Pelakon dan usahawan, Tya Arifin dan suaminya, Asyraf Khalid mendedahkan mereka sudah pun memohon maaf kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza berikutan atas insiden memuat naik gambar anak kedua penyanyi terkenal itu, Isnin lalu.
Permohonan maaf yang dilakukan termasuk berkaitan video yang merakamkan sekitar suasana Siti menerima kunjungan tetamu di sebuah hospital di Selangor sejurus melahirkan bayi lelakinya hingga mencetuskan tular lalu didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP).
Malah, mereka turut memadamkan video dan gambar berkaitan di Instagram dan YouTube.
“Kami sudah berhubung dengan Mak Iti (Siti Nurhaliza) memohon maaf melalui aplikasi WhatsApp dan panggilan telefon.
“Cuma Mak Iti berpesan jadikan perkara terjadi sebagai iktibar pada masa akan datang.
“Insya-Allah kami akan melawat Mak Iti berpantang di rumahnya hujung minggu ini,”kata Asyraf.
Pasangan tersebut berkata demikian ketika ditemui di majlis berbuka puasa di Wisma Mutyara, baru-baru ini.
Ads
Sementara itu, Asyraf yang juga Ketua Pegawai Eksekutif jenama jamu kesihatan Mutyara itu berkata, apa yang dilakukannya hanyalah sebagai abang yang teruja berkongsi gambar dan momen kehadiran adik di dalam keluarga.
“Cuma tak sangka perkongsian itu jadi begini. Apa yang dilakukan hanya berdasarkan pengalaman dan rasa suka.
“Lepas benda ini tular, memang rasa tak seronok dengan Mak Iti. Hal terjadi tak fasal-fasal timbul cerita macam-macam.
“Apa terjadi memang bukan salah Mak Iti atau sesiapa. Salah itu datangnya daripada kami. Minta maaf juga kepada sesiapa yang terguris hati termasuk Mak Iti sendiri,” katanya lagi.
Ads
Bapa kepada dua cahaya mata itu turut menjelaskan, dia dan isterinya masuk ke pusat perubatan dengan mematuhi SOP.
“Kami masuk hospital dengan memakai pelitup muka, jaga jarak, termasuk melakukan pengimbasan kod QR My aplikasi MySejahtera dan pengambilan suhu badan. Kami datang berdua. Ambil video pun dengan telefon bimbit sendiri.
“Tak timbul juga isu kami cuba menumpang populariti mencari kandungan digital membabitkan Mak Iti. Isteri saya sendiri sudah terbiasa membuat Vlog saban hari,” katanya.
Ads
Sementara itu, Tya pula mengakui sedar khilaf dan tidak mahu panjangkan isu.
“Jujur rasa bersalah dengan apa yang terjadi. Walaupun sudah minta maaf kepada Mak Iti, ayah (Datuk Seri Khalid Mohamed Jiwa) dan mereka di luar sana masih rasa tak seronok.
“Memang ramai yang marah dan mereka berhak rasa begitu. Sempena bulan Ramadan ini, baik saya dan suami tak mahu memanjangkan lagi perkara ini.
Buang yang keruh, ambik yang jernih.
“Sebaiknya biarlah Mak Iti berpantang dan membesarkan anak keduanya dengan tenang. Sebagai ibu, momen inilah yang ditunggu Mak Iti untuk melihat anaknya membesar,” katanya lagi.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Bagi yang telah menamatkan pengajian diperingkat ijazah sarjana muda, pasti kebanyakkan daripada anda tidak mahu ia terhenti setakat di situ.
Lantas, sekiranya anda diberikan peluang, sudah tentu anda mahu melanjutkan pelajara diperingkat yang lebih tinggi seperti ijazah sarjana mahu pun doktor falsahah.
Itulah yang disuarakan oleh pelakon, Nadia Brian apabila dia meluahkan hasrat menyambung pengajiannya di universiti.
Jelas Nadia atau nama sebenarnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi, momen-momen sewaktu di universiti merupakan pengalaman yang terindah di dalam hidupnya.
“Sweet ending, to a new beginning. Kenangan terindah. Okay sekarang rasa nak continue belajar Master pula.
“On ke tak on? Komen sikit guys! #NadiaBrian #UitmDiHatiku #Diploma #Degree,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh Nadia menerusi sebuah entri di laman Ins miliknya.
Dikesempatan itu juga, pelakon filem Ratu Kalajengking itu turut bertanyakan kepada orang adakah ketika ini merupakan waktu yang sesuai buat dirinya untuk memenuhi hasratnya itu.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan reaksi positif selaik turut menyifatkan Nadia bukan sahaja seorang pelakon yang berbakat tetapi juga mempunyai ilmu yang tinggi.
“Onz sangat. Education never out of style,” tulis seorang individu.
“Sokong sepenuhnya. Education never ends. Do go for it,” kata seorang pengguna Instagram.
“Of course yes! Ilmu tidak akan ada penamatnya,” sokong individu lain pula.
Sumber: Instagram Nadia Brian
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Impian peminat untuk melihat penyanyi yang juga merupakan guru vokal, Datuk Syafinaz Selamat kembali aktif dipersada seni akhirnya tercapai apabila beliau baru sahaja melancarkan single terbaru, yang berjudul Persis Salju.
Jelas Syafinaz, dia mengakui kesibukkan tugas sebagai seorang pendidik sedikit sebanyak membuatkan dirinya terpaksa menangguhkan hasrat untuk melancarkan lagu yang telah tertunda hampir 20 tahun.
Katanya lagi, lagu Persis Salju ini sebenarnya telah dirakam pada tahun 2011 dan disimpan sehingga kini.
“Saya agak cerewet dengan cara kerja saya. Apabila saya buat sesuatu dan orang lain beri kepercayaan kepada saya, saya akan laksanakannya dengan sepenuh hati.
“Bila saya bekerja sama ada sebagai penyanyi atau perkara lain dalam bidang seni, kadang-kadang saya jadi lupa tentang apa yang harus saya buat untuk diri sendiri.
“Jadi, sejak 2 tahun lepas, saya mula fikirkan saya kena buat sesuatu untuk diri saya. Kepuasan sebagai pendidik dan seorang yang berdiri di atas pentas adalah berbeza,” katanya kepada MH.
Syafinaz berkata sedemikian sewaktu ditemui di majlis sidang media lagu Persis Salju di Hotel Westin, Kuala Lumpur pada Isnin.
Dalam pada itu, Syafinaz turut menjelaskan dia tidak berasa hati seandainya dia kini semakin dilupakan terutamanya buat para generasi baru.
“Bila dah lama saya tidak berada di atas pentas menyanyikan lagu sendiri, saya mula rasa rindu.
“Ada segelintir pihak dah lupa yang saya ni penyanyi. Orang hanya ingat saya sebagai guru vokal sahaja.
“Saya juga ada dengar kawan-kawan saya di institut pengajian tinggi cerita yang ramai anak muda hanya ingat saya sebagai seorang guru dan bukan penyanyi sebenar.
“Saya pula banyak menyanyi untuk majlis-majlis tertutup. Jadi inilah masanya untuk saya mengubati kerinduan para peminat,” jelasnya lagi.
Syafinaz turut menambah, penularan wabak Covid-19 serta perlaksaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak setahun yang lalu juga menjadi faktor mengapa projek ini tertangguh.
“Saya tidak menafikan, kadang kala rasa malu apabila kerap berjanji tahun demi tahun. Single Persis Salju umpama membayar janji saya kepada peminat,” katanya lagi.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Amar Baharin mengakui memilih untuk terus fokus dalam kerjaya yang dilakukan sekarang, berbanding memikirkan mengenai soal kecaman atau mencipta ‘marketing viral’ di media sosial.
Menurut Amar,35, dia selesa dengan cara tersebut dan hanya bersembang mengenai isu viral yang berlaku bersama isteri yang juga pelakon, Amyra Rosli di rumah.
“Saya suka buat hal sendiri, tak suka campur hal orang atau nak terjebak dalam benda yang viral. Kalau ada isu pun, kadang-kadang saya hanya bercakap mengenainya bersama isteri saja di rumah.
“Saya bukan jenis suka ekspresikan semua perkara di media sosial. Jadi kalaulah ada orang yang mengecam saya, saya tak kan buat apa-apa pun.
“Nak marah atau maki pada orang yang kecam itu pun, bini saya sajalah yang dengar. Saya tak suka nak dapatkan publisiti yang sedemikian,” katanya.
Amar ditemui pada pelancaran kempen Ramadan Astro, Buka Lembaran Baharu di Bukit Jalil, baru-baru ini.
Bapa kepada dua cahaya mata ini turut menjelaskan, isu viral yang melibatkan seseorang selebriti biasanya hanya bersifat sementara.
“Kalaulah semua selebriti anggap perkara viral itu perlu, ertinya bahagian yang kata ia ‘tidak perlu’ tu saya sajalah.
“Bagi saya, mereka mungkin akan dapat perhatian bila ada isu viral melibatkan diri mereka, tapi ia mungkin tidak akan bertahan lama,” katanya lagi.
Dalam perkembangan lain, Amar kini sibuk di lokasi penggambaran drama rantaian 65 episod, Hati Yang Dikhianati, naskhah adaptasi siri telenovela, Mis Tres Hermanas yang cukup popular pada 2000.
“Drama ini bakal bersiaran pada 12 April jam 6.00 petang, Isnin hingga Jumaat menerusi slot Tiara di Astro Prima. Ia 80 peratus sama dengan cerita asal, tetapi watak kami sedikit berbeza seiring dengan budaya kita.
“Saya pegang watak Santiago (Zuhri Elyas). Drama ini pernah menjadi fenomena sewaktu ia ditayangkan di seluruh dunia. Saya tidak rasa tertekan bila nak bawakan watak tersebut, cuma ia lebih kepada perkongsian bahawa satu ketika dulu ada sebuah drama menarik yang mungkin ada yang tak berkesempatan untuk tonton.
Selepas 11 tahun melalui kehidupan sebagai ibu tunggal, Erra Fazira mengakui keputusan untuk kembali mendirikan rumah tangga bukan sesuatu yang mudah selepas sekian lama...