Musim pertama program realiti, Talk To My Manager (TTMM) menyasikan pasangan anak beranak, Liza Hanim x Marsya dinobat sebagai juara sulung dengan pungutan markah sebanyak 84.83%.
Kemenangan tersebut melayakkan mereka untuk membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM30,000 berserta trofi.
Tempat kedua disandang Shuib x Thalita dengan markah 75.08%, memenangi wang tunai RM15,000 beserta trofi.
Sementara Sharifah Shahirah x Audra pula di kedudukan ketikga dengan 72.92%.
Pasangan ibu dan anak ini berjaya membawa pulang hadiah berupa RM10,000 dan trofi.
Ads
Tempat keempat dan kelima pula disandang Ameng x Ammar serta Ina Naim x Hadie masing-masing dengan markah sebanyak72.17% dan 65.33%.
Dalam pada itu, Amad bersama pengurusnya, Siti Sairah berada di posisi keenam keseluruhan dengan markah sebanyak 52.17%
Ads
Tok Naz Juri Jemputan
TTMM The Grand Finale dikendalikan oleh pengacara Datuk Aznil Hj. Nawawi, bersama barisan juri yang terdiri daripada Che Puan Sarimah dan Datuk AC Mizal.
Ads
Guru vokal, Datuk Syafinaz Selamat pula diundang sebagai juri jemputan.
Berlangsung selama 8 minggu, konsert Talk To My Manager bersiaran setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam.
Program ini turut boleh distrim secara On Demand di aplikasi Astro GO dan sooka.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penampilan pelakon jelita, Rita Nadira yang hadir bersama seorang lelaki berjambang di tayangan perdana filem seram terbaharu, Qifarah, di GSC Mid Valley baru-baru ini, menarik perhatian ramai.
Dikatakan kini lebih terbuka mengenai kehidupan peribadi, Rita ketika ditemui media menjelaskan dia tidak berniat untuk menyembunyikan status hubungannya, namun masih belum bersedia untuk mengulas lanjut tentang fasa yang lebih serius.
“Sebelum ini, saya pernah memaklumkan yang saya tidak merahsiakan tentang perhubungan cuma saya menjaga privasi. Siapa yang nampak, mereka akan tahu.
“Berkaitan ke fasa seterusnya pula, saya takut nak menjawab. Kita tak tahu soal jodoh ke depannya bagaimana. Doakanlah yang baik-baik.
“Jika hubungan ini mampu ke tahap yang lebih serius, siapa sahaja yang tak mahu ke jinjang pelamin? Jika tanya kepada wanita seusia saya, pasti mereka juga mahu berkahwin.
“Saya sentiasa mendoakan yang terbaik buat diri sendiri. Kalau asyik kenal orang baharu pun penat juga,” katanya kepada MH.
Ditanya sama ada kini dia ingin memberi tumpuan sepenuhnya terhadap kerjaya, Rita menjelaskan kepuasan sebagai anak seni tidak pernah berpenghujung.
“Jika kita berterusan nak membina nama, sampai bila-bila pun tak habis. Memang tak kahwinlah kita. Kalau saya betul-betul nak bina nama, saya tidak akan berkenalan dengan sesiapa. Saya hanya akan fokus kepada diri sendiri.
“Kalau boleh, saya nak ke arah membina keluarga dan punyai anak. Itulah impian setiap wanita,” ujarnya lagi.
Dalam masa sama, Rita turut menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang menitipkan doa serta kata-kata positif buat dirinya.
“Untuk mereka yang memberikan komen dan mendoakan yang baik-baik, saya ucapkan terima kasih. Manakala komen-komen negatif pula, saya takkan pandang.
“Saya tak suka hal-hal negatif ada dalam fikiran. Selalunya saya akan buat tak nampak sahaja. Saya tak nak merosakkan pemikiran saya,” kongsinya lagi.
Rita turut menambah, meskipun hubungannya dengan lelaki berkenaan masih di peringkat awal, dia bersyukur kerana segalanya berjalan lancar.
“Alhamdulillah, setakat ini saya selesa dengan perhubungan ini. Segalanya masih baharu dan kami masih mengenali hati budi. Segalanya berjalan dengan baik.
