Bersempena dengan sambutan Hari Ibu yang diraikan baru-baru ini, kebanyakan orang termasuk selebriti tidak ketinggalan untuk menitipkan ucapan buat wanita yang paling disayangi.
Masing-masing mencoretkan nukilan apresiasi sambil memuat naik foto bersama ibu tercinta.
Antara yang mencuri tumpuan termasuk penyanyi Mila Jirin yang berkongsi gambar bersama ibunya yang dikenali sebagai Reena Haron di Instagram.
“Terima kasih Mak, Happy Mothers Day,” tulis juara Akademi Fantasia musim kelima (AF5) ini sebagai kapsyen.
Lalu, peminat nyata teruja dengan memuji penampilan mereka yang awet muda, seperti adik dan kakak.
“Macam kakak dan adik,” tulis seorang pengguna Instagram.
“Mila Jirin yang sentiasa awet muda. MasyaAllah cantik kedua-keduanya,” puji seorang peminat.
“Cantik emaknya,” respon seorang peminat lainnya.
Hasil tinjauan, difahamkan ibu usahawan katering, Bizmilla ini sudah pun mempunyai dua cucu.
Foto: Instagram Mila Jirin
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Terima Kasih Pakcik Buat Saya Sedar Akan Nikmat Allah…,” – Bapa Ini Menangis Syukur Sebab Dapat Tunai Solat Jumaat, Zahiril Adzim Sebak
Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai sebuah video daripada seorang individu yang berkongsi mengenai kegembiraan bapanya yang berpeluang untuk menunaikan solat Jumaat di masjid setelah sekian lama aktiviti tersebut dihentikan seketika akibat pandemik Covid-19.
Video berdurasi lebih 30 saat itu nyata meruntun hati banyak terutamanya buat mereka yang amat merindukan suasa di masjid dan surau.
Antara yang turut sama meluahkan rasa sebak termasuklah pelakon, Zahiril Adzim.
Menurut Zahiril, video berkenaan telah membuatkan dirinya sedar akan kemanisan dalam menunaikan ibadah dan dia sebolehnya tidak mahu mengsia-siakan lagi nikmat tersebut selepas ini.
“MashaaAllah sebak dan tumpang seronok melihat kegembiraan seorang ayah yang merindukan masjid. Seorang ayah yang selalu ke masjid sebelum ini tapi tiba – tiba الله turunkan ujian membuatkan kita tidak dapat ke masjid untuk jangka masa yang agak lama.
“Terima kasih pakcik kerana membuatkan saya sedar akan nikmat yang الله berikan sebelum ni tapi saya terlepas pandang. Semoga الله kurniakan nikmat beribadat, nikmat dapat ke masjid seperti yang telah dikurniakan pada pakcik ini,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pelakon drama, KL Gangster Underworld itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Dikesempatan itu juga, Zahiril turut berharap agar seluruh masyarakat muslim dikurniakan semangat yang sama seperti bapa individu tersebut.
“Terima kasih pada tuan punya video ini, @farhahjamaluddin sebab buat video ni dan memberi keizinan pada saya untuk post video ini.
“Semak – semak rupanya @farhahjamaluddin adalah salah seorang followers saya. MashaaAllah terima kasih sekali lagi. Semoga الله melindungi @farhahjamaluddin sekeluarga.
“Basah mata aku tengok video ni.
Semoga الله pilih kita semua untuk ke Masjid lagi,” ujarnya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa sedih selain turut mendoakan agar keadaan negara segera pulih seperti sedia kala.
“Tak, sekarang ni air mata jantan abang pun terkeluar macam mana ni? Terus teringat ayah dekat rumah sana.
“Sekarang ni dapat pergi masjid pun seronok dia macam pergi Mekah.
“Allahu, macam ni lah rasa dan perasaan orang yang selalu pergi masjid. Tak cepat melatah bila masjid tutup tetapi terus berdoa agar ada rezeki solat di masjid,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.
Terdahulu, video yang tular diaplikasi Tik Tok itu telah pun meraih lebih 135,000 jumlah tontonan selain turut dihujani ribuan komen.
Sumber: Instagram Zahiril Adzim
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Makin Lama Pegang Makin Rasa Nak Nangis,” – Heliza Helmi Kongsi Kisah ‘Kenderaan Ke Syurga’, Milik Anak Kecil Usia 7 Tahun
Cukup sayu mendengar kisah kematian seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun, Abdullah yang telah meninggal dunia akibat kekejaman yang berlaku di Syria.
Peninggalan sebuah kereta mainan yang turut rosak membuatkan hati Heliza Helmi yang turut berada di sana untuk misi kemanusiaan hancur.
