Setelah hampir lima tahun menyulam cinta, pelakon Eyka Farhana selamat bergelar isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan dan Terengganu FC (TFC), Akhyar Rashid
Dengan hanya sekali lafaz, pasangan dua merpati sejoli ini sah bergelar suami isteri tepat jam 10.12 pagi dalam majlis pernikahan yang berlangsung di Boathouse By The Lake Ampang, di sini, hari ini.
Memetik laporan Harian Metro, pasangan itu dinikahkan bapa pengantin perempuan, Wan Sarmizi Wan Ibrahim di hadapan Jurunikah Pejabat Agama Islam Gombak, Jaslan Ali.
Pihak lelaki memberi lima dulang hantaran dan dibalas tujuh oleh pengantin perempuan.
Ads
Pada majlis itu, Eyka atau nama sebenarnya Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi menerima mas kahwin sebanyak RM3,200.
Majlis akad nikah yang berlangsung secara sederhana membabitkan ahli keluarga dan kenalan terdekat kedua-dua belah pihak.
Menerusi hantaran di Instagram, pasangan ini dilihat sama cantik sama padan mengenakan persalinan sedondon rona putih.
Ads
Malah, menerusi hantaran sama, Eyka dan Akhyar turut berkongsi beberapa foto sewaktu majlis akad nikah sedang berlangsung.
Majlis pernikahan itu turut dihadiri oleh beberapa rakan artis seperti Mimi Lana, Amelia Henderson, Yaya Zahir, Shalma Ainaa, Sophia Liana, Azira Shafinaz dan Alicia Amin yang bertindak sebagai pengiring dulang hantaran.
Pasangan itu bertunang pada 4 Ogos tahun lalu selepas lima tahun menjalin hubungan cinta.
Kredit Foto: Instagram Eyka Farhana, Akhyar Rashid, Loomfilm.my & Pixelsfilm
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Dalam usaha menyebarkan rezeki dan berkongsi kebahagiaan bersama pelanggan setia, penyanyi Noraniza Idris bersama pasukannya, tampil dengan inisiatif Golden Voucher yang dimasukkan secara rawak ke dalam pek Murukku Che Ani Premium.
Menariknya, inisiatif ini dilakukan secara ikhlas tanpa sebarang keperluan untuk dijadikan bahan publisiti atau ditunjukkan kepada umum.
Menurut Noraniza yang juga pengasas bagi produk berkenaan, dia sendiri tidak bercadang untuk merakam atau memaparkan proses pemberian wang tunai kepada penerima Golden Voucher.
“Niat saya hanya ingin berkongsi rezeki dengan cara paling ikhlas. Tapi sayangnya, ada yang menuduh ini hanya gimik kerana mereka tidak menerima Golden Voucher tersebut,” jelasnya.
Noraniza yang lebih mesra disapa Kak Ani turut melahirkan rasa kecewa terhadap sikap segelintir pihak yang cepat membuat andaian negatif.
“Dalam zaman serba moden ini, seolah-olah setiap kebaikan perlu ditayang untuk dipercayai. Sedangkan nilai keikhlasan itu lebih bermakna apabila ia dilakukan tanpa perlu diumumkan.
“Saya mohon agar tidak mempertikaikan niat baik ini hanya kerana tidak semua bertuah untuk menerima Golden Voucher,” tambahnya.
Dalam pada itu, pihaknya juga menegaskan bahawa penyertaan Golden Voucher dijalankan secara telus dan rawak, dan ia bertujuan memupuk semangat memberi tanpa mengharapkan balasan mahupun pengiktirafan.
Mereka turut merakamkan penghargaan atas sokongan berterusan pelanggan dan menyeru agar semua pihak menyebarkan kebaikan dengan hati yang terbuka.
“Rezeki itu bukan pada apa yang kita nampak, tetapi pada keberkatan yang kita rasa.
Bagi yang telah menerima Golden Voucher boleh terus berhubung dengan pengurusan Che Ani Premium dan transaksi akan terus dibuat,” ujarnya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Sejak hampir sedekad lalu, industri perfileman tempatan menunjukkan perkembangan yang sangat positif, dari segi produktiviti dan sambutan penonton.
Malah, tidak keterlaluan untuk dikatakan, karya tempatan kini mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan filem-filem yang dihasilkan negara serantau.
Pada masa sama, kualiti yang ditunjukkan juga membuktikan kita juga mampu menghasilkan barisan filem berkualiti tinggi dan kaut kutipan pecah panggung!
Tidak kiralah karya bergenre aksi, seram, biopik, animasi mahu pun sains fiksyen, para peminat filem kini dilihat semakin cakna dengan karya-karya tempatan.
Dalam beberapa hari sahaja lagi, filem adiwira yang dinanti-nantikan iaitu Keluang Man The Movie bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 29 Mei ini.
Dijangka bakal mencetuskan fenomena, peluang menjadi antara penonton terawal menyaksikan filem arahan Anwari Ashraf itu dia acara malam gala, minggu lalu menjadi momen paling ditunggu-tunggu.
Ramai yang tertarik dengan pendekatan pengarah yang banyak menyelitkan elemen nostalgia buat mereka yang membesar pada lewat 90-an dan awal 2000.
Bagaimanapun, bagi mereka lahir selepas era Keluang Man terutamanya Gen-Z, kalian tidak akan rasa ketinggalan kerana filem ini juga padat dengan komedi segar dan elemen ‘suprise’.
Kredit juga harus diberikan kepada tunjang utama Keluang Man The Movie, Nas-T yang suskes menghidupkan watak Borhan yang ikonik.
Dedikasi yang ditunjukkan Nas-T nyata menjadikan dirinya sebagai aktor paling layak untuk membawakan karakter Keluang Man.
Selain komedi dan aksi, filem ini juga menyuntik elemen hubungan kekeluargaan, pemberontakan, trauma dan tekanan jiwa.
Malah, gandingan Nas-T bersama dua pelakon otai Datuk Rosyam Nor dan Remy Ishak juga berjaya menaikkan aura dan membuatkan filem ini lebih ‘intense’ namun menghiburkan!
Paling membanggakan, Keluang Man The Movie yang menelan belanja sebanyak RM13 juta ini juga menggunakan 100 peratus tenaga kerja dan kepakaran tempatan tanpa dibantu pihak luar.
Menurut Anwari, meskipun dia diberi pilihan untuk bekerjasama dengan syarikat-syarikat ternama dalam bidang ‘computer-generated imagery’ (CGI) dan ‘visual effect’ (VFX) namun, atas rasa sayang terhadap karya ikonik ini membuatkan dirinya memilih untuk tidak melepaskan kerja-kerja ini kepada pihak luar.
Dalam pada itu, Nas-T teruja melihat reaksi penonton ketika tayangan perdana Keluang Man The Movie, baru-baru ini.
Menurut Nas-T atau nama sebenarnya Nas Muammar Zar Nasruddin, dia lega melihat reaksi penonton dan berharap agar reaksi sama dapat diberikan selepas tayangan bermula secara rasmi nanti.
“Ini kali pertama saya menonton filem Keluang Man secara lengkap. Sebelum ini, saya agak risau dengan ekspektasi penonton. Ketika tayangan, saya nampak mereka bersorak, gelak dan tepuk tangan. Saya lega.
“Saya terkejut kerana reaksi seperti ini hanya dapat dilihat ketika filem-filem adiwira yang lain. Bila dapat reaksi sebegini di dalam Keluang Man, saya bersyukur. Inilah sokongan yang kami mahukan,” katanya.
Selain Nas-T, filem terbitan Astro Shaw ini juga turut dibintangi barisan pelakon seperti Datuk Rosyam Nor, Datuk Remy Ishak dan Anwaar Beg Moghal.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon berpengalaman Rusdi Ramli, meluahkan rasa teruja apabila lakonannya sebagai Zulkifli dalam drama Pabila Dia Tersenyum menerima pujian dan memberi kesan mendalam kepada penonton.
Menurut Rusdi, kejayaan watak jahat yang dibawannya kali ini adalah hasil kepercayaan yang diberikan oleh pengarah, Feroz Kadir.
“Saya seronok walaupun ramai yang benci watak itu. Saya jarang dapat mainkan watak sebegini. Selalunya pengarah beri saya watak baik dan teraniaya.
“Sebelum ini, saya pernah bawa watak sebegini tapi orang tak perasan. Kali ini ia berjaya beri impak,” katanya kepada MH ketika ditemui di majlis tayangan perdana drama tersebut, baru-baru ini.
Rusdi menambah, sepanjang penggambaran, dia juga memberi sepenuh fokus untuk menjadikan wataknya dibenci penonton, satu indikator kejayaan bagi watak antagonis.
“Watak ini tidak terlalu susah dan tidak juga terlalu senang. Saya telah dibantu dengan skrip dan pengarah. Skrip telah memberikan gambaran yang jelas tentang watak ini.
“Jika watak saya dibenci, itu bermakna lakonan saya berjaya. Sewaktu penggambaran, fokus pertama saya adalah untuk memuaskan hati pengarah.
“Kedua, apa yang jadi sekali pun, saya nak penonton benci dan meluat dengan saya. Dalam setiap babak, saya akan cari cara buat orang menyampah,” ujarnya lagi.
Mengulas mengenai trend pelakon senior yang kini diberi watak yang lebih menonjol, Rusdi menyambut baik perkembangan itu dan melihatnya sebagai satu petanda positif dalam industri.
“Bila pelakon senior bawa watak antagonis, mungkin itu trend semasa. Bila seorang sudah berjaya, mereka cari pelakon lain pula.
“Untuk pelakon lama seperti kami, kami memang sentiasa bersedia walau apapun watak yang diberi. Karakter kami ini menonjol kerana peluang yang diberikan.
“Dalam drama ini, karakter saya agak dominan. Sama seperti Rosyam Nor dan Faizal Hussein. Selalunya, pelakon-pelakon berusia ini hanya akan bawa watak tempelan.
“Namun sejak kebelakangan ini, kami diberi peluang untuk menonjol. Ini petanda positif buat industri seni,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Misha Omar tumpang gembira dengan kejayaan yang diraih rakan penyanyi, Ernie Zakri yang dinobatkan sebagai penerima Anugerah Bintang Paling Popular ke-37 (ABP37), malam tadi.