Pelakon, Nora Danish sangat akrab dengan ibu mertuanya, Datin Seri Norita Datuk Sujak.
Dalam masa sama, Nora dan ahli keluarganya telah meraikan ulang tahun kelahiran ibu mertuanya itu yang ke-64 tahun.
Momen indah tersebut turut dikongsikan pelakon filem Suamiku Jatuh Dari Langit itu di Instagrammya beserta ucapan khas buat ibu mertuanya itu.
“Ma, terima kasih sebab jadi diri Ma, sebab berkongsi sayang Ma dengan Nora, kerana tunjukkan sayang tu sesuatu yang Ma lakukan bukan untuk dilafazkan tetapi juga untuk ditunjukkan, tulis Nora.
Nora juga memuji karakter ibu mertuanya itu.
Ads
“Ma adalah salah seorang wanita yang terkuat yang Nora pernah kenal. Pandai, positif, tabah, seorang yang mengambil berat, rendah diri, kuat dan lemah lembut percakapannya sampai kadang-kadang Nora tak dengar Ma cakap apa…
“Nora ingat pertama kali Nora jumpa Ma, Nora rasa suara Nora dah lembut, tapi Nora kena perlahankan lagi, kepit lagi sampai tak terkeluar suara nak berbual dengan Ma,” tambah Nora lagi.
“On this very special day of yours Ma, Nora wish u a pretty face to always be lit by a smile and ur pire heart to always overflow with joy & happiness..
“You’re not alone Ma. U hv all of us that will always take care of u.. Happy 64th birthday my mother in law a.k.a the sweetest Oma,”
Ads
Selain itu,Nora juga ada berkongsi gambar sempena meraikan ulangtahun kelahiran ibu mertuanya itu di sekitar Kuala Lumpur.
Tahniah diucapkan kepada penyanyi Bunga Isme, 24, apabila berjaya mengenggam Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Ahad lalu.
Bunga atau nama sebenarnya Noor Ayu Fatini Mohd Bakhri mengakui banyak cabaran yang perlu dilaluinya untuk berjaya.
Malah jadual padat atas faktor komitmen terhadap karies seni hampir membuatkan dia pernah rasa putus asa untuk menamatkan pengajian.
“Banyak kali saya rasa nak putus asa, ketika itu ada beberapa subjek saya gagal dan sangat kecewa. Mungkin saya terlalu fokus kepada muzik sehingga tertinggal dalam pelajaran.
“Jadi saya ambil keputusan untuk ketepikan muzik dalam masa setahun. Tapi saya rasa ia satu keputusan yang bagus kerana akhirnya saya berjaya menamatkan pengajian saya,” katanya, petik Harian Metro.
Penyanyi Intan Payung itu menerima Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran (Kepujian) di Istiadat Konvokesyen UiTM Ke-100 di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam.
Malah momen indah itu turut dikongsikannya menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instagram.
Tambah isteri kepada komposer dan penulis lirik, Amzar Sabri ini lagi, antara cabaran sepanjang pengajian termasuk kena berulang alik dari Damansara, Selangor ke tempat pengajiannya di UiTM Seremban, Negeri Sembilan.
“Ketika belajar terdapat komitmen yang tidak dapat dielakkan dan saya juga tidak dapat menetap di Seremban. Jadinya setiap kali ada kelas saya akan berulang alik dari Damansara Damai ke Seremban.
“Perjalanan ke sana mengambil masa dua jam dan saya perlu bangun seawal 5 pagi. Pernah juga saya terpaksa naik kereta api dan bangun lebih awal dari biasa.
“Bagi saya masa dan perjalanan menjadi cabaran saya sepanjang menjadi pelajar,” katanya yang turut menyimpan hasrat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana suatu hari nanti.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Aepul Roza mendedahkan gimik drum condong 90 darjah yang dipersembahkan di pentas akhir The Hardest Singing Show (THSS) sepatutnya ingin dilakukan pada minggu ke-6 namun, dia memutuskan untuk menukar lagu bagi menghormati sambutan Aidil Adha.
Menurut Aepul, dia tidak menyangka keputusan tersebut mempunyai hikmah yang sangat besar sekali gus menobatkan dirinya selaku juara sulung THSS.
“Saya ini peminat muzik rock. Idea untuk buat gimik drum itu datang daripada persembahan band Slipknot. Asalnya gimik ini ingin dilakukan pada minggu ke-6 tapi ia jatuh
pada malam raya haji.
“Jadi, untuk menghormati malam istimewa tersebut, saya tukar lagu yang berentak perlahan. Rupanya, kita direzekikan untuk sampai ke pentas akhir.
“Oleh itu, kita memang simpan idea gimik drum di final,” katanya kepada MH.
Vokalis kumpulan Drama Band ini berkata sedemikian ketika ditemui di sidang media THSS pada Ahad.
Dalam pada itu, Aepul juga mendedahkan dirinya berdepan dengan pelbagai cabaran untuk memastikan gimik drum tersebut sempurna.
“Untuk mencondongkan drum itu, bila kita lihat produksi luar buat, rupanya kita kena tengok kemampuan bajet. Namun, bajet saya sangat terhad.
“Bila berbincang dengan pihak produksi, saya, pasukan saya dan team prop nak sangat gimik ini menjadi. Ia melibatkan reputasi semua pihak.
“Asalnya, kita tak dapat nak buat sempurna seperti malam tadi. Saya dan posisi drum itu tidak stabil. Pihak prop juga sudah bersedia. Jadi, saya buat juga kerana itu impian saya.
“Malam final ini, saya tak nak simpan lagi. Saya tak mahu menyesal dan buat sampai habis. Menang atau kalah, itu semua rezeki,” ujarnya lagi.
Ditanya berapakah jumlah kos yang sudah dibelanjakan sepanjang menyertai THSS, Aepul memaklumkan dirinya sudah berhabis hampir RM60,000.
“Alhamdulillah, balik modal. Untuk persembahan solo di pentas akhir THSS, saya belanjakan hampir RM30,000. Secara keseluruhan pula, saya sudah belanjakan RM60,000.
“Namun, alhamdulillah, rezeki Allah yang bagi. Sambil-sambil saya bertanding, saya terima banyak undangan persembahan.
“Gaji mingguan di THSS pula, saya tidak ambil seorang dan kongsikan dengan team saya yang bertungkus lumus membantu saya. Semua ada bahagian masing-masing. Rezeki Allah nak bagi dan saya hanya jalankan sahaja,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, suami kepada penyanyi Leez Rosli ini juga akui dirinya tidak menyangka bakal bergelar juara buat pertama kali sepanjang umurnya.
“Menang atau kalah, bukan lagi dalam kepala saya semalam. Saya reda. Ada atau tiada rezeki, saya okay sahaja kerana saya dan pasukan dah berjaya buat persembahan It’s My Life ini.
“Rezeki Allah nak bagi. Dengan kemenangan ini, datangnya tanggungjawab,” akhirinya.
Kemenangan tersebut membolehkan Aepul membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai RM150,000, pakej pelayaran dan trofi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Satu entri Instagram yang telah dikemas kini oleh hos terkenal, Datuk Aznil Hj. Nawawi nyata menjentik jiwa ramai.
Kisahnya, Datuk Aznil yang sinonim disapa Pak Nil secara tak sengaja telah didatangi seorang kanak-kanak di sebuah premis makanan di Johor Bharu yang mencari rezeki dengan membantu ibunya menjual tisu demi kelangsungan hidup.
Menerusi rakaman yang boleh ditonton secara penuh menerusi saluran YouTube miliknya itu, ia merakamkan gelagat kanak-kanak berkenaan bersama Pak Nil yang dilihat ingin menjual tisu kepadanya.
Bagaimanapun, Pak Nil dilihat dari riak wajah yang sebak apabila mengetahui kanak-kanak terbabit dirinya sudah kehilangan bapa dan cuba membantu si ibu mencari rezeki.
Sementara itu menerusi satu entri terkini, Pak Nil turut akui rasa terhibur dengan gelagat kanak-kanak berkenaan selain turut menyambut baik andai ada mana-mana penerbit yang ingin mengambil kanak-kanak tersebut berlakon atas bakat semula jadinya.
“Lepas beli semua, #paknil suruh anak itu balik terus. Jgn rayau2 lagi. Terhibur Paknil dapat usik si kecik ini. Sememangnya kejujuran mereka menghiburkan.
“Sesiapa jumpa anak ni di JB, cakap kat dia, Paknil kirim salam dan bg tau dia yg dia dah popular!
“Kalau ada produser nak pelakon kanak2, tolong ambik anak ini, Paknil rasa mcm dia ada bakat yg semulajadi la.
“Suara bercakap pun sedap dan lembut. Semoga Allah menjaga mu anak,” tulisnya.
Selepas berkongsi mengenai keadaan matanya yang lebam pada pagi Isnin, pelakon Zahnita Wilson akhirnya mendakwa dia menjadi mangsa keganasan rumah tangga.