Hanya kerana sedikit berbeza daripada orang biasa, seorang remaja lelaki yang di kenali sebagai Keaton Jones menjadi mangsa buli oleh sekumpulan pelajar yang tidak bertanggjawab.
Melalui sebuah video, Keaton menangis dengan nasib yang menimpa dirinya dan bersuara demi rakan-rakan lain yang turut mengalami nasib yang sama dengannya.
MH difahamkan, oleh kerana terlalu takut sehinggakan tidak berani makan tengah hari sendirian, Keaton meminta ibunya merakam dirinya menyampai sedikit mesej buat pembuli dan bersuara demi rakan-rakannya.
“Hanya tertanya-tanya, kenapa mesti membuli? Apa faedahnya? Mengapa gembira atas jadi seseorang yang kejam pada individu yang tidak bersalah?
“Tak patut! Mereka ejek hidung saya, mereka panggil saya hodoh. Mereka kata saya tiada kawan-kawan,” jelasnya.
Malah lebih menyedihkan Keaton memberitahu pembuli di sekolahnya sering tumpahkan susu dan letak makanan di atas pakaiannya serta baling roti kepadanya.
Menurutnya lagi bukan dia sahaja yang diperlakukan sebegini malah ada juga beberapa rakannya menjadi mangsa.
“Saya tidak suka apa yang mereka lakukan kepada saya dan saya juga tidak suka apa yang mereka lakukan pada orang lain kerana perkara itu tidak patut!” katanya lagi.
Video ini telah ditonton lebih dari 16juta tontonan sejak ia dimuat naik oleh ibunya sendiri.
Luahan Keaton bukan sahaja didengari oleh pengikut ibu di akaun media sosialnya, sebaliknya hampir satu dunia mendengar kesedihannya dan turut memberi simpati ke atas nasibnya.
Malah selebriti-selebriti bertaraf dunia juga tidak ketinggalan memberi semangat pada remaja lelaki ini dan menyokong serta memuji keberaniannya menyampaikan satu mesej yang cukup menyentuh perasaan.
Oleh kerana Keaton sering di sisihkan oleh rakan-rakan, ramai selebriti Hollywood mula ingin ‘berkawan’ dengannya. Lebih mengembirakan ada juga beberapa personaliti ingin menjemput Keaton ke beberapa tayangan ekslusif tayangan filem mereka dan tidak terkecuali memanggilnya untuk hadir ke rancangan bual bicara mereka.
Antaranya seperti di bawah…
Keaton-Don’t waste time wondering why a bully would be so mean-They’re sad people who think hurting others will make them feel better because they really don’t like themselves-They’re just jealous because you’re so smart & handsome❤️Your friend-mh https://t.co/SUMw3OoCTm
— @HamillHimself (@HamillHimself) December 10, 2017
Stay strong, Keaton. Don’t let them make you turn cold. I promise it gets better. While those punks at your school are deciding what kind of people they want to be in this world, how would you and your mom like to come to the Avengers premiere in LA next year? https://t.co/s1QwCQ3toi
— Chris Evans (@ChrisEvans) December 10, 2017
I #StandwithKeaton. Keaton baby, just know you’re not alone. There are so many people who come out of bullying so much stronger and you will be one of them!! God bless you sweetheart. https://t.co/LdCAy2lDHu
— Demi Lovato (@ddlovato) December 11, 2017
Hey Keaton Jones, I’d like to invite you to be my guest at any show of mine of your choice. I’ll cover ur flights and accommodation.
Big up for speaking up, buddy!!! ?— Zedd (@Zedd) December 11, 2017
Keaton jones you are a hero. This extremely raw and real moment has brought hope and truth to so many people. Be you and be forever fearless. Never give up. You are loved!
— kevin jonas (@kevinjonas) December 10, 2017
Keaton, will you’ve my guest at the Premiere of #InfinityWar too? I think you are about one of the coolest kids I have ever seen! Can’t wait to meet you in person, pal. Forget those ignorant kids. One day, very soon, they are going to feel pretty stupid for this. https://t.co/BqJLxu25GN
— Mark Ruffalo (@MarkRuffalo) December 11, 2017
Bukan sahaja selebriti di Hollywood malah di Malaysia juga ramai selebriti yang turut bersimpati ke atas nasib Keaton.
Namun begitu, ada juga beberapa individu yang telah tampil dan memberitahu mengapa Kaeton dibuli di sekolah. Kata mereka sebenarnya Kaeton sering bersikap perkauman dan mengejek bangsa berkulit gelap. Namun sejauh mana kebenarannya tidak kami ketahui.
Apapun MH harap gelaja buli ini dapat dikurangkan. Janganlah kita mengambil kesempatan ke atas kelemahan orang lain.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI