Beberapa minggu lalu, kecoh di laman media sosial mengenai salah faham melibatkan usahawan kosmetik, Datuk Vida bersama selebriti Azwan Ali.
Tidak berapa lama kemudian, anak gadis Vida iaitu Cik B ada memuat naik satu rakaman video menerusi akaun Twitter miliknya.
Rakaman video tersebut kelihatan Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamilleen Muhammad Amin sedang meniru gaya percakapan Azwan sambil memaparkan beberapa koleksi beg tangan mewah milik ibunya.
Lantas, rakaman video berdurasi 29 saat itu telah mendapat perhatian netizen. Bukan itu sahaja, rata-rata netizen berasa terhibur menonton perkongsian Cik B.
Ads
Terdahulu, Azwan sebelum ini didakwa berang apabila kemunculannya di atas pentas bagi mempromosikan minyak wangi Vida di Vaganza Foodfest tidak menerima sebarang bayaran.
Ads
Lalu bertindak membakar minyak wangi pemberian Vida selain didakwa menghina kematian dua anak usahawan selebriti itu.
Suasa sedih dan sayu mengiringi upacara pengebumian jenazah Syed Umar Mukhtar Syed Mohd Ridzuan atau Abam Bocey di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu sekitar jam pukul 7.30 malam tadi.
Dianggarkan seramai 2,000 tetamu hadir bagi memberi penghormatan terakhir pada Allahyarham.
Antara rakan artis yang hadir seperti Achey, Black, Fasha Sandha, Fizo Omar, Zamani, Datuk AC Mizal, Mark Adam dan Hairul Azreen.
Turut hadir bersama, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Dalam pada itu, Achey yang merupakan sahabat terdekat arwah bersyukur kerana upacara pengebumian berjalan lancar.
“Dalam keadaan dia pergi saya bersyukur dan reda kerana dia pergi dengan tenang dan tidak meninggalkan apa-apa kontroversi.
“Saya harap doa orang ramai sampai kepada arwah dan semoga arwah ditempatkan bersama orang-orang beriman,” kata Achey seperti dipetik IGTV Awani.
Berkongsi momen indah bersama arwah, Achey yang sama-sama menganggotai kumpulan Bocey ada cerita sendiri.
“Kami (Abam, Fad dan Achey) ada berkongsi untuk menambah anak kerana kami suka bercerita mengenai hal demikian. Itulah antara momen kami kongsikan bersama
“Dia (arwah) ada cakap dia nak tambah anak lagi seorang. Saat dia pergi, saya pegang anak arwah memang sangat sayu. Tambahan pula, anak arwah masih kecil,” kata Achey dalam nada sebak.
Sementara itu, Achey menjelaskan bahawa mereka sudah membuat persediaan untuk bekerjasama dalam sebuah program menerusi platform media sosial.
“Kami ada perancangan untuk membuat satu program yang menggunakan platform media sosial. Malah, persiapan sudah pun dilakukan dan itu juga merupakan idea arwah.
“Saya dan Fad akan teruskan karier dan tanggungjawab ini. Kami juga ada periuk nasi masing-masing. Kami akan cuba kembangkan apa yang kami ada. Kami tak akan lupakan dia,” akhiri Achey tenang.
Terdahulu, Allahyarham Abam meninggalkan seorang balu, Siti Nur Hidayah Mohd Ali, 28, dan anak lelaki mereka Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini mencecah usia 5 bulan.
Arwah menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Gombak pada pagi Isnin, sebelum jenazahnya dihantar ke Hospital Selayang bagi proses bedah siasat.
Jenazahnya kemudian dibawa ke Masjid Zakaria, Gombak kira-kira jam 5.30 petang semalam dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu sekitar jam pukul 7.30 malam.
Siti Elizad Sharifuddin mengumumkan dirinya tidak lagi menjadi hos kepada program bual bicara, Mingguan Wanita bermula Jumaat lalu.
Keputusan tersebut adalah bagi memberi ruang buat bintang ini untuk menjalani proses rawatan kesuburan persenyawaan in-vitro (IVF).
Difahamkan, Elizad bakal memulakan hari pertama rawatan terbabit pada Sabtu lalu.
Terdahulu, Elizad berkata demikian selepas ditanya rakan penyampai sinar FM, Hefny Sahad mengenai tindakannya yang tidak lagi bersama rancangan khusus wanita itu.
“Bukan saya berhenti. Alhamdulillah… Minggu ini adalah yang terakhir bersama Mingguan Wanita, minggu hadapan saya tiada lagi.
“Saya nak Sinari Kita esok pagi, doakan saya akan jalani hari pertama perjalanan untuk IVF. Doakan agar termakbul,” pohon Elizad sambil disambut baik Hefny.
Sedutan video tersebut turut dikongsikan di Instagram TV Sinar my.
Terdahulu Elizad dan suami, Shamsul Baharin Rahman sudah mendirikan rumah tangga sejak 2015.
Foto: Instagram Sinar My
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Mengambil positif atas kontroversi yang berlaku kepada usahawan dan bintang media sosial, Sajat, jelas Alif Muhaimin, niat untuk mengerjakan umrah merupakan satu pencapaian yang terbaik bagi seorang muslim.
Tidak mahu menuding kesalahan tanpa memperhalusi punca sebenar, ulas Hero Remaja 2017 itu, Sajat mungkin punya sebab tersendiri apabila memakai telekung di Tanah Suci.
“Secara peribadi saya tidak tahu sama ada ia patut atau tidak, tapi jika dia sendiri mahu dekatkan diri dengan Tuhan, dan niatnya suci dan ikhlas, saya rasa bagus.
Namun disebabkan dia memakai telekung, ia menjadi isu.
“Bagi saya, sukar untuk dia memakai ihram kerana dia punya bentuk badan seperti wanita dan jika terdedah, mungkin akan mengganggu jemaah lain.
Jadi apabila dia mengambil keputusan memakai telekung, mungkin ia bertujuan untuk tidak mengganggu jemaah lain beribadah.
“Orang pun tidak tahu dia perempuan atau lelaki dan sekaligus boleh mengelakkan fitnah. Jadi itu antara dia dengan Allah.
“Apabila dia berniat mengerjakan umrah dan sampai ke sana, ia satu pencapaian yang bagus bagi seorang muslim,” jelasnya yang akui biarlah pihak yang lebih arif untuk mentafsir.
Malah, tindakan Sajat memuat naik status di laman sosial miliknya dilihat sebagai norma kebiasaannya seorang selebriti berkongsi detik peribadi buat tontonan umum.
“Bagi saya, dia seorang selebriti media sosial dan tindakannya memuat naik di Instagram bukan untuk meraih perhatian, sebaliknya mungkin itu cara dia untuk tunjukkan dia mahu berubah. Namun terjadi salah faham.
“Saya sangat berharap apabila dia pulang daripada mengerjakan umrah, akan terdetik di hati untuk berubah menjadi lelaki sejati,” jelasnya kepada MH.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi, Siti Nordiana mengakui agak berat hati untuk melepaskan anak tunggalnya, Muhammad Rayyan Nakhaie yang bakal menyambung pengajian di sebuah institut pengajian tinggi swasta serta menetap di asrama.