Keliru dengan penampilan ‘Wany Hasrita’ sewaktu menjadi penyampai berita bagi segmen Komuniti Awani, netizen ada yang‘menyindir’ imej terkini penyanyi tersebut.
Semuanya gara-gara ada sedikit kekeliruan pada nama penyampai berita yang tertera nama ‘Wany Hasrita’.
Sedangkan, selebriti yang menjadi penyampai ialah pelakon, Sharifah Sakinah.
Ads
Malah, Sharifah Sakinah turut memberikan reaksi gurauan, menyatakan agar penyanyi lagu Terlalu Memuja itu agar tidak membuka tudung.
Sementara itu, Wany juga dilihat meminta maaf kepada Sakinah atas kesilapan nama penyampai yang tertera.
Pelakon dan hos, Raja Azura ada berkongsi berita sedih apabila memaklumkan anak buahbya didakwa terlibat dalam kes langgar lagi.
Kejadian difahamkan berlaku di TTDI Jaya, Shah Alam.
Menurut Raja Azura atau lebih mesra disapa Kak Engku, anak buahnya itu dikatakan ditinggalkan dalam keadaan berlumuran darah berdekat lampu isyarat.
“Langgar lari, ramai sangat manusia durjana yg tak bertanggung jawap…dah langgar lariii kuasa Allah swt ada saksi yg nampak 3org lagi.
Kau bior budak ni tergolek berlumuran darah kat trafficlight kenapa? lariii…polis report pun dah buat…sedara sedari sekelian tiada siapa yg mahu kejadian melanggar atau dilanggar.
“Kepada yg ter…langgar atau kena langgar bertanggung jawaplah tak payah takut.. bukan kami nak pancung kepala.
“Hari ni kita lari dari buat salah…esok kita pula allah balas tak takut keee? Maaflah ceramah sikit…tolong dm sy ye pada siapa yg tahu kereta org langgar lari diatas tuuu. mana mau lariii haaa, tolong viralkan,” tulisnya panjang lebar.
Walau memasak dengan kos di bawah RM20, namun air tangan isteri memang berbisa, pengikat kasih sayang.
Agaknya itulah situasi yang boleh disimpulkan buat merpati dua sejoli, Fasha Sandha dan Aidil Aziz.
Jelas Fasha Sandha menerusi Instagram, dia bersyukur kerana dikurniakan suami yang tak banyak karenah, semuanya kena dengan selera bila dihidangkan makanan.
“Kos memasak bawah RM20 ni boleh makan utk 8 orang. Syukur sbb dapat suami yang tak macam2.
“Tekak dia pun sama ja, dia kata kering2 pun boleh makan. Tak wajib berkuah utk dia. Senang keja isteri. Masak simple2 ja pun dia kata sedap (amik hati kot).
“Apapun kita semua kena bersyukur
Yang penting, nak bagitau pekasam tu daripada kesayanganku @chentasuci
Pekasam Paling Sedap di dunia
#taksempurnabyfashasandha,” katanya lalu diserta sedutan video pendek.
Penyanyi dan pelakon, Linda Rafar meluahkan rasa kagum melihat kemampuan bintang rock, Dato’ Awie meneruskan perjalanan konsert Awie Rock King: Last Man Standing meskipun sebenarnya berdepan masalah kesihatan.