Warna-warni edisi kelima Anugerah MeleTop Era 2018 (AME2018) yang dipancarkan secara live menerusi Astro Ria dari Axiata Arena, Bukit Jalil pada Ahad memberi 1001 momen manis buat kalendar seni di negara ini.

Menobatkan penyanyi Khai Bahar dan Neelofa sebagai penerina anugerah perdana pada malam itu, anugerah hiburan tahunan yang mengiktiraf udian 100 peratus daripada peminat ini disifatkan sebagai antara penganjuran terbaik AME setakat ini.

Apapun, jom ikuti 10 trivia menarik yang perlu korang tahun mengenai semarak malam AME2018 lalu!

Namanzee Harris, Ketua Strategi Kandungan & Inovasi Astro memberitahu, AME adalah semuanya untuk peminat dan anugerah ini adalah sebagai simbolik sebagai untuk menghargai sokongan peminat kepada artis menerusi anugerah yang diberikan kepada pemenang.

Persembahan beberapa generasi dalam industri hiburan juga digarap dengan cantik mengikut trend dan apakah yang dimahukan peminat, hasil dari perbincangan bersama pihak pengurusan dan pandangan rakan media.

Sementara itu, Dhan Andreas, Pengurus Kandungan Era menambah, persembahan showcase beberapa selebriti yang bermula seawal 5.00 petang di perkarangan Axiata Arena memberi ruang buat mereka untuk meraikan kehangatan AME2018 bersama peminat dan ada merancang untuk menambah baik terhadap showcase pada anugerah sama tahun hadapan.

Marissa Harris, Penolong Naib Presiden Segmen Kanak-Kanak & Remaja pula mengakui, setiap undi yang diberikan memang cukup sengit di antara satu sama lain. Bagaimanpun, pengiraan akan menjadi berbeza apabila undian menerusi online dan SMS dicampurkan. Katanya, dua selebriti yang rapat mengikuti Khai dan Lofa untuk merebut Trofi Top Top MeleTop ialah Arif Jiwa Asyraf (Lelaki) dan Farah Nabila (Wanita).

IKLAN

Khai Bahar merakamkan rasa terharu dan tidak sangka dapat rangkul trofi utama pada AME2018 dan mengakui, kemenangannya adalah bukti kepada para penyokongnya yang kekal hebat dan mengharapkan agar mereka terus kekal setia bersamanya.

Lofa Akui Fazura Antara Saingan Terdekat, Ini Antara 10 ‘Point’ Lain Mengenai #yanglityanglegend AME2018

Menghargai kerja keras peminat, Neelofa turut menyifatkan trofi ini merupakan suatu usaha, impian untuk peminat melihat dirinya merangkul anugerah tersebut akhirnya tercapai. Kongsi Lofa, meski dirinya banyak terpalit dengan kecaman, namun peminatnya terus kuat dan tahu mereka kekal setia mengundi dan menghargai peminat yang dianggap sebagai tulang belakang dalam lakaran jayanya.

Bercakap mengenai saingan, Khai memberitahu saingan terdekatnya mungkin Fattah dan Zizan Razak sementara Lofa pula menganggap industri sekarang cukup meria dan mungkin nama besar lain yang akan dapat trofi utama. Antaranya Fazura atau Farah Nabila.

IKLAN

Lofa Akui Fazura Antara Saingan Terdekat, Ini Antara 10 ‘Point’ Lain Mengenai #yanglityanglegend AME2018

Lofa Akui Fazura Antara Saingan Terdekat, Ini Antara 10 ‘Point’ Lain Mengenai #yanglityanglegend AME2018

Namanzee turut menambah, skop persembahan AME tahun ini adalah hasil daripada perbincangan ramai, bermula dengan penyanyi senior sehinggalah kepada yang baru. Semuanya adalah berdasarkan kepada trend, siapakah selebriti yang mahu ditonton peminat untuk membuat persembahan.

IKLAN

Setiap tahun baju yang dipakai menerima kecaman, Lofa tidak mahu memandangnya sebagai suatu yang serius. Sebaliknya, dia berpuas hati dengan pakaiannya.

“Tak kisah orang nak cakap apa cuma kita ambil yang positif,” katanya jujur.

Pihak Astro turut membayangkan akan mewujudkan anugerah baru pada AME edisi depan. Namun, semuanya akan didahului dengan perbincangan bersama beberapa pihak terlibat selain mahu menambah baik perjalan AME dari tahun ke tahun.

Ikuti juga sedutan sidang media AME2018 yang dimuat naik menerusi LIVE FB MH.

Lets ikuti sidang media AME2018 yang menyaksikan Neelofa, menang dua tahun berturut2 untuk kategori Artis Top Top Meletop Wanita. Congrats girl!

Posted by MEDIA HIBURAN on Sunday, 8 April 2018

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI