Vokalis kumpulan Hujan, Mohammad Noh Salleh baru-baru ini ada memuat naik status di Instagramnya berhubung kejayaan pencapaian muziknya dalam industri selama 15 tahun.

Menerusi status berkenaan, penyanyi itu seolah-olah bagai memberi ‘bayangan’ untuk mengundur diri dari kumpulan tersebut.

Malah, suami kepada bekas penyanyi Mizz Nina itu mendedahkan bahawa ia merupakan kali terakhir melakukan persembahan Rock The City Festival Melaka bersama kumpulan terbabit pada 29 Februari lalu.

“Tak tau bila show terakhir aku nanti. Mungkin Melaka tu last aku dengan Hujan, Sabah tu last aku akustik sorang2. Apa2 boleh jadi, kecederaan yang dasyat sampai cacat, sampai ajal, dan macam2 lagi kemungkinan.

“Biar semua orang tau, I had a great time deliver musik kepada kalian semua. Tiada kurang atau lebih, semuanya sempurna nikmat Tuhan bagi kat aku. Orang tua yang masih kuat dan sihat, masih boleh contact adik beradik keluarga.

“Yang kurang cuma aku, kurang ajar dan adab, dengan malasnya, dengan sombongnya. Harap maafkan segala kekasaran saya selama kita bersama, halalkan makan minum, terambil sengaja atau tidak, sementara aku hidup ni kalau ada hutang yg aku tak sedar mohon message straight je kat DM or comment.

IKLAN

“Thankyou so much semua! Semoga panjang umur kita semua untuk bertemu kembali. Kalau tak, see you on the other side. إن شاء الله.,” tulisnya.

View this post on Instagram

Tak tau bila show terakhir aku nanti. Mungkin Melaka tu last aku dengan Hujan, Sabah tu last aku akustik sorang2. Apa2 boleh jadi, kecederaan yang dasyat sampai cacat, sampai ajal, dan macam2 lagi kemungkinan. Biar semua orang tau, i had a great time deliver musik kepada kalian semua. Tiada kurang atau lebih, semua nya sempurna nikmat Tuhan bagi kat aku. Orang tua yang masih kuat dan sihat, masih boleh contact adik beradik keluarga. Yang kurang cuma aku, kurang ajar dan adab, dengan malasnya, dengan sombongnya. Harap maafkan segala kekasaran saya selama kita bersama, halalkan makan minum, terambil sengaja atau tidak, sementara aku hidup ni kalau ada hutang yg aku tak sedar mohon message straight je kat DM or comment. Thankyou so much semua! Semoga panjang umur kita semua untuk bertemu kembali. Kalau tak, see you on the other side. إن شاء الله.

A post shared by Noh Salleh | 光 (@mohammadnohbinsalleh) on

Menerusi ruangan komen, rata-rata bersedih atas perkongsian yang dimuat naik anak kelahiran Sarawak itu.

“Maafkan Segala Kekasaran, Halalkan Makan Minum Aku,” – Noh Salleh Beri Bayangan, Seolah-Olah Nak Undur Diri Dari Hujan? “Maafkan Segala Kekasaran, Halalkan Makan Minum Aku,” – Noh Salleh Beri Bayangan, Seolah-Olah Nak Undur Diri Dari Hujan? “Maafkan Segala Kekasaran, Halalkan Makan Minum Aku,” – Noh Salleh Beri Bayangan, Seolah-Olah Nak Undur Diri Dari Hujan?

IKLAN

Bagaimanapun, sehingga kini tidak ada kenyataan kukuh dari Noh mengenai perkongsiannya itu.

Untuk pengetahuan, kumpulan Hujan ditubuhkan pada tahun 2005 yang terdiri daripada empat orang pemuzik.

Antara lagu yang menjadi siualan ramai adalah Bila Aku Sudah Tiada, Mencari Konklusi dan Pagi Yang Gelap.

IKLAN

Foto : Instagram Noh Salleh, Hujan Band

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI