Penyanyi dan pelakon, Lufya Omar ada berkongsikan rasa terhadap situasinya yang dialaminya kini.
Menerusi satu hantaran di Instagram, ibu tunggal kepada seorang cahaya mata ini menyifatkan setiap ujian yang berlaku dalam hidupnya disifatkan sebagai satu perkara positif yang mendewasakan.
Dia yang dicungkil bakatnya daripada program realiti nyanyian, Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7) ini juga mendedahkan sudah belajar hidup berdikari sejak berusia 18 tahun.
“02.02 Fya dilahirkan oleh seorang ibu yang sangat kuat membesarkan 5 orang anak perempuan. Seorang doktor, engineer, celebrity, accountant.
“Ujian dan kesusahanku membesarkan seorang anak perempuan seorang diri tiada apa-apanya jika dibandingkan dengan kehebatan Mama. Terima kaseh kerana melahirkan dan membesarkan Lutfyah mama.
“Aku belajar berdikari sejak usia 18 tahun lagi. My life is like a roller coaster. Pernah berada pada puncak yang tinggi dan pernah berada pada dasar yang rendah.
“Kesakitan atau kesusahan yang kita alami akan membentuk kita menjadi orang yang baru, sama ada kita menjadi org yg lebih baik atau sebaliknya,” tulisnya.
Lufya pada masa sama turut menzahirkan rasa syukur serta mengucapkan terima kasih atas sokongan ramai yang mendoakan yang baik-baik untuknya.
“Bersyukur dan reda atas segala takdir yang telah lama tertulis di lauh mahfuz. Semua adalah rahsiaNya. Jangan putus asa atas kesulitan yang kita alami. kena selalu ingat pasti ada pelangi selepas hujan.
“Bagi yang mendoakan yang baik-baik, fya aminkan dan semoga kembali doanya kepada kepada sang pendoanya juga.
“Terima kasih kerana menyokong lufya dalam apa jua bisnes yang fya lakukan. Semoga Allah balas kebaikan anda. Lots of Lufya Omar,” tulisnya lagi.
Terdahulu, Lufya mendirikan rumah bersama Dr Che Muhammad Hafiz pada 26 November 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Laana Haura, 2 tahun.
Bagaimanapun, mereka bercerai pada 17 Jun lalu.
Foto: Instagram Lufya Omar
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI