Mahu mencipta nama dan melebarkan sayap di luar negara, Noor Neelofa Mohd Noor mengambil keputusan untuk memulakan perjalanan seninya di Indonesia.
Memilih Indonesia sebagai lokasi pertama di luar negara bagi mengembangkan kariernya, pengacara popular ini ada jawapan tersendiri.
“Saya mahu fokus kepada negara yang serumpun dengan kita terlebih dahulu kerana kita juga mempunyai bahasa dan budaya yang lebih kurang sama.
“Malah, negara tersebut juga bersebelahan dengan kita,” katanya kepada MH.
Neelofa ditemui di Menara Ken, Taman Tun Dr.Ismail sempena majlis pelancaran kempen Naelofar #gonaelofar pada Sabtu.
Perkara ini menjadikan Neelofa,31, perlu menguasai dan mempelajari bahasa Indonesia dengan menggunakan khidmat tutor sebagai persiapan awal bagi menembusi pasaran di sana.
“Sekarang ini saya sedang belajar Bahasa Indonesia bersama seorang tutor yang kini tinggal bersama saya selama sebulan.
“Setiap hari kami akan belajar bersama untuk berkomunikasi dan saya juga perlu tahu apa maksud di sebalik setiap perkataan yang saya akan sampaikan ketika bercakap bahasa tersebut.
“Saya perlu menguasai bahasa tersebut kerana komunikasi merupakan satu perkara yang paling utama apabila kita berada di negara orang.
“Malah, untuk saya lebih mudah mengembangkan karier di negara jiran,” ujarnya.
Dalam perkembangan lain, anak kelahiran Pasir Mas, Kelantan ini menjelaskan bahawa dia bakal berlakon dalam sebuah filem di Indonesia yang dijangka memulakan penggambaran April ini.
“Kalau tiada aral melintang, saya akan memulakan pengambaran pada April ini, namun jika semuanya sudah pasti, saya akan dedahkan lebih lanjut kepada umum.
“Malah, saya mahu meluangkan masa di sana dan bukan sekadar berlakon dan ulang alik Malaysia semata-mata,” jelasnya yang kini sudah meninjau beberapa buah lokasi startegik sebagai kediaman di Indonesia.
Terdahulu, juara Dewi Remaja 2009/10 ini mahu memberikan ‘nafas baru’ terhadap jenama tudungnya, Naelofar agar selari di peringkat antarabangsa.
Malah, keunikan simbol typography ‘n’ dan simbolik warna terang seperti jingga merupakan warna terang bagi mengetengahkan penggayaan dan fesyen wanita berhijab.
Ini kerana, Naelofar Hijab sudah memulakan operasi selama enam tahun.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi, Naim Daniel semakin menjadi perhatian rakan selebriti dan peminat selepas meraih gelaran juara di pentas Anugerah Juara Lagu Ke-34 (AJL34) menerusi lagu Sumpah.
Lalu, rata-rata rakan selebriti turut memberi ucapan tahniah atas kejayaan Naim merangkul gelaran juara di anugerah muzik tahunan berprestij itu.
Pelakon dan penyanyi Bella Astillah misalnya ada menitipkan ucapan tahniah seterusnya mendedahkan sikap baik Naim menerusi akaun Instagram miliknya.
Kongsi ibu kepada seorang cahaya mata itu, Naim memiliki bakat nyanyian yang hebat dan sangat merendah diri.
“Congratulations @naimdanielx Talented, humble and kind. 1 thing about Naim, tak pernah berubah dari kecil sampai lah dah bujang sekarang attitude tetap sama. Sangat baik dan hormat orang tua.
“Kalau jumpa bella salam and mesti akan tanya mana mama ayah even tho ayah jauh kat dalam kereta dia pergi juga sebab nak salam.
“MashaAllah didikan dari keluarga yg baik. Your parents must be proud of you! Like everyone else do,” tulisnya.
Pelakon dan hos, Puteri Sarah Liyana Megat Kamarudddin mengakui kerinduannya untuk kembali berlakon masih lagi menebal meski sudah bergelar ibu kepada dua cahaya mata.
