
Pelakon dan pelawak, Zizan Razak berkongsi bahawa dia mengalami sakit perut lewat pagi tadi di laman IG Storynya.
“Morning dan sakit perut,” tulisnya.

Bagaimanapun, tanpa disangka Zizan menerima balasan daripada penyanyi, Datuk Seri Siti Nurhaliza sendiri.
“Tu la… kacau lagi kita kat workshop..rasakan penangannya,” balas Siti.
Susulan itu, Zizan segera meminta maaf daripada penyanyi lagu Anta Permana itu.
“Tak baik main mak esah dato, maafkan saya. Saya janji tak kacau lagi,” balas pelakon filem Polis Evo itu pula.

Maafkan saya @CTNurhaliza11 saya janji saya kacau lagi.. bahahahaha..!! pic.twitter.com/MYjfc05dFZ
— zizan razak (@zizanrajalawak) November 13, 2018
Dalam pada itu, peminat juga menasihatkan agar Zizan hanya ‘mengacau’ rakan pelakon, Mira Filzah sahaja.

Sebelum ini, Zizan ada berkongsi video dia melawat sebuah ‘workshop’ namun menemui poster Siti di situ membuatkan dia pura-pura bertanya apa yang penyanyi itu lakukan di situ.
Apa-apapun, MH terhibur dengan jenaka tersebut. Moga-moga Zizan lepas ini mendapat pengajarannya.
Foto/Instagram: Zizan Razak & CTDK
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!

![[GAMBAR] Comel Pipi Merah Kian Membesar, Jom Ikuti Transformasi Foto Siti Aafiyah Dari Lahir Hingga Kini. Cute Babygurl! 8 [GAMBAR] Comel Pipi Merah Kian Membesar, Jom Ikuti Transformasi Foto Siti Aafiyah Dari Lahir Hingga Kini. Cute Babygurl!](https://cdn.mediahiburan.my/2018/11/aafiyahh.png)
![[VIDEO] "Boh Skuter Model Apa?," - Bukan Sembarang, Amy Search Sempoi Tunggang Vespa Edisi Khas Dari Emporio Armani! 45 [VIDEO] "Boh Skuter Model Apa?," - Bukan Sembarang, Amy Search Sempoi Tunggang Vespa Edisi Khas Dari Emporio Armani!](https://cdn.mediahiburan.my/2018/11/1-31.png)

