Penyanyi dan pelakon popular, Lindsay Lohan telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki hasil perhubungan dengan suaminya, Bader Shammas.
Bintang yang berusia 37 tahun itu berkahwin dengan Bader pada 2022 dan telah mengumumkan kepada umum mengenai kehamilannya pada Mac tahun ini.
Menarik tentang kelahiran anak sulungnya itu, Lindsay telah menamakan anaknya dengan nama Arab dan seluruh keluarga telah jatuh cinta dengan ahli baharu keluarga mereka itu.
Wakil Lindsay Lohan berkongsi kepada media, “Lindsay Lohan dan suami pembiayanya, Bader Shammas mengalu-alukan seorang anak lelaki yang cantik dan sihat bernama Luai. Keluarga sedang jatuh cinta.”
Bayi itu dilahirkan di Dubai di mana tempat pasangan itu menetap kini, dan dia dipercayai lahir pada hari Isnin. Luai ialah nama Arab yang bermaksud ‘perisai atau pelindung’.
Ads
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Hangat betul sehari dua ini dengan berita perceraian. Baik bintang tempatan mahupun antarabangsa semua tidak terlepas dari kemelut perhubungan.
Terbaharu, bintang The Modern Family dan juga juri America’s Got Talent, Sofia Vergara mengumumkan yang dia dan suami, Joe Manganiello mengambil keputusan untuk bercerai.
Mengesahkan lagi khabar akhir perceraian mereka. Pasangan itu berkongsi berkenaan perkara tersebut kepada portal hiburan Page Six dalam satu kenyataan bersama.
“Kami telah membuat keputusan yang sukar untuk bercerai. Sebagai dua orang yang sangat menyayangi dan mengambil berat antara satu sama lain, kami dengan rasa rendah diri meminta semua pihak menghormati privasi kami pada masa ini semasa kami mengharungi fasa baharu dalam hidup kami,” ujar mereka.
Sofia yang kini berusia 51 tahun mula mengenali Joe, 47, sekitar tahun 2014 sebelum membawa perhubungan mereka ke satu tahap yang lebih serius dan berkahwin pada tahun 2015.
Sama-sama mencipta nama dalam dunia hiburan. Keretakan rumah tangga mereka dihidu apabila sejak kebelangan ini Sofia jarang memuat naik gambar mereka bersama.
Tambahan lagi, ketika ini bintang asal Colombia itu sedang berada di Itali untuk menyambut hari jadi dan cincin perkahwinan tidak terlihat pada jari manisnya.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Nama penyanyi Indonesia, Afgan tidak perlu diperkenalkan lagi. Sejak di awal kemunculannya, bintang berusia 34 tahun ini berjaya memukau pencinta muzik denganderetan lagu yang dihasilkan.
Tidak hanya mengecap kejayaan luar biasa di negara kelahirannya, Afgan atau nama sebenarnya Afgansyah Reza turut mencipta fenomena di Malaysia. Selain lagu, kualiti vokal dimiliki membuatkan ramai yang kagum dan jatuh cinta.
Justeru, kejayaan konsert Afgan Evolution Live In Kuala Lumpur Disember tahun lalu menjadi penanda aras baharu Afgan untuk terus berkarya dan menghiburkan peminat setianya di negara ini.
Afgan bakal kembali menggegarkan Kuala Lumpur menerusi Afgan Live In Concert With Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO) di Plenary Hall, KLCC pada 2 Disember 2023 yang dibawakan secara eksklusif oleh penganjur, Renjana Idea.
Afgan berkata, dia teruja dan tidak sabar untuk kembali ke Malaysja bagi menghiburkan para peminatnya di sini.
“Tidak dinafikan, Malaysia ibarat rumah kedua saya dalam berkarya. Setiap lagu saya diterima baik dan mendapat sambutan menggalakkan. Apatah lagi setiap kali saya menjayakan konsert di Malaysia, peminat tidak henti-henti memberikan sokongan. Itu satu penghormatan buat saya.
“Sejujurnya, saya juga tidak menjangka penganjur sekali lagi memilih saya untuk mengadakan konsert selepas Afgan Evolution Live In Kuala Lumpur pada Disember tahun lalu. Namun, saya percaya mereka ada alasan tersendiri.
“Apa boleh dikatakan, untuk Afgan Live In Concert With Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO) ini, ia sesuatu yang cukup mengujakan kerana buat pertama kali saya bekerjasama dengan pemuzik daripada Malaysian Philharmonic Orchestra.
“Apabila dimaklumkan mereka bersetuju untuk menjayakan konsert ini, bagi saya ‘it’s amazing’! Tidak sabar rasanya untuk menghiburkan peminatnanti,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Urusan Renjana Idea, Aliya Arisya Anuar berbesar hati kerana Afgan sekalilagi menerima pelawaan dan bersetuju untuk menjayakankonsert di sini.
“Kali ini kita mahu memberikan kelainan pada konsert Afgan. Tidak seperti dulu yang mana tahun ini persembahan Afgan akan diiringi oleh MPO. Saya pasti deretan lagu popular Afgan itu menjadi lebih hebat dengan iringan pemuzik MPO.
“Jadi, kepada semua yang tak dapat nak menyaksikan konsert sebelum ini, jangan lepaskan peluang untuk hadir pada AfganLive In Concert With Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO). Kami menjanjikan persembahan hebat daripada Afgan,” katanya.
Berbeza dengan konsert sebelum ini, pada Afgan Live InConcert With Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO) bakal menyaksikan Afgan menyanyikan lagu-lagu popularnya.
Menariknya juga, pada konsert ini turut menghiburkan peminat ialah penyanyi jemputan yang bakal diumumkan penganjur kelak.
Tiket menyaksikan konsert Afgan Live In Concert With Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO) mula dijual sejak 5 Julai lalu.
Harga tiket bermula RM1488 (Lestari Merdu); RM998 (PanahAsmara); RM888 (Lenggang Puspita); RM588 (Heaven); RM338 (Knock Me Out); RM298 (M.I.A) dan RM258 (Bawalah Cintaku)
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Model, pengacara dan personaliti televisyen terkenal Gigi Hadid dilaporkan telah ditangkap di Kepulauan Cayman kerana memiliki ganja dan juga alatan untuk menghisap bahan tersebut.
Gigi dan temannya ditangkap sebaik sahaja mendarat menggunakan kapal terbang peribadi di negara tersebut apabila pihak berkuasa melakukan pemeriksaan.
Mereka telah ditangkap atas dasar disyaki melakukan Pengimportan Ganja dan Pengimportan Perkakas yang digunakan untuk pengambilan ganja. Setelah itu mereka dibawa ke Pusat Tahanan Banduan.
Walau bagaimanapun mereka kemudiannya telah dilepaskan dengan ikat jamin. Ketika hadir kemahkamah pada 12 Julai, Gigi dan rakannya mengaku bersalah dan dijatuhkan hukuman denda $1000 bersamaan RM4,600.
Dalam satu kenyataan kepada pihak media, pihak pengurusan Gigi berkongsi, “Gigi mengembara dengan ganja yang dibeli secara sah di Kota New York dengan lesen perubatan.
“Bahan tersebut juga sah untuk kegunaan atas tujuan perubatan di Grand Cayman sejak 2017. Rekodnya kekal jelas dan dia menikmati sisa masanya di pulau itu.”
Walaupun insiden tersebut terjadi kepada dirinya, ibu kepada seorang cahaya mata itu kelihatan sudah melupakan ‘epidod hitam’ tersebut apabila meneruskan percutian yang dirancang.
Menerusi hantaran terkini di Instagramnya, Gigi menulis, “Semua yang baik-baik berakhir dengan baik.”
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Sumber foto: Instagram Gigi Hadid
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat meluahkan rasa syukur apabila dapat peluang berduet bersama sahabat baiknya yang juga penyanyi, Hazama menerusi projek lagu raya terbaharu berjudul Yaa Hari Raya.