Lalu, bintang berusia 35 tahun ini cuba meminta pandangan suami iaitu pengarah terkenal, Syamsul Yusof dan syukur, permintaannya diizin suami andai menepati syarat yang telah ditetapkan.
“Saya masih ingat, ketika masih aktif berlakon dulu sehari ambil ‘job’ sampai dua tiga. Memang saya kuat kerja.
“Apabila sudah terbiasa dengan rutin itu, saya rasa memang kena juga ada kerja selain mengurus hal rumah tangga.
“Jadi sebab itulah saya mula berniaga. Kemudian saya terfikir untuk kembali ke lokasi. Saya ada suarakan hasrat itu pada suami. Dia beri izin tetapi hanya boleh berlakon telemovie sahaja berbanding drama berepisod kerana kekakangan jadual dan masa.
“Sebenarnya sebelum ini saya ada juga terima tawaran berlakon drama bersiri, tapi saya terpaksa tolak cara baik.
“Apa pun saya tidak nafikan pernah terfikir nak perlahankan kerjaya seni memandangkan ketika itu saya nak berkahwin, miliki anak dan ‘slow down’.
“Akan tetapi nampaknya jiwa nak bekerja itu masih lagi menebal,” katanya yang kali terakhir terlibat dalam sebuah filem kira-kira tujuh tahun lalu.
Pernah bergelar hos kepada beberapa buah program sebelum ini, Puteri Sarah juga akui selain hanya diberi izin untuk berlakon telemovie, dia juga akui sebagai isteri ada beberapa syarat lain yang perlu dijaga.
“Jaga batas terutamanya dengan lelaki. Bersentuhan tak bolehlah. Pada masa sama, sya juga akan maklumkan mengenai tawaran terlebih dahulu kepadanya dan ada ketika Syamsul akan teliti skripnya juga.
“Malah, saya akan terangkan sinopsis drama yang akan dilakonkan. Selain itu, soal pakaian pun kena jaga dan ada pembantu yang teman saya di lokasi,” akuinya lagi.
Ditanya apakah reaksi suami apabila dirinya pertama kali menjejakkan kaki ke lokasi penggambaran, Puteri Sarah akui pengarah Munafik itu kerap menghubunginya untuk bertanya khabar.
“Bila saya dah masuk set, hari-hari dia akan hubungi. Dia tanya tengah buat apa, dah makan ke belum, jam berapa nak balik?
“Apa pun, sebagai isteri kalau contohnya ‘call time’ jam 9.00 pagi, saya akan lakukan rutin macam biasa. Bangun awal, siapkan serta hantar anak ke sekolah.
“Kemudian barulah saya ke set. Penat itu memang penat akan tetapi saya suka dengan apa yang saya lakukan. Jadi tidaklah terasa,” katanya lagi.
Terdahulu, Puteri Sarah ditemui pada majlis Hi-Tea & Media Soft Launch untuk produk terkininya, Shara Cosmetics & Skincare yang melancarkan produk serum wajah
pertamanya iaitu Il’ Dolcé Face Serum.
Serum yang diformulasi dari bahan alami ini diyakini mempunyai khasiat yang berganda sesuai untuk proses pemuliharaan kulit wajah secara semula jadi.
“Idea untuk menghasilkan serum ini adalah atas rasa prihatin dengan wanita-wanita tempatan yang kebanyakan menghadapi masalah kulit wajah disebabkan cuaca dan faktor persekitaran.
“Saya juga yakin, manfaat serum yang berasaskan timun ini adalah yang terbaik untuk merawat semua jenis kulit di samping harganya yang berpatutan,” terangnya.
Shara Cosmetics & Skincare sebelum ini turut menghasilkan rangkaian kosmetik seperti
Lipmatte, All-in-One Blusher Stick, Magic Gloss, Mascara dan Make Up Remover.
Terdahulu, Puteri Sarah dan Shamsul Yusof berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikhul Islam, 3, dan Sumaiyyah yang dilahirkan pada 16 Mac 2019.
Program realiti terbaharu, Borneo Rising sudah mula mencipta impaknya tersendiri menerusi saingan minggu pertama, apabila barisan peserta masing-masing tampil dengan persembahan yang meyakinkan.