“Walaupun kita tak kenal adik ini, tapi bila kita pegang kita dapat rasa.
“Seorang anak kecil baru ingin mengenal dunia. Allah pinjamkan adik ini lebih kurang 7 tahun bersama ahli keluarganya.
“Budak kecik, tak ada dosa. Kekejaman orang yang tidak berperikemanusiaan
“Kita kena sama-sama doa dan yang paling penting, apa yang kami share kepada anda. Tindakan kita untuk viralkan sebanyak yang mungkin dana untuk mereka survive.
“Mereka terpaksa makan kotak, rumput, anjing, kucing. Mereka pun manusia macam kita juga.
“Makin lama pegang makin rasa nak nangis
“And that his last moment,” ulasnya sambil memeluk mainan tersebut.
View this post on InstagramA post shared by ?H E L I Z A H E L M I ? (@nurhelizahelmi) on
Turut tersentuh mendengar perkongsian Heliza, ulas netizen, melihatkan kereta itu sahaja sudah membuatkan mereka mengalirkan air mata.
Menurut perkongsian sebelumnya, anak syurga ini sedang bermain di luar rumah sebelum di bom.
View this post on InstagramA post shared by ?H E L I Z A H E L M I ? (@nurhelizahelmi) on
Semoga dengan perkongsian ini dapat membuka mata kita untuk sama-sama membantu meringankan beban mangsa peperangan di Syria.
Foto – Instagram Heliza Helmi
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Lebih Baik Jumpa Orang Sepatutnya,” – Sabri Yunus Hanya Jawab Soalan Isteri, Belum Sedia Jadi Penceramah
Hikmah berkahwin dengan wanita muallaf, pelakon Sabri Yunus mendedahkan dirinya kini makin istiqomah dalam mendalami ilmu agama untuk menjadi tempat rujukan buat isterinya, Angeline Tan.
Lantaran itu, Sabri memaklumkan dirinya harus berguru dengan golongan agamawan agar tidak menimbulkan kekeliruan.
“Memang wajib buat saya mendalami ilmu agama lebih-lebih lagi apabila ingin berkahwin dengan muallaf.
“Sepanjang puluhan tahun kami berkawan, saya tak berani nak bercakap mengenai Islam. Saya risau ia menjadi sensitif dan merenggangkan hubungan.
“Namun, sejak PKP lalu dan ketika kami memutuskan berkahwin, barulah saya berani bercerita tentang Islam. Sejak itu, Angeline banyak bertanya tentang agama.
“Jadi, saya kena buat rujukan. Antara tempat rujukan saya adalah adik saya sendiri yang juga merupakan ustaz,” katanya kepada MH.
Pelakon sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tuan itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media program terbaharu terbitan TV Alhijrah, ‘Angeline Tanya Abang Jawab’, baru-baru ini.
Katanya lagi, dia harus membuat rujukan ditempat yang betul agar ilmu tersebut mudah disampaikan kepada isterinya.
“Saya juga ada membuat rujukan di Youtube. Namun, saya kena memilih yang sesuai. Terus terang saya katakan, kebanyakkan ceramah agama kita hari ini hanya sesuai untuk orang Islam dan Melayu.
“Saya perlu cari yang sesuai untuk orang bukan Melayu. Hikmahnya, saya kini jadi lebih rajin cari tahu tentang agama. Kita kena terangkan dengan dalil dan logik.
“Kita tak boleh cakap sahaja sebab Tuhan suruh. Jadi, saya kena perkenalkan kepada dia konsep ketuhanan dan amalan dalam Islam,” ujarnya lagi.
Ditanya adakah dia kini bersedia untuk menjawab pertanyaan orang ramai tentang agama, Sabri berpandangan rujuklah dengan mereka yang lebih pakar.
“Saya tidak bersedia untuk menjawab kepada orang lain. Saya belum berani. Tugas saya sebagai suami adalah untuk menjawab pertanyaan isteri. Jika orang lain bertanya, lebih baik jumpa orang yang sepatutnya.
“Lagipun saya bukan ustaz. Saya tak boleh nak sembarangan bagi penerangan. Saya pun tak nak nanti orang kata saya memandai-mandai,” akhirinya.
Terdahulu, Angeline Tanya Abang Jawab merupakan sebuah program bual bicara santai yang membincang mengenai persoalan-persoalan daripada saudara baharu mengenai Islam.
Program 13 episod ini bakal mula bersiaran pada 18 September ini di saluran TV AlHijrah dan aplikasi AlHijrah Plus.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI