
Pendakwah bebas dan selebriti, Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz menyumbang lima projektor LCD yang dianggarkan bernilai RM15,000 kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sri Petaling, Sri Petaling, pada Khamis.
Menurut PU Riz, 26, sumbangan projektor dari LUMOS Malaysia itu adalah untuk kegunaan pelajar tingkatan lima di sekolah berkenaan.

“Alhamdulillah, usaha ini dapat juga direalisasikan. Kalau ikutkan sudah lama nak berikan projektor ini, tapi memandangkan sekolah belum dibuka, jadi ia tergendala. Sekarang, pelajar sudah kembali ke sekolah, jadi saya berasakan ini waktu sesuai.
“Dengan adanya projektor ini, sedikit sebanyak dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah ini terutama pada adik adik yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),” katanya.
PU Riz yang juga guru sementara di sekolah tersebut pada masa sama akui gembira dan bersyukur dapat melunaskan tanggungjawab itu.

“Selain mengajar di sekolah ini, menjadi satu tanggungjawab juga buat saya untuk membantu sekolah dalam meningkatkan lagi prestasi pelajar menerusi fasiliti yang ada.
“Jadi, apabila saya mewujudkan perkara ini, saya berasa lega. Sekurang-kurangnya ada juga peninggalan berharga buat saya pada sekolah ini.
“Dalam masa sama, saya turut menghargai bantuan diberikan pihak LUMOS Malaysia kerana bersama-sama dalam merealisasikan perkara ini. Semoga sumbangan kecil ini akan memberi manfaat kepada semua,” katanya.
Perkara sama turut dikongsikan PU Riz menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instagram.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!

