Pelakon, Syafie Naswip mengakui bahawa dia dan teman wanitanya, Aishah Azman kini fokus dengan kerjaya masing-masing dan tidak berfikir soal kahwin.

Dia bagaimanapun memohon agar para peminat mendoakan kebahagian mereka berdua.

“InsyaALLAH, doa yang baik-baik sebab kalau nak kahwin pun lambat lagi, dua tiga tahun lagi sebab baru kenal kan. Dalam 3 tahun macam tu.

“Kita dua pun fokus kat kerjaya dan masing-masing pun ada komitmen sendiri juga. Buat masa ini saya cuma ‘enjoy the moment’ dengan dia,” katanya kepada MH.

“Lambat Lagi Kot, Dua Tiga Tahun Lagi,” – Komen Syafie Naswip Fasal Kahwin

IKLAN

Syafie berkata demikian ketika ditemui di preview drama 13 Khurafat di pawagam Mini P.Ramlee Finas, pada Jumaat.

Drama siri itu mengisahkan kisah-kisah khurafat yang menjadi kepercayaan masyarakat melayu memaparkan kisah-kisah seperti ‘minyak dagu’, ‘buluh perindu’ dan lain-lain.

Dalam pada itu, Syafie juga turut berkongsi perkara yang membuatkan dia ‘senang’ dengan Aisyah.

IKLAN

“Mungkin dari segi keserasian itu, saya selesa dengan dia, apa sahaja kami boleh bincang dan bertolak ansur.

“Lagipun sebelum ini saya tak pernah ada jadi bila dah ‘ada’ ini memang ‘appreciate’ lah,” katanya lagi.

IKLAN

Sementara itu, Syafie yang memegang watak Jazlan dalam drama 13 Khurafat mengakui bahawa ini merupakan kali pertama dia memegang watak seperti itu.

“Karakter ini merupakan sesuatu yang baru dan yang tak pernah saya bawa sebelum ini, kiranya keluar daripada ‘comfort zone’ lah,” katanya lagi.

13 Khurafat bakal menemui penonton pada 17 Oktober nanti, jam 11 malam di saluran Astro Prima (105) dan Maya HD (135).

Foto/Instagram: Syafie Naswip

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI