![AE2869FB-1D6B-4416-AE9A-F3AC7A2EF847](https://www.mediahiburan.my/wp-content/uploads/2021/02/AE2869FB-1D6B-4416-AE9A-F3AC7A2EF847-696x447.jpeg)
Pelakon dan hos, Janna Nick yang hangat diperkatakan berhubung isu artis Kpop, sejak beberapa hari lalu akan tampil dalam sidang media yang dilakukan virtual, kira-kira jam 2.30 petang ini.
Bagaimanapun, sidang media yang diterima media tidak pula menyatakan intipati perkara yang akan dikongsikan, namun ia dipercayai ada kaitan dengan kontroversi terbaru yang melibatkan dirinya.
Janna turut mengumumkan mengenai sidang media berkenaan melalui Instagram.
Terdahulu menerusi kenyataannya pada Isnin, pengara Melodi itu menjelaskan sudah membuat laporan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).
Dia pada masa sama, bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang melemparkan fitnah, ugutan dan komen keterlaluan selain turut mendakwa menerima serangan peribadi.
Janna antara lain turut menafikan dia menggelar atau menyamakan Lisa Manoban sebagai Lisa BLACKPIG selain sekali lagi menjelaskan dia tidak pernah sama sekali mempersenda kematian penyanyi Korea Selatan, Kim Jong-hyun pada 2018.
Terdahulu, akaun Instagram Janna yang memiliki 6.2 juta pengikut itu ‘hilang’ yang sekali gus memberikan netizen membuat pelbagai spekulasi.
Bagaimanapun, akaun tersebut aktif kembali kelmarin apabila bintang drama Maryy Me Senorita itu memuat naik hantaran baru di ‘feed’.
Sama-sama kita nantikan apakah yang ingin dikongsikan Janna di dalam sidang medianya, hari ini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Buruk Atau Cantik, Tetap Sayangkan Dia,” – Jahatnya Mulut! Anak Dikata Serupa Pondan, Ini Komen Jasmin Hamid
![“Buruk Atau Cantik, Tetap Sayangkan Dia,” – Jahatnya Mulut! Anak Dikata Serupa Pondan, Ini Komen Jasmin Hamid](https://cdn.mediahiburan.my/2019/03/2E8FCF1F-5544-458F-96A6-64BF39B2551B.jpeg)
Tular apabila ada netizen galak mempersenda wajah anak angkat Jasmin Hamid, Rohana yang dikatakan menyerupai pondan.
Kecewa dengan mulut ‘puaka’ netizen yang menghina ciptaan Allah, Jasmin Hamid menerusi laman Instagram meluahkan kekecewaannya itu.
Ulas pelakon senior ini, sebagai seorang ibu, dia akan berkorban untuk melindungi anak-anaknya.
“Setiap IBU sudah pasti akan berkorban, membela nasib dan melindungi anak-anaknya walaupun hanya kerana SEEKOR NYAMUK.. Buruk atau cantik, saya tetap sayangkan dia hingga jannah.. Fisik bukan ukuran!
Love my daughter so muchhhhh.”
Dia turut berdoa agar anak perempuan yang dibela sedari kecil itu ditemukan dengan seorang lelaki yang mampu membimbing dan membahagiakan anaknya.
“Mohon Allah ketemukan anakku dengan seorang IMAM yang boleh membimbingnya ke jalan ALLAH dan bahagiakan anakku ini.. Hanya Allah sahaja yang akan memberikan GANJARAN buat si suami yang dapat membagiakannya dan membimbing anakku ini ke jalan ALLAH.
“Mohon Allah panjangkan usia saya untuk saya melihat dia kahwin dan bahagia dengan lelaki yang baik dan soleh.. JODOH RAHSIA ALLAH,” tulisnya lagi.
Kata pelakon berusia 47 tahun itu, Rohana seorang yang sangat taat dan dia akan pastikan tiada siapa yang menyakiti hati anaknya.
“autumm_yopopp seorang anak yang sangat taat kepada ibubapa dan sangat penyayang.. Pada lelaki di luar sana, JANGAN SESEKALI kamu sakiti hatinya dan sia-siakan dia kerana dia adalah AMANAH ALLAH buat kami sekeluarga.
“Jangan sesekali kau aniaya ANAK YATIM ini, apatah lagi MENCELA dia.. Ibu akan sentiasa berada di depan mu untuk pastikan kamu tidak di sakiti.. INI JANJI IBU PADA ALLAH.”
View this post on InstagramA post shared by jasminhamid (@jasminhamidjh) on
Berhati-hatilah dalam menulis komen, bimbang hati yang terguris itu membawa ke mati. Padah keadaan kita di sana kelak.
Foto – Instagram Jasmin Hamid
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
[VIDEO] “Sorak Sampai Pecah Tekak,”- YB Syed Saddiq Beri Semangat Buat Harimau Malaya, Sama-Sama Mengaum Di Vietnam!
![[VIDEO] “Sorak Sampai Pecah Tekak,”- YB Syed Saddiq Beri Semangat Buat Harimau Malaya, Sama-Sama Mengaum Di Vietnam!](https://cdn.mediahiburan.my/2018/12/FA80711E-5FA1-477F-9947-AA957FC850A3.jpeg)
Harimau Malaya sudah memberikan segala-galanya yang terdaya, namun usaha keras mereka gagal menghadiahkan Piala AFF buat Malaysia apabila tumpas 0-1 kepada Vietnam dalam perlawanan akhir kedua di Stadium My Dinh,Hanoi malam tadi.
Di kesempatan itu, Menteri Belia & Sukan, YB Syed Saddiq turut memberikan kata-kata semangat buat skuad Harimau Malaya dan rakyat Malaysia.
“Merekalah yg bersorak sampai pecah tekak dr peringkat kumpulan,ke final, dari KL sampai ke Vietnam.. Habiskan duit, masa dan tenaga.
Pengorbanan Ekor Harimau Sejati! Thank you! Menang atau kalah, rakyat Malaysia akan sentiasa menghargai pengorbanan anda semua! THE BEST!,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by Syed Saddiq (@syedsaddiq) on
Syed juga turut berkongsi suasana di Stadium My Dinh malam tadi.
“Dlm perjalanan ke stadium, mereka lah yg bakar semangat & mereka jugalah yg tlg jaga safety semua fans disini. Barisan kuat, warga Vietnam juga hormat.
Bila semua stuck nak masuk stadium, mereka buat human shield utk pastikan semua fans wanita & fans anak2 dpt masuk dulu. You are the best! Thank You!,” tulisnya lagi.
Video tersebut telah mendapat lebih 100,000 tontonan yang memaparkan semangat Syed dan pasukan Ultra Malaya menyanyikan lagu Ekor Harimau.
Kekalahan di Stadium My Dinh itu menyaksikan Vietnam menamatkan penantian selama 10 tahun untuk merangkul kejuaraan kedua mereka menerusi agregat 3-2, selepas aksi pertama di Bukit Jalil, Selasa lalu berkesudahan 2-2.
Video: IG Syed Saddiq
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Dengan Sekali Lafaz Sah Aku Menjadi Suami Kepada Nelysa Norazlan.”
![“Dengan Sekali Lafaz Sah Aku Menjadi Suami Kepada Nelysa Norazlan.”](https://cdn.mediahiburan.my/2022/11/0B817D47-006E-40E3-A2EC-F6C4B33AB870.jpeg)
Pempengaruh media sosial, Nelysa Norazlan selamat bergelar isteri kepada lelaki pilihan hati, Muhammad Multazam Nasir, Ahad lalu dengan sekali lafaz.
Mengenakan persalinan sedondon putih gading, pasangan sama cantik sama padan ini mendirikan rumah tangga di dalam majlis serba meriah di ibu kota.
Memanjat rasa syukur, Muhammad Multazam menerusi Instagram menitipkan dedikasi sejurus bergelar raja sehari.
“Alhamdulillah pada 27/11/2022 dengan sekali lafaz sah aku menjadi suami kepada Nelysa binti Norazlan.
“Perkenalan dan penantian selama 8 tahun telah berakhir dengan perkahwinan, syukur Alhamdulillah ya Allah.
“Semoga Allah memberi keberkatan dalam hubungan ini. Segala ujian dan cabaran akan kita hadapi bersama, semoga kita kuat dan tabah menempuhnya,” tulisnya.
Dia pada masa sama turut berdoa agar berjaya menjadi suami dan ketua keluarga yang baik selepas ini.
“Pesanan buat diriku. Aku harap aku akan dapat beri nafkah yang secukupnya padamu wahai isteriku dan aku janji aku akan menjadi suami yang terbaik buatmu.
“Maafkan aku jikalau aku membuat kesilapan, dan bagi lah aku peluang untuk mengubahnya.
“Kepada isteriku Nelysa, aku harap kau taat pada aku dan menjadi isteri yang mithali. Tegurlah aku jika aku membuat kesilapan.
“Ingat kita bukan kawan lagi, kita sudah menjadi suami dan isteri, jadi jagalah adab bersama suamimu ini. Terima kasih kerana menerima baik burukku, semoga perkahwinan kita ini kekal hingga ke jannah!,” luahnya lagi.
Perkongsian tersebut menerima lebih 30,000 yang disusuli dengan ucapan tahniah serta doa yang baik-baik.
Sementara itu menerusi platform sama, Nelysa turut memuat naik foto hari bahagia mereka berdua.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI