Jarang berkongsi foto bersama suami di media sosial kerana tidak mahu dilabel sebagai seorang yang menunjuk-nujuk, penyanyi dan usahawan Linda Rafar kali ini bertindak untuk terus memuat naik foto bersama insan tersayang.
Kongsinya, dia memuat naik beberapa keping foto bersama suami, Syed Aiman bagi menghargai pengorbanan dan jasanya sebagai seorang ketua keluarga.
“Linda susah nk post picture hubby takut org tak suka n ckp nk menunjuk2 tp bila pikir hidup ni sangat singkat dan kita tak tau caturan Allah.. samaada kita atau dia yg akan pergi dulu.
“Jadi mlm ni jom kita sama2 post pict org yg kita sayang.. insyaallah allah panjangkan umur kita dah hidup kita berkhati Allah SWT .. i love u papa @syedaiman75,” tulisnya.
Terdahulu, Linda terkesan dengan pemergian Allahyarham Ashraf Sinclair yang telah menghembuskan nafas terakhir pada Selasa pagi akibat serangan jantung.
Malah, Linda turut merasakan kesedihan yang dialami Bunga Cintra Lestari apabila beberapa keping foto dan videonya mulai tersebar di media sosial.
Baginya, setiap pasangan perlu menghargai antara satu sama lain ketika hayatnya.
Penampilan Tya Ariffin yang kini mengenakan hijab sebagaimana yang dikongsikan menerusi Instagram mendapat perhatian peminat.
Rata-ratanya mendoakan yang terbaik buat ibu kepada dua cahaya mata itu selain memanjatkan doa agar bintang cantik ini kekal istiqamah.
Berkongsi mengenai perkara itu kepada Berita Harian, isteri kepada Asyraf Khalid ini mendedahkan dirinya masih dalam proses belajar dan membiasakan diri mengenakan tudung.
“Saya tidak mahu pantas mengiyakan persoalan apakah saya sudah bertudung atau sebaliknya.
“Hakikatnya, saya sedang mencuba dan membiasakan diri. Saya mahu belajar untuk menjadi lebih baik… Bukan mudah untuk istiqamah.
“Dalam hidup ini, apa yang pasti, kita sentiasa mahu menjadi insan yang lebih baik. Malah, dengan apa yang saya nikmati saat ini daripada Allah, saya fikir saya belum jadi hamba-Nya yang baik,” katanya seperti yang dipetik.
Malah pada masa sama, pelakon yang kini bergelar usahawan ini turut memberitahu dia dan suami ada memasang niat untuk tunaikan umrah andai diberikan rezeki jadi tetamu Allah.
“Jika ada rezeki, kesempatan dan ruang, saya mahu menunaikan umrah bersama suami,” ujar Tya yang mendirikan rumah tangga dengan Asyraf pada 1 November 2015 lalu.