Penyanyi, Amira Othman ada menitipkan kata nasihat mengenai solat tiang agama bersama pengikut di laman media sosial Instagram miliknya.
Kongsi Amira atau Nadia Amira Othman, dia menyarankan umat Islam untuk memyempurnakan ibadah solat.
Jelas penyanyi yang sinonim dengan lagu Hati-Hati ini, adalah amat penting untuk menitikberatkan soal ibadah solat.
“Semalam recording for Salamunalaik. Utk ramadhan nanti di Astro Oasis. Topic kesempurnaan solat. Sempurna ke solat kita?
Ads
“semoga kita sentiasa igt solat ni adalah tiang agama. Buat jahat mcm mana pun kena solat. Perbaiki solat. Sempurnakan lah solat sbb itu lah yg akan di tanya nanti,” tulisnya.
Pelakon dan usahawan, Tya Arifin dan suaminya, Asyraf Khalid mendedahkan mereka sudah pun memohon maaf kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza berikutan atas insiden memuat naik gambar anak kedua penyanyi terkenal itu, Isnin lalu.
Permohonan maaf yang dilakukan termasuk berkaitan video yang merakamkan sekitar suasana Siti menerima kunjungan tetamu di sebuah hospital di Selangor sejurus melahirkan bayi lelakinya hingga mencetuskan tular lalu didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP).
Malah, mereka turut memadamkan video dan gambar berkaitan di Instagram dan YouTube.
“Kami sudah berhubung dengan Mak Iti (Siti Nurhaliza) memohon maaf melalui aplikasi WhatsApp dan panggilan telefon.
“Cuma Mak Iti berpesan jadikan perkara terjadi sebagai iktibar pada masa akan datang.
“Insya-Allah kami akan melawat Mak Iti berpantang di rumahnya hujung minggu ini,”kata Asyraf.
Pasangan tersebut berkata demikian ketika ditemui di majlis berbuka puasa di Wisma Mutyara, baru-baru ini.
Sementara itu, Asyraf yang juga Ketua Pegawai Eksekutif jenama jamu kesihatan Mutyara itu berkata, apa yang dilakukannya hanyalah sebagai abang yang teruja berkongsi gambar dan momen kehadiran adik di dalam keluarga.
“Cuma tak sangka perkongsian itu jadi begini. Apa yang dilakukan hanya berdasarkan pengalaman dan rasa suka.
“Lepas benda ini tular, memang rasa tak seronok dengan Mak Iti. Hal terjadi tak fasal-fasal timbul cerita macam-macam.
“Apa terjadi memang bukan salah Mak Iti atau sesiapa. Salah itu datangnya daripada kami. Minta maaf juga kepada sesiapa yang terguris hati termasuk Mak Iti sendiri,” katanya lagi.
Bapa kepada dua cahaya mata itu turut menjelaskan, dia dan isterinya masuk ke pusat perubatan dengan mematuhi SOP.
“Kami masuk hospital dengan memakai pelitup muka, jaga jarak, termasuk melakukan pengimbasan kod QR My aplikasi MySejahtera dan pengambilan suhu badan. Kami datang berdua. Ambil video pun dengan telefon bimbit sendiri.
“Tak timbul juga isu kami cuba menumpang populariti mencari kandungan digital membabitkan Mak Iti. Isteri saya sendiri sudah terbiasa membuat Vlog saban hari,” katanya.
Sementara itu, Tya pula mengakui sedar khilaf dan tidak mahu panjangkan isu.
“Jujur rasa bersalah dengan apa yang terjadi. Walaupun sudah minta maaf kepada Mak Iti, ayah (Datuk Seri Khalid Mohamed Jiwa) dan mereka di luar sana masih rasa tak seronok.
“Memang ramai yang marah dan mereka berhak rasa begitu. Sempena bulan Ramadan ini, baik saya dan suami tak mahu memanjangkan lagi perkara ini.
Buang yang keruh, ambik yang jernih.
“Sebaiknya biarlah Mak Iti berpantang dan membesarkan anak keduanya dengan tenang. Sebagai ibu, momen inilah yang ditunggu Mak Iti untuk melihat anaknya membesar,” katanya lagi.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Aina Abdul tidak keberatan untuk mengakui dia pernah mencari rezeki di premis hiburan seperti di pub dan kelab malam selama empat tahun.
Menurut Aina atau nama sebenarnya, Nurul Aina Abdul Ghani,28, dia mempunyai sebab tersendiri membuat persembahan di lokasi sedemikian.
“Saya memang dulu menyanyi di ‘gig’, kelab malam dan pub. Ada yang komen yang seolah-olah saya mempromosikan soal menyanyi di kelab malam. Bab ini, saya memang ada pendirian sendiri.
“Setakat ini saya tidak terganggu dengan komen-komen mengkritik sebab menyanyi di sanalah memberikan lebih rezeki, wang ringgit untuk teruskan hidup. Itu sahaja cara yang saya ada dulu.
“Benda itu nampak macam ‘hina’ tapi saya sebenarnya bila menyanyi dekat kelab, saya masuk (menyanyi) dan saya keluar,” katanya.
Aina yang kini muncul dengan single baru, Sepi menambah, dia tidak boleh memuaskan hati semua pihak mengenai perkara tersebut.
“Memang tidak boleh nak puaskan hati semua orang atas apa yang saya buat, tapi saya tahu apa pegangan hidup dan tahu apa yang saya buat kat dalam tu. Saya menyanyi di kelab dari umur 23 hingga 27 tahun.
“Hampir setiap hari buat persembahan meski ia bukanlah secara kontrak. Saya menyanyi sekiranya ada permintaan. Kalau hari minggu saya mula menyanyi sekitar jam 10.00 malam hingga waktu maksimum jam 1.00 pagi,” katanya.
Aina terdahulu ditemui pada majlis kerjasamanya bersama produk Trulooks, Truskin di Le Meridien, Putrajaya pada Jumaat.
Dipilih sebagai wajah untuk kempen produk terbaharu Truskin, Aina mengakui rasa teruja dan terharu atas kolaborasi tersebut memandangkan dia sendiri merupakan pengguna setia jenama berkenaan sejak beberapa tahun lalu.
“Saya sudah menggunakan produk ini sejak dua tahun lalu. Pada mulanya pihak mereka hantar sebagai hadiah. Apabila saya mencuba pelembap diberikan, saya berasakan ia serasi dengan kulit saya.
“Saya suka dengan hasilnya sebab saya bersolek hampir setiap hari dan membuatkan mekap yang diaplikasi lekap pada. Alhamdulillah, sejak itu kulit saya pun menunjukkan perubahan.
“Meski ia tidak drastik, tetapi saya percaya kepada perubahan yang perlahan, tetapi konsisten pada masa sama,” katanya yang mahu mendidik pengguna yang ada masalah kulit sama sepertinya,” katanya.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Wany Hasrita ada memuat naik foto bersama bapanya, Hasbullah Haji Hassan bersempena dengan ulang tahun lelaki paling disayanginya itu.
Sambil menitipkan ucapan selamat hari jadi, penyanyi Belenggu Rindu di samping Datuk Jamal Abdillah ini juga turut mendoakan agar bapanya dikurniakan kesihatan yang baik dan bahagia sentiasa.
“Happy belated birthday ayah. Semoga diberikan kesihatan yg baik & bahagia dunia akhirat. Sayang ayah,” tulisnya ringkas sambil disusuli dengan emoji berbentuk hati.
Lantas, perkongsian tersebut terus mendapat peminat apabila masing-masing turut sama memberikan ucapan.
Malah ada di antara mereka juga tidak menafikan wajah Wany saling tak tumpah seperti bapanya itu.
Meski sudah pun dikongsikan beberapa hari lalu, hantaran berkenaan sehingga kini sudah pun meraih lebih 61,000 tanda suka.
Foto: Instagram Wany Hasrita
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Enggan terus berada di takuk lama, penyanyi Haqiem Rusli menegaskan dirinya kini bersedia untuk mencuba sesuatu yang baharu dan keluar daripada zon selesa demi memastikan kerjayanya terus berkembang.