Suami kepada pelakon terkenal, Izara Aishah iaitu Adib Khalid ada menitipkan ucapan kepada isterinya bersempena dengan ulang tahun perkahwinan yang ketiga.
Di samping mengimbau kembali foto majlis perkahwinan, Adib mendoakan agar mahligai cinta yang dibina bersama Izara mendapat rahmat dari Yang Maha Esa.
“Happy Anniversary my darling wife ! 3 years down and forever to go! May our love grow stronger everyday.
Ads
“Thank you for the unconditional love and support you have given to our little family, Baby Alaia is so lucky to have you to look up to.
“May Allah continue to bless you and our family Always. I love you till Syurga Sayang !,” tulisnya.
Ads
Imbas kembali, Izara mendirikan rumah tangga bersama Adib Khalid yang juga merupakan anak tiri kepada penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza.
Ads
Pasangan ini berkahwin pada 17 November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Irisa Alaia, 7 bulan.
Foto: Instagram Adib Khalid
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan pengacara, Aril Pilus ada menitipkan ucapan istimewa sempena ulang tahun kelahiran abangnya yang juga merupakan seorang penyanyi, Allahyarham Izwan Pilus.
Menurut Aril, sekiranya abangnya itu masih hidup, dia kini telah pun menjangkau usia 41 tahun.
Penyanyi lagu Menatap Matamu itu turut mendoakan semoga abangnya itu sentiasa dibawah lindungan Allah SWT selain turut berharap agar mereka dapat dipertemukan semula di akhirat kelak.
“Selamat ulang tahun yang ke 41 tahun Abang Wan Kutek! Tua dah kau yeh! Aku doakan semoga sentiasa dalam lindungan Allah swt.
“Ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan moga Allah swt satukan semula keluarga kita di syurga Allah swt suatu hari nanti, amin. aku sentiasa doakan kau tenang,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pengacara program CCTV itu menerusi akaun Instagram miliknya.
Dalam pada itu, Aril turut mendedahkan dia tidak mahu terlalu bersedih kerana hari kelahiran ibu serta anak lelakinya turut jatuh pada hari yang sama.
Sementara itu, Aril turut berharap agar orang ramai dapat menitipkan doa buat arwah abangnya itu.
“Takde cerita sedih nak cerita dengan korang semua kali ni sebab harini jugak hari lahir mak saya @hajahnormahabd dan anak saya #TunAdrielMikael.
“So today nak happy-happy je nak share gambar koleksi arwah #IzwanPilus yang ada dalam library. Ni gambar 2006, Photoshoot untuk cover album ‘Erti Kasih’.
“Hah tu je lah! Kang aku tulis panjang, menangis lak nanti so! Thanks like and comment, kite sedekah Al-Fatihah sama-sama ye. terima kasih semua.
“Kalau tuan mudik ke hulu,
Carikan saya bunga kemboja,
Kalau tuan mati dahulu,
Nantikan saya di pintu syurga,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa rindu selain turut mendoakan semoga arwah Izwan ditempatkan dikalangan orang beriman.
Terdahulu, Izwan yang popular menerusi lagu Kembali Senyum telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada tanggal 20 Januari 2012 akibat jangkitan kuman dalam darah.
Sumber: Instagram Aril Pilus
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
“Drama ini tiada pengajaran. Orang tengok sebab nak enjoy”. Itulah yang diperkatakan oleh pengarah, Mamat Khalid mengenai drama terbaru arahannya yang berjudul Kapung Pisang Bersiri-Siri.
Francais Kampung Pisang yang mula diterbitkan pada 2007 merupakan filem blockbuster nombor satu tanah air dan telah meraih kutipan pecah panggung dengan jumlah keseluruhan RM56.9 juta.
Oleh yang demikian, francais tersebut akan dibawa ke skrin televisyen dalam bentuk drama bersiri premium menerusi jenama ‘Astro Originals’.
Menurut Mamat, drama ini merupakan hasil garapan lima filem Kampung Pisang yang terdahulu dan telah pun diberi nafas baru.
“Idea saya terlampau banyak. Kalau nak dibawa ke filem mungkin agak susah. Jadi saya gambarkannya menerusi drama siri ini.
“Sejujurnya, francais Kampung Pisang ini amat isitmewa di hati saya. Saya percaya ada sebahagian penonton yang turut membesar dengan filem-filem ini.
“Sejak tahun 2007 karya ini diperkenal, saya ingin menzahirkan satu kelainan khususnya kepada mereka yang setia menyokong, justeru saya gabungkan hampir kesemua watak filem ke dalam siri ini,” katanya kepada MH.
Pengarah berusia 57 tahu itu berkata sedemikian sewaktu ditemui pada sidang media virtual Kampung Pisang Bersiri-Siri yang berlangsung pada Rabu.
Dalam pada itu, Mamat turut mendedahkan ini merupakan kali pertama dia mengarah drama bersiri dan dia telah pun menggunakan tenaga pakar daripada luar bagi memastikan hasil akhirnya setanding dengan filem.
“Kampong Pisang Bersiri-Siri juga dianggap sebagai satu cabaran baru buat saya kerana ini merupakan pertama kali saya mengarahkan drama bersiri, namun begitu perlu mengekalkan kualiti dan ‘end result’ setanding filem.
“Untuk itu, teknik teknologi pengimejan telah dilakukan oleh tenaga pakar di Australia dan proses adunan audio dan bunyi pula dilakukan di Thailand.
“Saya harap penonton akan berpuas hati dan sedikit sebanyak mampu membawa mereka keluar dari tekanan khususnya di kala dunia dilanda pandemik Covid-19 ini,” kongsinya lagi.
Masih mengekalkan latar belakang di Kampong Pisang, drama ini akan dimainkan oleh ramai pelakon hebat antaranya, Kazar Sairi, Bell Ngasri, Aziz M. Osman, Mat London dan ramai lagi.
Pada masa sama, drama yang akan bersiaran selama 12 episod ini turut akan menampilkan barisan artis popular seperti Datuk Awie, Hazama, Pekin Ibrahim, Sofi Jikan dan ramai lagi secara bergilir-gilir sebagai penampilan istimewa.
Terdahulu, drama Kampung Pisang Bersiri-Siri akan mula ditayangkan pada setiap Isnin bermula 7 Disember ini dan akan disiarkan menerusi saluran Astro Citra (128) dan Citra HD (108).
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penerbit, Datuk A. Aida mendedahkan hatinya mula terdetik untuk berhijab selepas terkesan dengan nasihat daripada sahabat baiknya, Ustaz Izhar Ariff sebaik dia tersedar daripada ditidurkan akibat komplikasi pembedahan lutut.