Fedtri Yahya menerusi ruang Instagram berkongsi keadaan terkini adik Muhammad Fawwaz Adli,6, yang terlantar dipercayai parah selepas dihempap peti ais pada 12 Julai tahun lalu.
Jelasnya di Instagram kanak-kanak itu terpaksa menjalani pembedahan kecil pada Ahad lalu selepas tahap kesihatannya semakin menurun.
Jelas doktor, tekanan air di bahagian otak semakin tinggi disebabkan ruang perut yang terlalu sempit oleh pembedahan lepas.
Lalu sebagai langkah mengurangkan kesakitan, doktor akan mengeluarkan semula tiub di dalam perut dan membuat tiub baru bagi memudahkan cecair otak mengalir di dalam beg plastik.
“Coretan bapa Fawwaz: .
“Assalamualaikum.
“Pagi ni 4 Februari 2020 genap 48 hari fawwaz dirawat di Hospital Wanita Dan Kanak-Kanak Kuala Lumpur.Sepanjang fawwaz berada di sini fawwaz sudah menjalani pembedahan berskala besar sebanyak 4 kali dan yg terbaru ahad lepas fawwaz selamat menjalani pembedahan berskala kecil.
“Untuk makluman fawwaz terpaksa menjalani pembedahan kecil ahad lepas disebabkan tahap kesihatan fawwaz semakin menurun. Doktor pakar mendapati tekanan air otak fawwaz terlalu tinggi sehingga satu badan fawwaz menjadi kejang. Tekanan air otak itu berpunca dari ruang perut yg dah terlalu sempit di sebabkan pembedahan2 yang lepas.Jadi pembedahan lepas doktor terpaksa mengeluarkan semula tiup di perut dan buat sementara waktu cecair otak dibiarkan mengalir di dalam beg plastik yg diletakkan di luar perut,” jelasnya.
Pengacara popular ini turut memaklumkan pembedahan lanjut bakal dijalankan selewat-lewatnya pada Isnin minggu depan bagi mengalihkan tiub ke jantung.
“Selepas membuat perbincangan dan pemeriksaan doktor memaklumkan kepada kami pembedahan seterusnya terpaksa dibuat selewat-lewatnya isnin minggu depan.Pembedahan kali ni doktor akan alihkan tiup yg sebelum ni di perut dan dialihkan ke jantung.Biarpun pembedahan ke jantung ini risiko agak tinggi tapi itu saja pilihan yg ada memandangkan perut memang dah tak mampu nk menyerap lagi lebihan cecair otak,” kongsi Fedtri menerusi kenyataan bapa kepada kanak-kanak malang ini.
Bapa Fawwaz, Mohd Bukhari turut memanjatkan doa agar anaknya diberi kesembuhan, namun reda dengan apa yang berlaku selepas ini.
“Luluh hati kami bila mendapat berita Fawwaz akan dibedah lagi. Kepala sudah,perut sudah dan yang terbaru bahagian jantung plak.Kami yakin doktor akan sedaya upaya dan sehabis baik untuk merawat Fawwaz. Apa-apa pun yang berlaku lepas ni kami redha dan pasrah dengan ketentuan OlehNya.Harapan kami semoga ada lagi sinar kebahagian bersama Muhammad Fawwaz Adli Bin Mohd Bukhari.. InsyaAllah.. آمِيْن يَا رَبَّ العَالَمِيْن,” luahnya.
Selepas menerima reaksi pelbagai menerusi persembahannya menerusi lagu Sumpah di Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL34) pada Ahad, penyanyi Aina Abdul menjelaskan konsep yang digunakan adalah sebagai simbolik kepada kehancuran hati.
Aina menerusi Instagram turut menjelaskan, ialah satu ekspresi seni yang ingin disampaikan menerusi anugerah muzik tahunan itu dan sebagai seorang Muslim, tidak pernah terlintas di fikiran untuk melakukan konsep seperti yang didakwa sesetengah pihak
Sementara itu, Aina ketika ditemui media sejurus malam kemuncak sekali lagi memberikan penjelasan terperinci mengenai konsep persembahan yang dibawakan.
“Mengenai Sumpah Aina Abdul, saya minta maaf terlebih dahulu sekiranya mesej yang cuba disampaikan itu disalah tafsirkan, melampaui batas atau pun keterlaluan mengikut sesetengah orang yang menonton.
“Saya tak boleh halang orang dari bercakap dan saya ingin tegaskan di sini, isu darah itu bukanlah berkait dengan bunuh diri.
“Sebabnya, Sumpah ialah hati wanita atau lelaki yang terluka. Jadi darah adalah sebagai simbolik kepada hati yang terluka. Itulah cara saya untuk tafsirkan melalui darah. Bagi saya, saya ‘gunakan’ darah kerana itu adalah simbolik terbesar untuk saya ketengahkan perasaan terluka. Itu cara, metafora saya,” terangnya jujur.
Malah, penyanyi yang turut sinonim dengan lagu Shadow ini juga turut menjelaskan mengenai dakwaan dirinya ada menikam dada sehingga darah mencurah keluar.
“Itu tabiat yang tidak boleh saya nak ubah. Ia cara saya untuk lontarkan nyayian jika mungkin yang pernah tonton video nyanyian saya pun, banyak bermain-main dengan tangan.
“Darah itu keluar… Ibarat macam kita terluka,” katanya yang turut memberitahu pada akhir sesi rehearsal, elemen darah itu turut dimainkan.
“Kalau darah tu menitis sikit-sikit tak nampak. Jadi, alang-alang kita nak sampaikan satu isu atau pun ‘statment’, kita kena gunakan darah yang lebih banyak,” kongsi Aina apabila timbul pula isu yang membayangkan persembahannya itu seperti melebih-lebih.
Memberikan persembahan sehingga mencetuskan tular, bintang ini punya jawapan sendiri.
“Ia tidak dirancang sebabnya, ketika saya dan team lakukan sesi brainstom, pertama sekali baju tersebut diinspirasikan dari busana yang dipakai oleh Lady Gaga di Met Gala akan tetapi persembahan adalah simbolik saya sendiri.
“Kami fikir apa yang akan diketengahkan untuk persembahan di AJL sebab kalau hanya menyanyi sahaja, rasa seperti tak cukup untuk saya ekspres ‘sakitnya’ saya,” katanya yang menyedari ia mulai diperkata sejurus selesai membuat persembahan.
“Saya tahu selepas selesai buat persembahan. Saya tidak takut tetapi saya harap ia akan menjadi peluang untuk orang lebih mengenali saya lagi sebagai seorang penulis lagu yang menulis mengenai isu yang lebih berat.
“Lagu yang saya keluarkan hampir semua berkaitan dengan mental health dan isu bunuh diri sama sekali tidak. Alhamdulillah saya masih siuman, waras dan tidak akan gunakan isu bunuh diri sedangkan saya sendiri mahu ketengahkan isu mental health, tak akan saya gunakan pentas AJL untuk ajak orang buat sesuatu yang salah,” katanya.
Menjawab persoalan sama ada dirinya ada melakukan kajian terhadap apa yang boleh dan sebaliknya sebelum membuat persembahan sedemikian, Aina menambah sebetulnya ada beberapa idea lain.
“Kita tidak fikirkan apa yang tidak boleh dilakukan dulu, kita fikir apa yang kita boleh buat dan beberapa idea lain ada. Yang paling dekat dengan hati adalah isu ini dan saya tak tunjukkan yang saya kelar diri ke, itu hanyalah ekspresi tangan ketika menyanyi. Saya tak boleh hentikannya.
Aina turut memberikan reaksi apabila ditanya mengenai sama ada persembahan tersebut boleh mempengaruhi individu bermasalah selepas menontonnya.
Terdahulu, pada persembahan yang berlangsung di Axianta Arena, Bukit Jalil, pemilik nama lengkap Nurul Aina Abdul Ghani ini yang mengenakan persalinan serba putih dan tiba-tiba darah mengalir keluar mengundang pelbagai reaksi dikalangan netizen.
Bersyukur atas nikmat dari Pencipta yang telah menganugerahkan dua orang anak kandung, Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan akan cuba mendididik kedua-dua puteranya dengan sebaik mungkin.
Menerusi perkongsian Abu di Instagramnya, dia memuat naik foto kedua-dua anak lelakinya iaitu Muhamad Adam Aysar (hasil perkahwinan terdahulu dengan Ain Afini) dan Muhammad Uwais Al-Mateen (hasil perkahwinan dengan Hana Azraa).
“My heroes.
“Aku akan cuba sedaya upaya untuk didik anak2 aku jd lebih baik dari diri aku. Aku tak punya harta yang banyak untuk ditaburkan,yang aku ada sedikit ilmu yang aku akan titipkan pada anak2 aku.
“Pesan abi buat anak2 abi,” dunia hanya tempat persinggahan kita,jangan terlalu kejar dunia sebab matlamat kita adalah akhirat. Abi pernah rasa dipuji dan abi juga pernah rasa di hina.
“Jangan fikir apa manusia kata tp fikir apa Allah kata. Ingat,Allah adalah sebaik2 tempat untuk minta dan mengadu. Kejarlah akhirat nescaya dunia akan kejar anak2 abi,jagalah Allah nescaya dunia akan jaga anak2 abi.
“Abi doakan agar anak2 abi jd anak2 yg soleh. Korang sentiasa ada dalam hati abi walau jauh dan dekat. Abi sayang anak2 abi”,” tulisnya.
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) telah melancarkan secara rasmi filem pendek Aidilfitri 2026 berjudul ‘Tak Terjawab’.
Walaupun filem ini menyampaikan naratif yang menyentuh...