Perkongsian foto dari pelakon Gol & Gincu, Nur Fazura ketika kecil di laman Instagram menerima perhatian peminat.
Memberikan kapsyen motivasi yang sinonim dengan dirinya, fizikal bintang cantik ini sewaktu kecil turut dipuji ramai.
“Here’s my little Monday mood for you. Confidence! You’re welcome! – Love, little miss-fantasy-anything-is-possible-Fazbulous,” tulisnya ringkas di ruangan kapsyen.
Genap 57 hari kelahiran bayi comel yang diberi nama Edriel Obil, pelakon Dynas Mokhtar dan suami Mohamad Shazrik Che Mohd Din telah mengadakan majlis akikah buat anak mereka.
Sekeluarga sedondon mengenai persalinan dalam rona biru tua, majlis itu difahamkan telah dilangsungkan di Damansara, Petaling Jaya.
Malah, beberapa rakan selebriti dilihat hadir ke majlis tersebut, meraikan permata hari bongsu pasangan berkenaan.
Untuk rekod, Dynas atau nama penuhnyaWan Intan Edrinas Wan Mokhtar berkahwin dengan Shazrik pada April tahun lalu selepas empat tahun menjadi ibu tunggal.
Mereka kemudian dikurniakan cahaya mata sulung iaitu Edriel Obil pada 17 Mei lalu.
Terdahulu, menerusi perkahwinan pertama, Dynas mempunyai dua orang anak iaitu Khayra Khalyssa, 9, dan Mohamed Haqaish, 7.
Foto:Instagram Dynas
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi yang popular dengan lagu Syantik, Siti Badriah atau lebih dikenali sebagai Sibad telah selamat melangsungkan perkahwinan dengan lelaki pilihannya, Krisjiana Baharudin pada Khamis.
Krisjiana Baharudin juga merupakan seorang pelakon di Indonesia.
Difahamkan, majlis pernikahan pasangan telah dilangsungkan di kediaman keluarga Sibad di Bekasi, Jawa Barat, Indonesia.
Sama cantik sama padan, pasangan mempelai itu dilihat mengenakan persalinan polos putih mengikut adat Sunda.
Berikut foto sekitar sepanjang majlis berlangsung.
Terdahulu, pasangan ini berkenalan menerusi sebuah program televisyen dan awal tahun ini, Krisjiana telah melamar Sibad. Keduanya bakal mengadakan majlis resepsi hari ini, 27 Julai 2019.
Foto: Instagram Siti Badriah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pengacara dan penyanyi, Hunny Madu kini boleh menarik nafas lega apabila anaknnya, Adam Musa telah selamat menjalani pembedahan pembedahan jantung (Glen Shunt Operation) pada 15 Julai lalu.
Malah, Adam kini berselera untuk menikmati makanan (bubur) apabila Hunny menyuapnya.
“Update: Adam Musa’s first meal after two days post his Glen Shunt Operation. Felt so fulfilling to see him this way. Its soft diet for now but can’t wait to have him back on his tofu, rice, berries and more.
“You got this son. Keep thriving and fighting. Much love to everyone here too for the mass prayer. There’s nothing i want more in life than you sending us good healing energies, love and prayers. Eva insists to add : I MISS YOU so much Adam,” kongsi Hunny.
Dalam pada itu, Hunny turut memohon orang ramai untuk menderma di tabung Institut Jantung Negara (IJN) kerana menurutnya, ramai yang memerlukan dana untuk pembedahan dan rawatan jantung.
“If you are looking to donate to a charity fund, look into IJN Foundation. They might seem like a huge body/ foundation but trust me there are so many cases submitted daily and IJN Foundation has helped many families in need and will continue to do with your support. CHD is a lifetime commitment and expenses can go up to RM300K for some.
“Please share these IJN Foundation bank accounts: Maybank: 5642 5857 7396 CIMB : 86 000 564 91 #IJNFoundation @ijnfoundation#prayforAdamMusa #AdamMusa,” tulis Hunny.
Sementara itu, Hunny atau nama sebenarnya Hani Farhana Mohd Hatim bersyukur kerana anaknnya yang sebelum ini ditempatkan di Unit Dependensi Tinggi (HDU) , kini berada dalam keadaaan baik.
“Update: He’s out of the ICU unit. Syukur syukur alhamdulillah. He is now in HDU (High Dependency Unit) and I’m hoping he recovers well and fast. I hate seeing all these wires on you Adam Musa but i know you’re gonna come out of this stronger! .
“If you know anyone who wants to donate to IJN Foundation who does amazing work to fund families in need of going through heart procedures and operations, look no further. Please understand this, there are so many families out there who has babies born with a heart disease and sometimes it can’t be detected whilst the mother is carrying the child.
“Such is the case with me. We found out on the 2nd day after he was born. Hope you share with everyone on how you can donate to IJN Foundation with these bank accounts below,” tulisnya.
Menerusi ruangan komen, netizen tidak putus-putus mendoakan kesihatan kanak-kanak berusia dua tahun itu dan memberi kata-kata semangat buat Hunny sekeluarga.
Terdahulu, Adam yang dilahirkan pada Disember 2017 mempunyai masalah jantung Double Inlet Left Ventricle sejak lahir.
Foto : Instagram Hunny Madu
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Aliff Aziz mengakui dirinya berasa gemuruh ketika menjayakan malam previu pementasan teater muzikal Mansur & Liu yang berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya pada Rabu.