Pertandingan ratu cantik seperti Miss Universe, Miss World dan Miss Intercontinental bukanlah sekadar sebuah pertandingan semata-mata. Pertandingan ini menjadi satu medan untuk gadis tempatan menonjolkan diri mereka di samping menjadi satu platform untuk menceburi dunia seni tanah air.
Buktinya, ramai selebriti tempatan yang dilahirkan dari pertandingan ratu cantik. Menempa nama sebagai pemenang dan mewakili negara di pentas antarabangsa menjadi satu tiket untuk dikenali dan juga menjadi perhatian media.
Ini adalah 10 senarai selebriti tanah air yang mula menempa nama menerusi pertandingan Ratu Cantik.
TAN SRI MICHELLE YEOH
Michelle Yeoh merupakan pemenang pertandingan Miss World Malaysia pada tahun 1983. Bermula dari situ dia mula melbarkan sayapnya di dalam bidang lakonan dan berjaya menjadi seorang pelakon bertaraf antarabangsa. Antara filem terkenal lakonannya seperti James Bond, Memoir of a Geisha, Police Story, Crazy Rich Asian dan yang terbaharu Shang-Chi and the legend of the ten rings.
KAVITA SIDHU
Pelakon, model dan pengacara yang terkenal menerusi rangkaian filem Pontianak Harum Sundal Malam ini merupakan wakil Malaysia dalam pertandingan Miss Charm International pada tahun 1990. Paling mengujakan, dia berjaya memenangi pertandingan tersebut sekaligus menjadi antara wakil Malaysia pertama yang menjuarai pertandingan ratu cantik di pentas antarabangsa.
ERRA FAZIRA
Antara gadis Melayu popular yang mencipta nama menerusi pertandingan ratu cantik. Erra Fazira memenangi pertandingan Miss World Malaysia 1992 ketika berusia 18 tahun. Kemenangannya itu membuka ruang untuk dia dikenali sebagai seorang model dan pelakon.
Manakan tidak, debut lakonannya menerusi filem Sembilu pada tahun 1994 membuahkan hasil sehinggakan dia dikenali sebagai primadona filem melayu. Kemudiannya dia melebarkan sayap dalam bidang nyanyian dan ternyata dia juga berjaya sebagai penyanyi.
ROZITA CHE WAN
Rozita Che Wan atau nama glamornya Che Ta sebuah nama yang tidak asing lagi dalam industri seni tanah air. Popular sebagai model sebelum bergelar pelakon, ibu kepada tiga cahaya mata ini merupakan pemenang pertandingan Miss Intercontinental Malaysia pada tahun 1992 dan mewakili Malaysia di pentas antarabangsa. Walaupun memulakan langkah sedikit lewat dalam dunia lakonan, namun debutnya menjadi dan dia antara pelakon popular di Malaysia menerusi pelbagai drama dan juga filem.
LINA TEOH
Lina mencipta sejarah apabila dia memenangi tempat ketiga dalam pertandingan Miss World 1998. Kejayaannya ini merupakan pencapaian terbaik wakil Malayisa setakat ini dalam pertandingan ratu cantik bertaraf tinggi itu. Sejurus itu, wanita cantik ini menceburi dunia seni menerusi siri komedi Kopitiam yang mendapat sambutan hangat ketika itu. Selain itu dia turut bergelar seorang pengacara dan juga penerbit.
ELAINE DALY
Elaine memulakan langkahnya sebagai seorang model dan kemudiannya dinobatkan sebagai Miss Universe Malaysia pada tahun 2003. Sejurus memenangi pertandingan tersebut dia seterusnya aktif sebagai model dan mula menceburi dunia lakonan. Kefasihannya berbahasa melayu menjadi satu kelebihan dan dia telah membintangi banyak drama dan filem di Malaysia. Antara filem yang lakonannya seperti The Reb Kebaya dan Cuci. Pada tahun 2010 dia telah mememangi anugerah pelakon wanita terbaik drama Anugerah Seri Angkasa menerusi lakonannya di dalam drama Apa Dosaku?. Selain bergelar seorang pelakon dia juga merupakan seorang pengacara yang popular.
DEBORAH HENRY
Wanita cantik tinggi lampai ini antara ratu cantik Malaysia yang paling diingati dalam sejarah ratu cantik Malaysia. Kegagalannya tembus sebagai top 16 pada pertandingan Miss Universe 2011 menjadi tanda tanya seluruh dunia kerana dia dilihat sebagai pesaing utama dalam pertandingan itu.
Sebelum bergelar Miss Universe Malaysia 2011, Deborah terlebih dahulu memegang gelaran Miss World Malaysia 2007 dan dia berjaya berada dikalangan finalis top 16 pada pertandingan peringkat antarabangsa yang berlangsung di China. Deborah merupakan seorang pengacara yang kerap menjadi pilihan pelbagai jenama dan dia juga menjadi pilihan stesen TV untuk mengacara seperti rancangan Bella di ntv7. Selain itu dia juga pernah berlakon di dalam filem Hikayat Merong Mahawangsa.
DR SOO WINCCI
Dr Soo Wincci merupakan pemenang pertandingan Miss World Malaysia bagi edisi tahun 2008. Kemenangannya ini membuka peluang untuk dirinya bergelar anak seni dalam industri seni tempatan. Dia membintangi drama seperti Mr Siao’s Mandarin Class, Injustice, Justice in the City dan banyak lagi.
Drama yang mengangkat namanya dikalangan peminat Melayu adalah Kau Yang Satu yang mana dia memegang watak antagonis disamping pelakon hebat lain seperti Dato’ Aaron Aziz dan Izara Aishah. Selain bergelar pelakon Dr Soo Wincci juga merupakan seorang penyanyi dan pernah merakamkan lagu dalam bahasa melayu yang bertajuk, Terus Teranglah. Dia juga pernah bergelar finalis Masterchef Malaysia dan berjaya menjadi top 5.
THANUJA ANANTHAN
Wanita tinggi lampai berdarah India ini merupakan pemenang pertandingan Miss World Malaysia 2009. Dengan ketinggian melebih 180cm dia merupakan antara model popular di Malaysia. Thanuja kini merupakan seorang pelakon, model dan hos. Dia membintangi drama seperti Temuan Takdir, Anak Merdeka, Nafas dan DM Hati Awak. Dia juga merupakan seorang juri bagi pertandingan realiti All Together Now Malaysia.
AMY NUR TINIE
Amy Nur Tinie merupakan pemenang pertandingan Miss Eco International 2019. Dia merupakan seorang peragawati dan juga mula berjinak-jinak dalam bidang pengacaraan dan lakonan. Dia merupakan seorang pengacara rancangan kewanitaan berjudul Tumit Tinggi di RTM. Selain itu dia juga sudah mula melebarkan sayapnya dalam bidang lakonan apabila membintangi filem seperti 10 Tips Tipu Bini yang disiarkan menerusi saluran Astro First dan juga drama Mak, Abang Nak Kahwin.
Cantik-cantik semuanya kan? Tidak kiralah Melayu, Cina atau India mereka semua bangga membawa nama Malaysia ke persada antarabangsa.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

Pemain bola sepak terkenal ini mengumumkan yang dia dan kekasihnya, Georgina Rodriguez bakal menerima kehadiran cahaya mata kembar dalam satu hantaran di Instagram miliknya.
Dalam hantaran tersebut, dia menulis, “Sukacita dimaklumkan bahawa kami menjangkakan anak kembar. Hati kami penuh dengan cinta – kami tidak sabar untuk bertemu dengan kamu.”
Menariknya pemain yang berasal dari Portugal ini turut memuat naik gambar dia dan empat anaknya sedang mandi bersama di dalam sebuah tab mandi.
Crstiano Ronaldo yang berusia 36 tahun merupakan merupakan seorang lelaki yang mementingkan nilai kekeluargaan dan merupakan seorang ayah yang sangat menjaga kebajikan anak-anaknya.
Anak sulungnya, Cristiano Jr yang kini berusia 11 tahun dilahirkan oleh seorang wanita yang dirahsiakan identitinya, pemain boleh sepak itu memiliki perjanjian khusus yang menjadikan dia sebagai penjaga tetap secara eksklusif.
Memetik laporan E! News, Cristiano mengumumkan di sosial media ketika itu, “Menerusi perjanjian bersama ibu Cristiano Jr, yang mahu kekal tidak dikenali. Saya akan memiliki hak penjagaan eksklusif ke atas anak saya.”
Kemudiannya pada 8 Jun 2017, dia menerima sepasang cahaya mata kembar lain jantina, Eva dan Mateo yang dilahirkan menerusi proses ibu tumpang. Dan pada penghujung tahun yang sama, kekasihnya Georgina melahirkan seorang lagi anak perempuan yang diberi nama Alana Martina.
Untuk pengetahuan pembaca, Cristianto Ronaldo mula bertemu kekasihnya pada tahun 2016 ketika sedang membeli belah di butik Gucci. Georgina merupakan seorang jurujual di situ dan bermula detik itulah hubungan mereka berputik sehingga kini.
Walaupun masih berlum berkahwin secara rasmi, kehidupan mereka bahagia di samping empat anak tercinta dan dua lagi bakal menyusul nanti.
A post shared by Cristiano Ronaldo (@cristiano)
Sumber: Instagram Cristiano Ronaldo & E! News, Sumber gambar: Instagram Cristiano Ronaldo
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!
“Moga Dipermudahkan Ke Jenjang Pelamin,” – Yonnyboii Kini Tunang Nik Nazira, Love Is In The Air!

Awal petang tadi telah berlangsungnya majlis pertunangan penyanyi dan penulis lagu, Yonnyboii bersama gadis pilihan yang juga merupakan personaliti media sosial, Nik Nazira.
Khabar tersebut dikongsikan sendiri oleh Yonnyboii atau nama sebenarnya Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin menerusi entri terkini yang dimuat naik di laman Instagram.
Menurut Yonnyboii, Nazira merupakan gadis yang telah membawa kegembiraan didalam hidupnya malah dia juga turut telah membuatkan dirinya kembali percaya kepada cinta.
A post shared by 👑 (@yonnyboii)
“I never really believed in love, i never believed in chances, never was this confident, never this happy, never smiled more than i could, i never felt anything like this till i met you, being with you felt like home.
“My heart pounds intensely whenever you’re around, i never actually felt weird and i never truly understand the phrase “butterflies in my stomach” until i met you.
“I never had reasons to love someone more than myself till i met you, i knew, u were the one dear bestie, thats 4lyfe. I LOVE YOU FOREVAAA @niknazira,” tulisnya.
Katanya lagi, dia juga akan sentiasa menyayangi Nazira sampai bila-bila.
Menerusi entri yang dimuat naik oleh Nazira pula, dia sememangnya berasa amat bersyukur kerana dipertemukan dengan pasangan hidup seperi Yonnyboii.
A post shared by 𝐍 𝐈 𝐊 𝐈 𝐑 𝐀 (@niknazira)
“E-day 9/10/2021. Choose someone who chooses you without making you question your worth in their life,” kongsinya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen tumpang gembira selain turut menitipkan ucapan tahniah buat Yonnyboii dan Nazira.
“Alhamdulillah, semoga semuanya dipermudahkan hingga ke jinjang pelamin.
“So happy for you Yonz. Tahniah korang.
“Alhamdulillah, king found his queen. Congratulations brother.
“Alhamdulillah. Tahniah Yonnyboii. Semoga kekal bersama hingga ke jannah,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Bersama entri berkenaan, kedua-dua pasangan ini turut dilihat berkongsi foto-foto sewaktu majlis pernikahan tersebut berlangsung.
Dalam perkembangan lain, Yonnyboii baru sahaja melancarkan album penuh pertamanya yang berjudul Yonny (Deluxe Version).
Sumber: Instagram Nik Nazira & Yonnyboii
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

