“Ya saya maafkan awak,” itu antara ayat terakhir bintang virtual, Norreen dengan seorang individu dikenali sebagai Ammin Jalil.
Bagaimanapun, kisah di antara keduanya cukup menarik apabila diketahui, Allayharham Ammin sempat meminta maaf atas isu yang pernah berlaku dengan ibu beranak satu itu.
Malah difahamkan, Allahyarham telah kembali ke rahmatullah kerana terlibat dalam kemalangan di Port Dickson,Negeri Sembilan, Sabtu lalu.
“Alfatihah buat saudara @iamminJalil . Dia baru meninggal dunia, accident di PD. Dia bukan kawan aku, tapi kami ada mengalami sedikit ketegangan dengan sebelum ni sebab arwah rt aku, tapi dia mintak maaf dengan aku and aku tak anggap benda tu perkara berat pun. Cumanya aku trkjut,” tulis Norreen.
Ads
Tambah Norreen, dia mendapat berita tersebut dari seorang rakan Allahyarham.
Ads
Ads
Difahamkan, Allahyarham meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada Sabtu jam 7.20 pagi.
Alfatihah dan salam takziah buat seluruh famili Allahyarham.
Twitter : Norreen, Ammin Jalil
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Awal semalam, pelakon Faezah Elai ada berkongsi situasi yang dialami apabila bercakap mengenai media sosial.
Kongsi ibu beranak dua ini lagi, dia berharap agar tiada lagi individu tidak bertanggungjawab yang menghantar ‘benda’ merapu menerusi teks di mana-mana media sosial miliknya.
Pada masa sama, pelakon ini juga turut menjelaskan situasi tersebut secara tidak langsung membuatkan suaminya, pengarah Heykal Hanafiah kurang senang.
“Tu yg lani dok kena boh gambaq ngan suami,almaklumlah hakak ni pelakon sendu,mungkin org tk tau yg hakak dh kawin atau ada jugak ingat tkdak laki,utk mengelak fitnah hakak boh gambaq ngan suami na.
“Ampa jgn salah paham,hakak habaq ni bukan nk buat best perasan cantik, but it seems my husband tk berapa nk berkenan, maklumlah husband dlm hati ada taman.
“Sorry sekali lg..sorry sgt klu yg terasa..klu dm yg relax2 hakak ok ja.. jgn yg merapu2 tu.. klu dm merapu tu mmg sampai kiamat lah hakak tk reply dik.. Selamat hari raya maaf zahir batin,” tulisnya panjang lebar.
Faezah diijab kabulkan dengan Heykal Hanifah pada September 2011 dan turut menjaga anak tirinya seramai tiga orang iaitu Luqman Hakim, Sarah dan Luq Adam.
Sementara hasil perkahwinan dengan Heykal, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata, Dealova Heyrinna dan Aurora Heyrinna.
Foto: Instagram Faezah Elai
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas viral isu vokalis kumpulan Seventeen, Ifan yang ditangkap berkhalwat bersama seorang wanita yang dikenali sebagai Citra Monica di sebuah pangsapuri minggu lalu, Citra beberapa hari lalu akhirnya memberikan penjelasannya mengenai apa yang berlaku.
Menurutnya seperti yang dipetik menerusi Instagram yang menggunakan akaun lambe_turah, wanita berkenaan sejujurnya mengakui sudah lama berpisah dengan bekas suami.
Malah, tiada apa-apa aksi ‘tidak senonoh’ berlaku di antara mereka berdua.
“Assalamualaikum saya Citra Monica di sini saya ingin jelaskan mengenai video yang tular kini. Ifan memang sedang berada di apartmen saya bagi menumpang solat.
“Kami tidak berdua dan tiada apa-apa yang berlaku. Tiba-tiba bekas suami saya datang dengan orang ramai yang membawa kamera.
“Di sini saya ingin jelaskan sekali lagi saya dan bekas suami sudah lama duduk berasingan.
“Secara agama pun, kami sudah berpisah sebanyak tiga kali sejak 2015 hanya secara hukum sedang menantikan keputusan rasmi dari pihak mahkamah.
“Untuk itu saya mohon maaf kepada Ifan sebagai tetamu dan terlibat dalam masalah ini. Sekian penjelasan saya, assalamualaikum,” katanya seperti yang dipetik.
Difahamkan, keduanya telah lama saling mengenali kerana belajar di institusi pengajian sama.
Malah, video penjelasan dari pihak ibu Monica turut dimuat naik menerusi YouTube.
Terdahulu, Ifan atau nama sebenarnya, Riefan Fajarsyah kehilangan isteri, Dylan Sahara dan tiga anggota kumpulan Seventeen sdalam kejadian tsunami Anyer, Banten.
Foto: Carian Google
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Anugerah Akademi ke-98 (Oscar) yang berlangsung di Dolby Theatre, Los Angeles, Amerika Syarikat, siang tadi menyaksikan malam penuh gemilang buat filem One Battle After Another apabila muncul sebagai pemenang terbesar seterusnya