“Kalau boleh nak ‘manis-manis’ sampai bila-bila,” akhirinya.
Rita kini tampil dalam filem terbaharu berjudul Qifarah, yang turut dibintangi oleh Remy Ishak, Sharifah Sakinah, Namron, Isma Daniel dan ramai lagi.
Filem arahan pengarah Ghaz Abu Bakar itu akan ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 9 Oktober ini.
Qifarah diterbitkan oleh Skop Productions dengan kerjasama My Way Pictures dan Astro Shaw, serta Primeworks Studios sebagai rakan pemasaran rasmi.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Rasakan keyakinan baru dengan TemyLens Soft Contact Lenses dalam warna Walnut. Lensa lembut, selesa dipakai, dan menyerlahkan pesona semula jadi mata anda tanpa rasa kering.
Rasakan keyakinan baru dengan TemyLens Soft Contact Lenses dalam warna Walnut. Lensa lembut, selesa dipakai, dan menyerlahkan pesona semula jadi mata anda tanpa rasa kering.
Penyanyi Indonesia, Afgan, kembali menyapa peminat dengan single terbaharu berjudul “Kacamata”, menandakan langkah pertama menuju pelancaran album ketujuhnya, Retrospektif, yang bakal menemui peminat tidak lama lagi.
Selepas tujuh tahun tidak tampil dengan album berbahasa Indonesia, Retrospektif menjadi simbol kembalinya Afgan ke akar musikalitinya yang mempopularkan namanya di awal karier.
Jika dua album terdahulu lebih menjurus kepada lagu-lagu Inggeris, kali ini Afgan tampil dengan sentuhan pop Indonesia yang segar, matang dan berjiwa lokal.
Lagu Kacamata mengekalkan identiti pop yang sinonim dengan Afgan, namun diperkaya dengan elemen R&B modenserta produksi muzik yang lebih kontemporari.
Dari segi tema, lagu ini mengisahkan tentang seseorang yang sanggup mengubah diri demi cinta, namun akhirnya sedar bahawa pengorbanan itu sia-sia kerana diberikan kepada insan yang salah. Ia menjadi metafora tentang kehilangan jati diri dan makna cinta sejati.
“Bagi saya, Kacamata sangat mewakili era itu. Selama 15 tahun berkarya, saya dikenali dengan imej berkaca mata dan lagu-lagu pop, jadi secara simbolik, single ini amat tepat untuk membuka tirai album baharu saya,” katanya.
Dalam proses kreatif, Afgan bekerjasama dengan tiga pemuzik berbakat iaitu Iqbal Siregar, Petra Sihombing dan Kamga Mohammed.
“Iqbal membawa idea awal berupa melodi menarik untuk bahagian korus yang kemudian dikembangkan bersama hingga siap dalam tempoh hanya dua jam.
“Petra bertindak sebagai penerbit dan komposer, manakala Kamga turut berperanan sebagai pengarah vokal di samping menjadi komposer bersama.
“Proses rakaman lagu ini berlangsung pantas namun teratur apabila sesi rakaman vokal diselesaikan dalam setengah hari, manakala keseluruhan produksi termasuk mixing dan mastering siap dalam dua bulan,” jelasnya lagi.
Selain menjadi simbol perjalanan muziknya, Afgan turut menyelitkan pesan spiritual dalam lagu ini.
“Jangan terlalu berharap pada manusia, kerana satu-satunya yang boleh kita sandarkan hanyalah Tuhan.
“Lagu ini ibarat peringatan untuk kita semua agar tidak kehilangan diri sendiri ketika berhadapan dengan kekecewaan.
“Dengan ritma yang ringan dan lirik yang mudah diingati, Kacamata ialah lagu yang memberi rasa positif sekali gus membuat pendengar tersenyum di tengah kegalauan,” katanya.
Muzik video Kacamata, arahan Shadtoto Prasetio, menampilkan konsep visual nostalgia era 90-an minimalisdengan sentuhan moden yang segar.
Afgan bergandingan dengan pelakon Yuki Kato menerusi adegan permainan catur sebagai simbol strategi dan pengorbanan dalam cinta.
Menariknya, lagu ini menonjolkan permainan gitar sebagai elemen utama, berbeza dengan kebanyakan karya terdahulu Afgan yang lebih berteraskan piano dan orkestra.
Single Kacamata kini boleh didengarkan di semua platform digital, manakala album penuh Retrospektifdijadualkan menemui peminat pada November depan.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tampil dengan imej baharu yang lebih sopan, vokalis Sakura Band, Mell, memaklumkan dia sudah mula berhijab sepenuhnya sejak dua tahun lalu.
Namun jelasnya, proses penghijrahan itu masih baharu dan dia kini dalam fasa mendalami ilmu serta memahami perjalanan baharu ini.
“Saya sudah mula bertudung sejak dua tahun lepas. Namun, saya masih merasakan ia masih baru. Saya juga merupakan seorang muallaf dan banyak lagi perkara yang perlu saya belajar.
“Ketika ini, saya hanya tahu satu stail tudung sahaja iaitu bawal. Dari segi gaya persembahan, saya juga perlu banyak ubah. Jika dahulu, saya boleh bagi 100 peratus ketika di atas pentas, kini saya tidak boleh nak terlalu lincah.
“Perasaan nak melompat-lompat ketika persembahan itu masih ada. Namun, saya perlu kawal. Malah, cara pemakaian saya juga sudah berubah. Dahulu, saya tak pernah pakai skirt,” katanya kepada MH.
Penyanyi lagu Polaroid itu ditemui ketika majlis sidang media Gegar Vaganza 12 (GV12) yang berlangsung di The Exchange TRX, Kuala Lumpur pada Khamis.
Mell turut tersenarai sebagai antara 13 bintang GV12, yang bakal bersiaran secara langsung bermula 2 November ini jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104).
Mell menambah, imej berhijab ini memberi banyak kemudahan dalam kehidupannya, terutama ketika membuat persembahan.
“Pada saya, perubahan ini juga sangat bagus. Saya tak perlu nak fikir soal rambut lagi. Dahulu, saya selalu warnakan rambut bila buat persembahan. Cakaplah warna apapun, semua saya sudah pernah cuba.
“Kini, saya rasa lebih mudah. Tinggal pakai tudung sahaja dan kita sudah boleh buat persembahan,” ujarnya lagi.
Berkongsi kisah bagaimana hatinya terbuka untuk berhijab, Mell yang juga isteri kepada pemain drum kumpulan Sixth Sense, Mohammad Safwan, mengakui dia banyak dipengaruhi oleh persekitaran dan keluarga sebelah suami.
“Perasaan mula nak berhijab itu hadir mungkin disebabkan persekitaran saya lebih-lebih daripada pihak keluarga sebelah suami. Mereka semua berhijab.
“Jadi, timbul perasaan untuk saya mula mencuba untuk berhijab. Pada mulanya, saya berhijab bila ada majlis sahaja. Kemudian, saya rasa selesa dan senang. Jadi, saya memilih untuk teruskan berhijab.
“Mula-mula rasa janggal juga. Lama-kelamaan saya rasa okay,” kongsinya lagi.
Mell turut meluahkan rasa syukur apabila imej baharunya diterima baik dan tidak menjejaskan rezekinya dalam industri muzik.
“Pada saya, soal rezeki ini semuanya ketentuan Allah SWT. Jika kita percaya, ia pasti ada. Kalau bukan rezeki kita…bukanlah. Namun, setakat ini, pihak penganjur tiada masalah dengan penampilan terbaharu saya ini.
“Mungkin juga cara dan personaliti saya masih sama seperti dahulu. Cuma imej sahaja berbeza. Energi dan stail persembahan lebih kurang sahaja.
“Mungkin mereka lebih sukakan lagu-lagu daripada Sakura berbanding penampilan kami. Jadi, semuanya okay sahaja,” katanya lagi.
Dia pada masa sama turut terharu apabila ahli Sakura Band yang lain memberikan sokongan penuh terhadap keputusannya menyertai GV12.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Suasana meriah di Fiesta Mega Raya 2026 di Sabah International Convention Centre (SICC), kelmarin bertukar cemas seketika apabila seorang peminat wanita dilihat tiba-tiba pengsan...