Mula memeluk agama Islam pada Januari 2013, pengacara dan bintang media sosial, Mat Dan ada berkongsi kisah ketika awal menjalani Ramadan.
Menerusi video Youtube Zayan My, anak kelahiran United Kingdom ini juga agak kekok apabila berpuasa buat pertama kalinya.
“Memang saya tahu pasal puasa dulu, tapi saya ingat puasa tu mcm tahan lapar dan dahaga saja, tapi sebenarnya puasa bukan sekadar tahan lapar dan dahaga saja, tapi puasa juga menahan kita dari nafsu..
“Contohnya, tahun pertama saya tak tahu benda tu, saya ingat puasa ni hanya untuk tahan lapar dan dahaga saja..
“Jadi, tahun tu memang saya gagal sebab saya tak tahu tujuan kita berpuasa untuk apa sebenarnya,” kata Mat Dan atau nama Islamnya Muhammad Kareef Daniel Adullah ini.
Tambahnya lagi, dia mahu lebih mendalamk agama lebih-lebih sepanjang Ramadan.
“Bila saya dah fahami dan dalami mengenai hal puasa ni, barulah senang sikit..
“Sebenarnya yang buat kita rasa kenyang dan lapar adalah Allah. Maknanya bila kita rasa perasaan itu, ia hanyalah perasaan yang datang dari Allah sebab Dia nak uji kita,” tambah Mat Dan.
Bercerita mengenai bagaimana cara dia mula tertarik dengan Islam, ini pula jawapannya;
“Sebenarnya saya dapat hidayah sejak kecil lagi, tapi ketika itu saya tidak tahu itu hidayah sebab saya tak tahu pasal agama Islam.
“Jadi satu hari tu, saya datang sini (Malaysia) dan mula berkawan dengan orang Melayu. Mereka banyak ajar saya mengenai Islam dan dari situ baru saya tahu Islam adalah agama yang betul..
“Ada juga yang pesan kepada saya, bila masuk Islam, jangan masuk Melayu. Maksudnya disini, kalau kita tak tahu, tanya orang yang lebih pakar dan tahu mengenai hukum hakam agama,” kongsi Mat Dan jujur.
Dalam perkembangan lain, Mat Dan kini menuju pulang ke tanah air selepas selesai menunaikan umrah bersama isteri, Nadifa Adnan dan anak sulungnya, Muhammad Zayne Daniel James Tyler.
Terdahulu, Izara yang mesra disapa Icha oleh kenalan rapat mendirikan rumah tangga dengan anak tiri penyanyi berkenaan, Adib Khalid pada 17 November 2017.
Semakin hangat nampaknya di laman media sosial mengenai isu chef selebriti, Chef Fikree yang didakwa bersikap curang terhadap isterinya, Zuriehan Ben Yahya.
Malah pada masa sama, perkongsian dikongsi Zuriehan semakin mendapat perhatian apabila dia dikatakan seakan-akan sengaja membuka aib si suami.
“sedih bila dpt msg cakap i buat cerita and halau dia keluar rumah sbb tu tak balik..hakikatnya tiap2 kali dengar bunyi gate mesti pegi dekat langsir tgk dia dah balik tak..
“anak pun tunggu..tapi sebenarnya kucing or moto laju ja lalu..tak sangka tuduh halau keluar rumah ..sedih sgt.
“siap cakap tak bagi pegang jayden..semalam jayden nangis..bukak grill pun tak nak..msg tnya jayden okay pun dah tak..
“baju raya jayden pun dah tak heran.. nak cakap baju jayden colour apa siap angkat tgn suruh diam sbb xnak dengar. please lah..
“jgn la putar2..kalau syarifah zuriehan nak bukak aib..mcm2 kes and screenshot boleh tunjuk public. dah buat taik pastu tuding jari cakap bini ni yg jahat..aib sendiri tak maw jaga harapkan bini yg pendam dan teraniaya. nak famous sgt kan..ambiklah,” tulisnya.
Dalam pada itu, netizen juga tidak henti-henti memberikan kata semangat ibu beranak satu ini agar tabah dan cekal dalam menghadapi dugaan rumah tangga.
Terdahulu, chef Fikree atau nama sebenarnya, Mohd Fikree Aznan mulai dikenali selepas muncul menerusi program masakan Dapur Panas di TV3.