Vokalis kumpulan Stings, Poey merupakan antara penyanyi Malaysia yang aktif membuat persembahan di negara jiran Indonesia.
Menurut Poey atau nama sebenarnya Hasri Hashim, dia menyifatkan peluang tersebut sebagai rezeki daripada Allah SWT.
Malah, namanya juga kerap menjadi pilihan untuk membuat persembahan di acara-acara yang dianjurkan oleh pihak kerajaan di Indonesia.
“Pada saya, ia tak mudah dan seakan ada sekatan untuk artis kita lepas membuat persembahan di sana. Tak seperti artis Indonesia yang bebas untuk buat konsert di sini.
“Hal ini merupakan polisi yang dibuat oleh pemerintah di sana. Alhamdulillah acara saya semua di Indonesia diatas undangan pihak pemerintah.
“Saya tak terima kalau undangan tersebut daripada event organiser sebab kita tak boleh nak jangka kemungkinan yang akan berlaku,” katanya kepada MH.
Penyanyi lagu Adakah Kau Setia itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media Konsert Rock Legend Berzaman di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur pada Rabu.
Ads
Katanya lagi, sambutan peminat di Indonesia sememangnya luar biasa terutamanya di Kepulauan Riau.
“Di Indonesia, penontonnya memang dasyat. Saya pernah buat persembahan di hadapan lebih 8,000 dan 25,000 penonton.
“Ia merupakan program percuma untuk parti politik. Saya tidak memihak mana-mana parti dan saya hanya akan memberikan kesedaran kepada penonton untuk keluar mengundi.
Ads
“Saya juga pernah buat persembahan untuk dua buah parti politik pada hari yang sama. Untuk majlis perasmian mesin ATM pun mereka jemput saya.
“Rata-rata mereka suka saya menyanyikan lagu Sting berbanding lagu-lagu cover Indonesia,” ujarnya lagi.
Ditanya mengenai perasaannya apabila nama lebih dikenali di Indonesia berbanding tanah air sendiri, ini reaksi yang diberikan Poey;
Ads
“Saya tak rasa tidak dihargai. Cuma saya merasakan ada segelintir pihak yang hipokrit. Senang cerita, orang luar lebih menghargai kita berbanding orang kita sendiri.
“Bila jumpa di luar, peminat kita suka sahaja dengan kumpulan Sting cuma mereka malu untuk ungkapkan. Mereka lebih suka bagitahu yang mereka minat Metalica atau Britney Spears.
“Padahal mereka tahu dan kenal dengan lagu-lagu Stings. Jadi, dengan adanya konsert ini, ia akan mengimbau kenangan. Malah, budak-budak muda pun tahu lagu saya bila viral di Tik Tok,” akhirinya.
Selain Poey, Konsert Rock Legend Berzaman itu bakal membariskan lapan vokalis rock era 1990-an seperti Muss, Zamani Slam, Amir Ukays, Ezad Lazim, Shidi Data, Azan Scan, Ameng Spring serta Hazama.
Konsert anjuran RAR SKY Entertainment itu akan menggegarkan Mega Star Arena, Kuala Lumpur pada 3 Mac depan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Poey Stings
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Drama Menanti Senja yang bersiaran selama 15 episod telah pun melabuhkan tirainya pada Isnin.
Rata-rata penonton memberikan respon postif dengan kualiti lakonan yang ditunjukkan oleh barisan pelakon seperti Johan As’ari, Trisha Ooi, Faizal Hussein dan Kodi Rasheed.
Ketika ditemui MH baru-baru ini, Johan akui tidak menyangka drama ini bakal memberikan impak yang besar buat peminat sehingga trending di media sosial.
“Saya tak jangka impak yang diterima melalui drama ini. Ia turut trending di platform media sosial seperti Tik Tok. Ramai juga yang membanjiri ruangan komen saya untuk bercakap tentang drama ini.
“Sudah lama saya tak tidak mendapat respon seperti ini. Saya bersyukur kerana drama ini diterima ramai.
“Menurut Johan, karya ini juga merupakan hadiah buat peminat yang sudah lama menantikan kemunculannya di kaca tv
“Sebenarnya sudah hampir lima tahun saya tidak muncul di drama televisyen terutamanya TV3. Pada saya, rezeki saya belum tiba pada waktu itu.
“Namun, bila tiada rezeki di tv, rezeki saya ada di filem seperti Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan dan Air Force The Movie: Selagi Bernyawa. Tumpuan beralih kepada filem.
“Saya tak terasa hati. Sebaliknya, ini merupakan hadiah buat peminat.Saya menghargai apa sahaja peluang yang diberikan kepada saya,” ujarnya lagi.
Ditanya adakah dia agak selektif dalam pemilihan naskah, ini respon yang diberikan oleh pelakon filem Juvana itu;
“Standart seorang Johan As’ari belum sampai ke tahap untuk memilih naskhah. Banyak lagi yang perlu saya belajar untuk menajamkan kualiti lakonan.
“Saya tak pernah terfikir untuk menolak sesebuah karya melainkan watak itu benar-benar tak sesuai dengan saya contohnya watak slapstick,” ulasnya lagi
Pada masa sama, Johan akui teruja apabila berpeluang berkerjasama dengan barisan pelakon baharu di dalam drama arahan pengarah Faizal Nadzaman ini.
“Walaupun saya dah berlakon hampir 12 tahun, saya masih diberi peluang menjadi hero. Umur pun dah masuk 38 dan heroin datang daripada generasi baharu. Saya rasa bertuah sangat.
“Alhamdulillah, para pelakon baharu ini semua baik-baik orangnya dan mempunyai kesungguhan. Mereka punyai aura-aura positif. Bila datang ke set, mereka buat sehabis baik.
“Kita kena sentiasa beri peluang terhadap kedatangan para pelakon baharu ini,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tahniah diucapkan kepada pelakon Afifah Nasir yang selamat melangsungkan majlis pertunangan bersama jejaka pilihannya, Syed Hariz.
Perkara itu turut disahkan kakak Afifah, Anzalna yang memaklumkan majlis yang diadakan secara tertutup itu hanya dihadiri kedua-dua belah keluarga dan sahabat terdekat di kediaman keluarganya di Kemensah, Hulu Kelang, Selangor kira-kira jam 8 malam.
Bersyukur kerana majlis berjalan seperti yang dirancang, Anzalna turut menjelaskan keluarganya senang dengan personaliti lelaki berkenaan.
“Alhamdulillah majlis pertunangan berjalan dengan lancar semalam. Insya-Allah mereka sudah merancang untuk melangkah ke alam perkahwinan selepas ini.
“Kami satu keluarga menyukai keperibadian Hariz yang sangat ‘gentleman’ dan berbudi bahasa. Malah sikapnya sama seperti suami saya yang sopan-santun.
“Semoga adik saya dipertemukan dengan insan yang tepat, sama seperti apa yang saya miliki sekarang,” katanya, lapor Harian Metro.
Terdahulu, Afifah memuat naik beberapa gambar dilamar kekasihnya di sayap sebuah pesawat ringan apabila menerima sebentuk cincin dan sejambak bunga.
Pada hantaran sama, Afifah menulis ucapan istimewa dipercayai sinbolik kepada lamaran diberi Syed kepadanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi meningkat naik, Vanessa yang telah menjejakkan kaki di Shanghai untuk menyertai program ‘Sing! China 2023’di Zhejiang TV, tampil menjadi topik perbualan di China kerana mempunyai bakat nyanyiannya yang hebat dan personalitinya yang unik.
Buat julung kalinya pada persembahan sulung, Vanessa melantunkan lagu pilihan Riding The Wind, daripada penyanyi dan pengubah lagu yang berbakat iaitu, David Huang.
Persembahan nyanyiannya yang mantap dan penampilannya yang matang telah menarik perhatian semua penonton di studio.
Selain itu, Vanessa telah mendapat pujian daripada keempat-empat mentor yang berhasrat untuk rekrut sebagai salah seorang ahli pasukannya mereka.
Keempat-empat mentor menjelaskan mengapa Vanessa harus berada dalam pasukan merekadan akhirnya berlaku perebutan dan perdebatan yang mencuit hati netizen.
“Ketika menyanyikan lagu tersebut, Vanessa telah menyanyikannya dengan gaya tersendiri selain dari merombak lagu daripada lagu asal.
“Dia juga mampu mengawal rasa gemuruh dan lebih menekankan pada interpretasi nyanyian yang halus namun masih kekal padu,” puji keempat-empat mentor.
Sehubungan itu, Emil Chau membuat tawaran perjanjian untuk mengunjungi keluarga Vanessa di Malaysia pada September ini, ketika dia mengadakan konsert nanti dan berharap bertemu mereka jika Vanessa menyertai pasukannya.
Selain Emil, Henry juga berbesar hati untuk merekrut Vanessa dalam pasukannya, dan dia akan memberikan sokongan penuh untuk membantu Vanessa mencari kepakaran dalam muzik.
Mengulas lanjut, Vanessa berharap agar diberi peluang untuk membuat lebih banyak persembahan di pentas ‘Sing! China 2023’ dengan gaya yang berbeza dan serba boleh pada masa akan datang.
Malah, dia juga berjanji memberikan tumpuan dan usaha maksima bagi setiap persembahannya.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Mell Sakura mengakui hatinya tersentak apabila kemunculan semulanya di Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) disifatkan oleh segelintir pihak sebagai sesuatu yang menjijikkan.