Matamu Melemahkanku
Saat Pertama Kali
Ku LihatmuDan Jujur Ku Tak Pernah Merasa
Ku Tak Pernah Merasa Begini

 

Oh Mungkin Inikah Cinta
Pandangan Yang Pertama
Karena Apa Yang Ku Rasa Ini Tak Biasa
Jika Benar Ini Cinta
Mulai Dari Mana

 

Oh Dari Mana
Dari Matamu Matamu
Ku Mulai Jatuh CintaKu Melihat Melihat
Ada Bayangan
Dari Mata Kau Buatku Jatuh
Jatuh Terus Jatuh Ke Hati

Mungkin ada yang masih tidak tahu tentang lirik lagu ini dan mungkin juga yang memang sentiasa putarkan lagu ini dalam palylist lagu harian.

Okay, buat yang masih tak tahu. MH belanja lagu ini dulu khas buat korang semua…

Hah macam mana? Pasti ada di antara korang semua yang cam atau perasan lagu ini sering diputarkan dalam beberapa buah drama bukan?

Antara drama yang dimaksudkan seperti Urusan Hati Cik Drama Queen dan Red Velvet.

Mesti korang semua nak tahu siapa penyanyi asalnya kan?

Okay jom baca sedikit maklumat tentang penyanyi bersuara emas ini…

Aziz Hayat atau nama komersialnya Jaz Hayat merupakan salah seorang penyanyi kelahiran Brunei Darussalam.

IKLAN

Lebih selesa dengan panggilan Jaz, penyanyi berusia 24 tahun ini mengetengahkan lagu-lagu berkonsepkan R&B dan Pop.

Lagu Dari Mata Semakin Popular Di Malaysia, Siapa Penyanyinya? MH Huraikan…

Mula dikenali dengan lagu I Stalk Your Profile, Jaz telah melebarkan sayapnya ke Indonesia dan dilamar untuk berada di bawah syarikat rakaman Sony Music Indonesia.

Walaupun lagu Dari Mata mendapat sabutan yang cukup memberangsangkan oleh orang ramai, Sebenarnya Jaz juga telah berada di dalam industri hiburan sejak 2013, namun nasib tidak berapa menyebelahinya hingga mengambil sedikit waktu untuk naik dan terus dikenali.

IKLAN

Lagu Dari Mata Semakin Popular Di Malaysia, Siapa Penyanyinya? MH Huraikan…

MH turut difahamkan kemunculan pertama Jaz dalam industri apabila dia diminta untuk membuat persembahan sulungnya di Anugerah Planet Muzik 2013 yang telah diadakan di Singapura.

Malah Baru-baru ini Jaz telah diberi anugerah “Male Singer of the year 2017” dalam majlis Style Awards 2017 di Indonesia.

IKLAN

Jaz sebenarnya agak popular di Youtube sebelum ini. Jadi jika korang sejenis individu yang suka buka youtube pasti nama Jaz tidak asing lagi untuk korang.

Okay tak nak cakap banyak, korang dengar sendiri beberapa lagu Jaz yang popular…

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI