Drama Red Velvet lakonan Neelofa dan Alif Satar menjadi antara sajian wajib buat pencinta drama rantaian Melayu ketika ini. Meski ada yang pesimis terhadap drama arahan Michael Ang itu, namun kebanyakannya cukup gemar menonton kerserasian yang terjalin di antara para pelakonnya.

Tidak hanya memaparkan jalan ceritanya yang menarik, lagu yang terselit di dalam drama tersebut, Jutaan Purnama turut mencuri tumpuan. Rata-rata memuji akan lirik lagu berkenaan yang dianggap catchy dan mudah menangkap halwa telinga pendengar. Malah, ada yang berteka-teki mengenai siapakah penyanyi wanita yang mengalunkan lagu tersebut.

IKLAN

Bagaimanapun, peminat tidak berpeluang untuk mendengar lagu berkenaan dalam versi penuh kerana menurut penyanyinya iaitu Datin Alyah, Jutaan Purnama merupakan projek pertamanya untuk tahun hadapan.

IKLAN
IKLAN

“Sepanjang tahun ini, saya telah pun melancarkan beberapa buah single dan terkini, lagu duet bersama Farawahida berjudul Mengapa Harus Aku rancak menjalani proses promosi. Sementara lagu Jutaan Purnama pula, saya cadang untuk lancarkan tahun hadapan. Januari merupakan bulan ulang tahun kelahiran. Jadi pasti lebih manis andai lagu istimewa itu dilancarkan pada bulan sama,” katanya kepada MH.

 

“Jutaan Purnama saya rakam beberapa bulan lalu dan ia merupakan hasil ciptaan Hael Husaini bersama Ezra Kong dan Omar Kong yang saya sedia kagumi dan percaya akan bakat seninya. Alhamdulillah, selepas ia disajikan menerusi drama Red Velvet, saya mendapat maklum balas positif terhadap lagu berkenaan. Harapnya, ia akan dapat diterima ramai seperti mana barisan lagu-lagu balada saya yang lainnya.

 

“Setakat ini, perancangan untuk melakukan muzik videonya sudah ada. Tinggal lagi saya bersama team sedang meneliti beberapa penaja untuk berkolaborasi menerusi muzik video berkenaan. Apa yang pasti, nantikan muzik video lirik lagu itu yang akan dilancarkan tidak lama lagi,” akui Alyah yang sebelum ini sudah pun memuat naik promo lagu berkenaan menerusi Insgtagram miliknya beberapa minggu lalu.

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI