Pelakon dan pengacara, Scha Alyahya berkongsi luahan perasaan menerusi aplikasi Threads, menyatakan kerinduan terhadap Allahyarham ibunya, Junainah Hashim.
Meski pun menulis status ringkas, namun ia nyata mengundang menjentik rasa dalam kalangan pengguna Threads lainnya.
Sukar Melepaskan Tabiat Lama
Menurut Scha, sehingga kini dia masih belum mampu membuang satu tabiat lama setiap kali keluar negara atau sebaik sahaja kapal terbang mendarat, iaitu menghubungi ibunya.
Walaupun sudah setahun pemergian insan tersayang itu, rutin tersebut masih sukar untuk dihentikan.
“Satu habit yang susah nak ditinggalkan, bila travel or touch down mesti nak call Ma. It’s been a year tapi susah nak break it,” kongsi Scha.
Ads
Luahan Menyentuh Hati
Dalam pada itu, apa yang ceritakan isteri kepada pengacara Awal Ashaari itu turut ramai, apabila ada yang memahami perasaan kehilangan seorang ibu.
Malah ada juga yang turut berkongsi pengalaman serupa. Antaranya;
“Tahun ni my mom dah 4 tahun pergi tapi still tiap kali ada something nak share mesti nak WhatsApp ibu. Pastu baru teringat ‘eh ibu kan dah takde’.”
Ads
“Sweetnya you. May Allah give you many-many strength.”
“Samalah even kita dah 38 tahun mana-mana pergi mesti update. Kalau tak update, mak aku mula lah dia bebel. Even aku dah tua bangka mesti kena update dia macam update laki.”
Ads
“AlFatihah… semoga mak sis tenang di sana. Saya faham dan sedang melalui yang sama.”
Sehingga kini, hantaran tersebut sudah pun menerima lebih 3,700 tanda suka.
Sebagai informasi, Allahyarhamah Junainah meninggal dunia pada 7 Disember 2024 di Hospital Pantai Kuala Lumpur akibat serangan jantung.
Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba, penyanyi dan pelakon, Farahdhiya kembali memeriahkan industri muzik tempatan menerusi single raya terbaharu berjudul Eh Ah! Raya.
Tampil dengan konsep ceria dan bertenaga, lagu ini menggabungkan elemen tradisional serta moden dalam sebuah karya yang segar dan tidak klise.
Inspirasi penghasilannya pula lahir daripada rasa rindu terhadap kemeriahan Aidilfitri yang penuh warna-warni serta gelak tawa apabila berkumpul bersama keluarga tercinta.
Menurut Farahdhiya yang lebih tiga tahun tidak membuat apa-apa sesi rakaman lagu, naskhah ini amat dekat dengan dirinya dan mencerminkan sisi peribadinya yang sebenar.
“Saya memang sudah lama menyimpan hasrat untuk menghasilkan lagu raya sendiri yang benar-benar mencerminkan personaliti saya iaitu ceria, sedikit ‘playful’ dan penuh semangat kekeluargaan.
“Lagu ini adalah gambaran suasana ketika semua orang sibuk membuat persiapan, anak-anak berlari riang dan keluarga berkumpul tanpa mengira usia,” katanya.
Eh Ah! Raya merupakan hasil kolaborasi kreatif antara Farahdhiya dan komposer prolifik, Pown Hasril.
Liriknya pula ditulis sepenuhnya oleh Farahdhiya sendiri, sekali gus menampilkan sisi peribadi serta identitinya yang lebih autentik.
Pown Hasril turut berperanan sebagai penerbit dan penyusun muzik, dengan sentuhan rebana oleh Ajay Amai serta petikan gitar oleh beliau sendiri, menjadikan keseluruhan susunan muzik lebih segar dan berwarna.
Farahdhiya turut menyimpan harapan besar agar lagu ini menjadi pilihan utama pendengar setiap kali musim perayaan menjelang.
“Saya harap bila orang dengar ‘Eh Ah! Raya’, mereka terus rasa nak balik kampung, terbayang juadah atas meja dan rasa teruja untuk menyambut raya bersama insan tersayang.
“Raya bukan sekadar tentang pakaian atau kuih-muih, tetapi tentang kebersamaan dan kemaafan. Itu yang saya cuba sampaikan melalui lagu ini,” katanya lagi.
Lagu ini semakin hangat diperkatakan, lebih-lebih lagi dengan kemunculan istimewa pengacara terkenal, Elly Mazlein dalam muzik video berkenaan.
Setakat ini, muzik video Eh Ah! Raya telah meraih lebih 16,000 tontonan dalam tempoh tiga hari selepas dimuat naik di saluran YouTube, Seventeen Eleven Music.
Single Eh Ah! Raya yang terbitan Seventeen Eleven Music kini boleh distrim di semua platform penstriman muzik digital utama bermula 25 Februari lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Shiha Zikir kini tampil dengan buah tangan terbaharu berjudul Minta Ampun, sebuah karya tradisional sepenuhnya yang sarat dengan mesej mendalam.
Lagu ini mengangkat persoalan tentang keikhlasan dalam memohon maaf yang semakin menjadi tanda tanya dalam kalangan masyarakat.
Setiap hari, ungkapan maaf sering dilafazkan tanpa mengira tempat dan situasi. Namun, sejauh mana keikhlasan itu benar-benar lahir daripada hati dan bukan sekadar di bibir?
Persoalan inilah yang cuba diketengahkan Shiha menerusi lagu berkenaan, sambil mengangkat kembali adat Melayu lama yang menitikberatkan keikhlasan dalam setiap permohonan maaf.
“Zaman sekarang, memang ramai orang minta maaf tetapi kadang-kadang, tak dinafikan bahawa bukan semua yang meminta maaf itu ikhlas. Itulah teguran berbentuk sarkastik yang cuba saya sampaikan dalam lagu Minta Ampun,” kata Shiha.
Menurut pemilik nama lengkap Nurshiha Mohd Zikir, 38, ini lagi, peluang menghasilkan lagu kolaborasi antara syarikat rakamannya, Shiha Zikir Empire bersama Sony Music Entertainment Malaysia disifatkan sebagai bagai pucuk dicita ulam mendatang.
“Syukur Alhamdulillah, tak dapat digambarkan rasa gembira apabila saya dapat melancarkan lagu tradisional penuh seperti ini.
“Sudah lama saya tunggu dan sebenarnya, sewaktu saya menyertai D’Academy Asia 2015 dahulu, saya ada minta tolong Allahyarham Pak Ngah untuk hasilkan lagu tradisional untuk saya, tetapi sayangnya tak sempat kerana Pak Ngah sudah dijemput Ilahi.
“Selepas itu saya terus mencari lagu tradisional yang sesuai hinggalah saya diberi naskhah yang digubah Hafiz Hamidun serta lirik oleh Fedtri Yahya ini, memang sangat sesuai dengan suara dan kehendak saya.
“Kalau nak tahu, waktu pertama kali saya diberi dengar demo lagu ini pun, saya terus jatuh cinta!, ” katanya lagi.
Shiha turut menjelaskan, proses untuk menyiapkan lagu ini juga sangat mudah.
“Saya cuma minta Hafiz menambah bahagian ‘dance break’ untuk saya tonjolkan lebih elemen tarian ketika mempersembahkannya.
“Selain bersemangat mengangkat irama tradisional dalam lagu ini, saya harap semua pendengar dapat mengambil teladan. Apabila kita meminta maaf, eloklah dibuat dengan ikhlas, Insya-Allah ia boleh meninggalkan kesan positif dalam kehidupan, ” ujarnya.
Menyentuh mengenai kerjasama bersama komposer Hafiz Hamidun, Shiha berpuas hati dan berharap kolaborasi itu dapat diteruskan pada masa hadapan.
“Sejujurnya, Hafiz sudah jadi salah seorang komposer kegemaran saya. Bukan apa, dia sangat senang untuk bekerjasama. Apabila saya memberi ‘input’ sebagai penyanyi, dia mudah menerima dan membuat sedikit ubah suai dalam lagu mengikut kesesuaian.
“Selain itu, Hafiz juga banyak membantu dari segi penggayaan vokal khususnya lenggok suara (kerana dia penyanyi nasyid yang pandai bertaranum dan menggayakan lenggok suara), jadi lebih mudah kerja saya, ” katanya lagi.
Ditanya sama ada lagu Minta Ampun menjadi titik permulaan untuk lebih banyak lagu tradisional sepenuhnya selepas ini, Shiha tidak menolak kemungkinan tersebut.
Malah, irama tradisional diakui sebagai cinta hatinya sejak kecil, dibesarkan dengan lagu-lagu Allahyarham Sharifah Aini serta irama Melayu Asli.
“Irama tradisional memang cinta hati saya. Saya dibesarkan dengan lagu-lagu Allahyarham Dato’ Sharifah Aini dan lagu-lagu Melayu Asli. Saya ada impian untuk memiliki album yang memuatkan lagu-lagu tradisional.
“Jadi, saya rasa sekarang adalah masa yang sesuai untuk saya kumpul lagu tradisional sebanyak yang mungkin.
“Bagaimanapun, saya tahu apa yang saya mahukan. Saya tidaklah berjanji semua demo lagu tradisional yang dihantar kepada saya akan diterima. Memanglah semua lagu-lagu itu sedap belaka, tetapi saya perlu juga pertimbangkan ikut kesesuaian serta cara nyanyian saya.
“Insya-Allah, saya mahu lebih fokus dengan lagu tradisional penuh seperti lagu Minta Ampun ini, itulah misi saya.
“Kalau genre campuran tradisional atau ‘fusion’, saya pernah buat dan ramai juga penyanyi lain yang muncul dengan lagu sebegitu. Jadi, eloklah saya meneruskan legasi lagu-lagu tradisional sepenuhnya, ” jelasnya.
Shiha turut berharap kesungguhannya dalam menghasilkan karya tradisional ini mampu membuahkan hasil serta mendapat perhatian sewajarnya daripada masyarakat Malaysia, khususnya generasi muda.
“Saya harap sesiapa saja yang dengar lagu Minta Ampun akan jatuh cinta dan boleh ingat untuk menyanyikannya.
“Bahagian korusnya memang senang diingat selain tarian yang boleh dijadikan trend di media sosial. Semoga selepas ini apabila orang sebut nama Shiha Zikir, mereka akan ingat lagu ini.
“Saya juga berharap lagu ini dapat memberi impak dan pengaruh positif kepada golongan Gen-Z untuk terus mencintai lagu-lagu tradisional kita, ” tuturnya menutup bicara.
Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kerap kali diajukan soalan mengenai soal zuriat, pelakon dan penyanyi Amira Othman memohon orang ramai untuk memberikannya ruang dan privasi berkaitan hal kehidupan peribadinya.
Menurut Amira, dia pasti akan berkongsi tentang apa sahaja perkara yang baik apabila sampai waktunya nanti.
“Sebelum berkahwin, orang bertanya bila nak kahwin? Bila sudah kahwin, orang tanya tentang mengandung pula. Namun, jika ada berita baik dan waktunya sesuai, pasti saya akan kongsikan.
“Kalau saya tidak berkongsi, biarlah ia kekal sebegitu. Jadi, saya mohon sedikit privasi dan ruang untuk saya dan Fattah. Saya juga ingin memohon doa yang baik-baik daripada semua termasuklah peminat.
“Walaupun bergelar public figure, kita pun nak kehidupan seperti orang lain juga,” katanya kepada MH.
Isteri kepada pelakon popular Fattah Amin itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis pertunjukkan koleksi raya Amber ‘Eid’s Time For Love’ di Glasshouse At Seputeh, Kuala Lumpur pada Rabu.
Bagaimanapun, penyanyi lagu Rasa & Takdir ini tidak tersinggung, sebaliknya menyifatkan ia sebagai lumrah bergelar anak seni.
“Saya tak boleh rasa penat kerana ini lumrah menjadi anak seni. Walaupun banyak kali saya sudah jawab, orang tetap akan bertanya lagi. Pada saya, ini perkara biasa.
“Kalau kita tak nak layan pertanyaan peminat ini, maka tak layaklah saya nak berada di dalam industri ini. Namun, bila ada yang buat spekulasi, saya agak kurang bersetuju.
“Selagi ia tak keluar daripada mulut saya atau Fattah, tak perlu buat andaian. Biarlah ia keluar daripada tuan badan sendiri,” ujarnya lagi.
Sebelum ini, ramai pihak membuat spekulasi dengan mendakwa Amira kini sedang hamil susulan tular video yang seakan memperlihatkan ‘baby bump’.
Malah, Amira juga pernah disangka hamil selepas dimasukkan ke wad. Bagaimanapun, Amira menyifatkan spekulasi yang bertebaran itu sebagai satu kelaziman.
Spekulasi turut tercetus apabila Fattah berkongsi khabar duka apabila Amira tidak dapat menyertainya ke Seoul berikutan isu kesihatan, sekali gus mencetuskan pelbagai spekulasi.
Sekadar informasi, Amira dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 14 September tahun lalu.
Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Penyanyi Kaka Azraff tampil menjelaskan mengenai beberapa hantaran yang dimuat naik di aplikasi Threads dan dikatakan mempunyai kaitan rapat dengan kehidupan peribadinya.