mata, program ini turut diselitkan dengan pelbagai program ilmu lainnya seperti Seminar, Keynoted, Rountable Discussion, Masterclass dan lain-lain lagi.
Malah, ia juga bakal melibatkan pelajar dan alumni ASWARA sendiri selain ramai lagi seperti agensi tarian kerajaan, institut pengajian tinggi lain, syarikat profesional, artis bebas, ahli akademik, koreografer serta pengarah tari.
Kali terakhir Festival Tari ASWARA diadakan adalah pada 2014 dengan mengakangkat ‘building bridges’ sebagai tema.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Seperti sedia maklum, pelakon Aishah Azman pernah mengikat tali pertunangan bersama pelakon Syafie Naswip pada 7 April lalu.
Bagaimanapun, hubungan tersebut telah berakhir selepas 3 bulan ikatan pertunangan tersebut terjalin.
Lalu, aktres berusia 25 tahun ini berkongsi kisah kehidupannya selepas hubungan pertunangan tersebut berakhir.
“Alhamdulillah semuanya bertambah lebih baik dan kehidupan saya semakin bertambah baik setelah kembali solo.
“Malah, rezeki saya tak terhenti sampai di situ, ada sahaja rezeki yang tak putus-putus. Aishah lebih gembira sekarang, alhamdulillah.
“Aishah tak sedih pun apa yang berlaku dan saya rasa sangat bersyukur dengan apa yang berlaku,” luah Aishah.
Selain itu, pelakon kelahiran negeri Kelantan ini memaklumkan bahawa dirinya kini mahu fokuskan kepada karier dunia lakonan.
Pada masa sama, Aishah akui ada juga segelintir individu yang mahu cuba berkenalan dengan dirinya selepas hubungan pertunangan tersebut berakhir.
“Untuk ketika ini, Aishah tak fikir lagi untuk kearah percintaan sebab Aishah lebih fokuskan kepada kerjaya dan juga karier. Masa terdekat ni tak nak fikir lagi pasal percintaan.
“Ada yang cuba untuk berkenalan tapi sebab kita dah fikir untuk fokus kepada karier tambahan pula Aishah masih lagi baru dalam industri.
“Jadi Aishah tak fikir sangat pasal percintaan,” katanya kepada MH.
Sekadar informasi, Aishah ditemui MH pada sidang media drama bersiri Suri Katriana yang berlangsung di Great Eastern Mall, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, pada Selasa.
Drama bersiri tersebut turut dibintangi pelakon hebat seperti Ummi Nazeera, Nazim Othman, Ernie Zakri, Nadiya Nisaa, Ezzaty Abdullah dan ramai lagi.
Suri Katriana bakal menemui penonton di saluran Astro Prima & Prima HD pada 30 Oktober depan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Enggan terus berada di takuk lama, penyanyi Haqiem Rusli menegaskan dirinya kini bersedia untuk mencuba sesuatu yang baharu dan keluar daripada zon selesa demi memastikan kerjayanya terus berkembang.