Pasti ramai yang sudah sedia maklum bahawa pelakon cantik, Nora Danish telah pun selamat melahirkan bayi lelaki semalam.

Selain daripada peminat teruja melihat setiap momen sebelum dan selepas bersalin serta wajah bayi pelakon ini, Mohamed Neqayl Nedim yang dikongsikan oleh suami Nora, Nedim Nazri dan rakan-rakannya, peminat juga turut terhibur melihat perkongsian daripada pelakon dan pengacara, Sharifah Shahira yang memuat naik gambar selepas dia bersalin lebih kurang sama dengan gambar Nora selepas bersalin.

Bagi korang yang memang mengikuti Shahirah atau lebih mesra dengan panggilan Shiera pasti tahu bahawa dia seorang yang sangat lucu dan ‘gila-gila’.

Ok jom MH belanja sikit gambar yang Shiera kongsikan.

IKLAN

A post shared by Shiera Al-Khaired (@shieraijoy) on

“Yayyy dah cakap i dengan nora danish memang sama u olls..
Hahahhaa…nak jugak…gambar aku walaupun shower cap aku senget
Sekarang nama @adeenazulkifly16
Panggil Dey Dey okkkkk
….beranak je upload ig kongsi bersama…
Tahniahhhhhhhh happpyyyyyy for both of u
Welcome Ney Ney…to the world,” tulis Shiera.

Apa yang lebih membuat peminat terhibur adalah Shiera meminta semua memanggil anak bongsunya dengan panggilan ‘Dey Dey’ kerana panggilan kepada anak Nora adalah ‘Ney Ney’.

zara_afni: Haha…samala uolss??

IKLAN

gorgezzinspiration: DeyDey and NeyNey ?

sue.vitaminshaklee: hahahah lawak okeh..

IKLAN

Aduh bukan kata peminat sahaja yang terhibur tapi MH pun turut pecah perut melihat gelagat Shiera.

Apapun MH doakan semoga baby ‘Ney Ney’ dan ‘Dey Dey’ membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh dan solehah buat ibu bapa masing-masing.

Sumber: Instagram Sharifah Shahirah

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI