Pengacara, Iesya Toh memaklumkan mangsa insiden kemalangan yang melibatkan sebuah motosikal dan kereta seperti yang tular pada hari ini merupakan anak kepada sahabat baiknya.
Menurut Iesya, kemalangan tersebut telah menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah sehingga limpanya terpaksa dibuang.
Bagaimanapun, sehingga kini masih tiada khabar berita mengenai pemandu kereta tersebut yang dikatakan telah pun melarikan diri.
“Allahu akhbar. Baju putih tu anak kawan Sya. Rakaman CCTV kes kemalangan langgar lari berlaku di Bandar Tun Hussien Onn.
Ads
“Pembonceng motosikal masih tidak sedarkan diri dan mengalami pendarahan dalam perut & limpanya terpaksa dibuang akibat kemalangan tersebut.
“Kepada saksi mata atau sesiapa yg mempunyai sebarang maklumat berkaitan kenderaan tersebut boleh whatsapp,” tulisnya.
Ads
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh Iesya menerusi akaun Instagram miliknya.
Malah, Iesya turut menyeru kepada sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung insiden berkenaan, sila tampil ke hadapan bagi membantu siasatan.
Ads
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut meluahkan rasa geram terhadap insiden kemalangan tersebut.
Terdahulu, difahamkan kemalangan tersebut berlaku disebabkan kereta Perodua Myvi yang dikatakan telah membuat pusingan U secara mengejut sehingga dirempuh oleh sebuah motosikal.
Sumber: Instagram Iesya Toh
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Satu persatu persoalan timbul sejak Daus mengambil keputusan untuk bercerai pada Februari tahun lalu.
Lebih mencetus tanda tanya apabila Daus atau nama sebenarnya Muhd Shahril Firdaus Eli didakwa menceraikan isteri ketika masih dalam pantang selepas melahirkan anak ketiga mereka.
Enggan terus membiarkan perkara itu bersarang di minda, bekas peserta program realiti Akademi Fantasia musim ke-8 ini mengabadikan kisah dan perjalanan hidupnya itu menerusi lagu ‘Takdir Kita’ yang dilancarkan 28 Ogos lalu.
Lagu ciptaan sepenuhnya Daus itu dipaparkan pula dalam persembahan video muzik (MV) yang dilancarkan secara rasmi di saluran YouTube Nova Music Videos.
Jelasnya, jalan cerita MV arahan Azuad Abdullah itu memaparkan 60 peratus kisah perkahwinan dan perceraiannya.
Malah, ia menjawab segala persoalan yang timbul sebelum ini.
“Walaupun ia kisah benar kehidupan saya, tapi tidak sepenuhnya dipaparkan. Saya masih mahu menjaga sensitiviti pihak lain.
“Tidak mahu timbul sebarang isu pula. Cuma, menerusi jalan cerita MV ini, ia adalah salah satu cara saya mahu mendekati masyarakat.
“Apa yang pasti, segala persoalan terjawab dalam MV ini. Saya mahu beritahu kepada masyarakat dan netizen, saya bukan suka-suka nak bercerai. Kalau nak tahu sebab apa, kena tonton MV ini.
“Sejujurnya, idea MV ini daripada saya sendiri. Tapi, saya bersama pasukan daripada pihak pengurusan Nova Music berbincang untuk menambah baik apa yang perlu supaya MV ini lebih menarik,”katanya.
Bagaimanapun Daus mengakui dia rasa sebak sekali gus mengimbau kenangan lama ketika penggambaran dilakukan.
“Apabila buat MV ini, memang terasa sebak kerana ia mengembalikan memori lama. Tapi saya cuba tahan perasaan sebab tak boleh nak terlalu terbawa-bawa. Saya masih boleh kawal.
“Saya cuma fikir, apa yang dipaparkan dalam MV ini bukan mengenai saya semata-mata tapi, pasti ada orang lain pernah melalui pengalaman sama. Ibaratnya saya mewakili perasaan mereka dengan menceritakan kisah mereka dalam MV ini.
“Walaupun tidak meraung, tapi nampak kesedihan dilalui dalam babak yang dilakonkan dalam MV ini,” katanya yang sudah pun ‘move on’ dengan apa yang berlaku.
Menyentuh mengenai ketiga-tiga anaknya, Daus berkata dia sudah lebih setahun mereka tidak berjumpa.
“Anak-anak memang di Sarawak. Sejak bercerai mereka memang dijaga bekas isteri. Cuma, sejak saya berada di Kuala Lumpur, memang tak berpeluang jumpa mereka lagi.
“Apatah lagi dalam suasana yang melanda negara sekarang, ia lebih menyukarkan untuk kami berjumpa.
“Saya tak nak ambil risiko berjumpa mereka dalam keadaan sekarang. Insya Allah, tunggu masa sesuai. Kalau dah okay, baru saya balik.
“Alhamdulillah, dengan kecanggihan teknologi sekarang, memang selalu buat panggilan video. Jadi, terubat juga rindu dengan mereka. Isteri okay, selagi saya tak lupakan tanggungjawab,” katanya.
Takdir Kita terbitan dan edaran Nova Music Malaysia sudah pun dilancarkan di semua platform digital muzik seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBox dan Deezer.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pengarah dan penerbit terkenal, Michael Ang ada memuat naik beberapa rakaman video di set pengambaran drama bersiri Perempuan Tanpa Dosa menerusi akaun Instagram miliknya.
Rakaman video antara lain memuatkan gelagat dua bintang utama drama berkenaan, Kamal Adli dan Uqasha Senrose yang kelihatan terpinga-pinga selepas ditanya mengenai kursus kahwin oleh pengarah berkenaan.
“Kamal, Uqasha betul ke korang hari tu pergi kursus kahwin? Aku dengar korang pergi kursus kahwin kan?
“Mengaku jelah betul ke tak? Korang pergi kursus kahwin ya sembunyi-sembunyi? Dekat mana? Perlis? Kuantan?,” soal Michael lalu sambil dinafikan Uqasha.
Sementara itu, Michael menerusi ruangan kapsyen bertanya kepada pengkut sama ada ia gimik atau sebaliknya.
“Salam semua! KAMAL ADLI N UQASHA SENROSE PERGI KURSUS KAHWIN KAT KUANTAN! Kau org rasa ni gimmick Atau KISAH BENAR!
“Kau org rasa mana satu? Yg pasti u all semua kenal I kan! Jarang I buat gimmick2 mcm ni!
“Jgn lupa tgk #perempuantanpadosa kat Astro Ria n RiaHD luv u all n stay safe,” tulisnya.
Terdahulu selain Kamal dan Uqasha, turut sama terlibat di dalam drama berkenaan termasuk Uyaina Arshad, Azza Elite, Shaza Bae, Datin Fadhillah Mansor dan ramai lagi.
Drama ini bersiaran jam 10 malam, setiap Isnin hingga Khamis di slot Megadrama, Astro Ria dan Ria HD.
Video: Instagram Michael Ang
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Nadia Brian tidak mahu mengulas panjang selain enggan membuka aib mana-mana pihak berhubung masalah rumah tangganya dengan ahli perniagaan, Muizz Nasruddin.
Bintang ini pada masa sama turut memohon supaya semua pihak mendoakan yang terbaik untuk perkahwinan yang baru dibina tidak sampai setahun itu.
“Saya mohon doakan yang baik-baik buat kami. Saya tidak suka berkongsi hal peribadi di media sosial. Apa yang Muizz nak cakap, tak apalah.
“Kami berkahwin belum sampai setahun dan proses kami kenal pun tak lama seperti pasangan lain.
“Ibu saya juga ada pesan supaya tidak mengaibkan sesiapa. Saya tak nak ulas panjang sebab isu ini terlalu peribadi, bimbang timbul fitnah,” katanya seprti yang dipetik Harian Metro.
Menurutnya lagi, masalah rumah tangga mereka bukan isu penting yang perlu diberi perhatian, sebaliknya fokus harus diberikan kepada peningkatan mendadak kes Covid-19 di negara ketika ini.
“Isu babitkan saya ini hanyalah masalah kecil, namun apa yang lebih penting adalah isu-isu dunia yang berlaku ketika ini.
“Sekarang ini masalah yang paling membimbangkan kita adalah kes positif Covid-19 yang semakin meningkat.
“Saya mohon kita semua untuk menjaga penjarakan fizikal dan cuba hentikan penyebaran virus ini,” katanya.
Foto: Instagram Nadia Brian
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Enggan terus berada di takuk lama, penyanyi Haqiem Rusli menegaskan dirinya kini bersedia untuk mencuba sesuatu yang baharu dan keluar daripada zon selesa demi memastikan kerjayanya terus berkembang.