Gara-gara memuat naik beberapa keping foto suntingan bersama anggota Black Pink, Rosé, Naim Daniel menerima kecaman hebat daripada Blinks yang meminta agar dia menghentikan perbuatan tersebut.
Walau bagaimanapun jelas penyanyi Sumpah ini, dia turut menerima reaksi positif atas usahanya merakamkan lagu secara tidak rasmi dengan bintang K-Pop berkenaan.
“What’s happening on @koreaboo ‘s page today.
“Anyway i just wanna clarify that i’ve been receiving a lot of support from my fellow international blinks regarding my unofficial project with Rosé on my youtube channel you guys are the truest ever !
Tahniah diucapkan buat penyanyi dan pelakon, Elly Mazlein,39, yang telah pun selamat bergelar tunang kepada lelaki pilihan hati, Mohamad Azlan, 29, kira-kira jam 1.10 petang tadi.
Majlis telah dilangsungkan secara meriah dengan kehadiran kira-kira 200 tetamu dilangsungkan di Dewan Tun Hussien Onn, Putra World Centre (PWTC), Kuala Lumpur.
Penyanyi Bakawali yang anggun mengenakan persalinan rona hijau pastel turut menerima sebentuk cincin dari bakal ibu mertuanya, Zaiton Abdullah selain lima dulang hantaran berbalas tujuh.
“Alhamdulillah, majlis tunang sudah pun selesai dan berjalan lancar seperti yang diharap-harapkan. Terharu dengan kehadiran insan-insan yang tersayang.
“Doakan semoga urusan perkahwinan saya akan dipermudahkan, InsyaAllah,” katanya.
Majlis turut diserikan dengan persembahan nyanyian dari Indah Ruhaila dan Sarah Raissuddin sementara Zulin Aziz bertindak sebagai hos majlis.
Elly atau nama lengkapnya, Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi sebelum ini ada mendedahkan dirinya sedang berkenalan dengan lelaki asal Kuala Krai, Kelantan dan turut merancang untuk mendirikan rumah tangga tahun hadapan.
Elly yang masih belum bersedia untuk mendedahkan wajah tunang turut menggelarkan si dia sebagai Papa Awan Nano.
Datuk Seri Eizlan Yusof, 48, telah pun selamat mendirikan rumah tangga bersama wanita pilihan hati, Natasha Rosa Boudville, 29, dengan sekali lafaz pada Khamis kira-kira jam 3.30 petang.
Majlis akad nikah dilakukan dengan penuh meriah dan di The Glass Suite, Boraombak, Marina Putrajaya.
Selain merakamkan ucapan terima kasih buat semua yang sudi meraikan majlis, pelakon senior itu turut berkongsi mengenai detik awal hatinya mulai terbuka untuk berkahwin lagi selepas lebih beberapa tahun bergelar duda kepada tiga cahaya mata.
“Sebenarnya selepas perkahwinan terdahulu, saya tiada ‘attention’ lagi untuk berumahtangga. Memandangkan saya sudah pun mempunyai cahaya mata selain sibuk dengan komitmen lainnya. Tidak terfikir.
“Bagaimanapun apabila bertemu dengan Natasha, ia merubah segalanya. Kalau nak diikutkan, sudah tidak mahu. Bila bertemunya, she’s the one.
“Sepanjang perkenalan, nampaknya dia boleh serasi dengan anak-anak, dia seorang yang fleksibel, jenis yang relaks dan boleh bergaul dengan rakan-rakan saya,” katanya.
Pada masa sama, pelakon Paskal The Movie ini juga turut akui ada ketikanya dia rasa sunyi tiada peneman di sini.
“Kalau dikatakan sudah selesa untuk tidak berkahwin lagi, ada ketikanya saya rasa sunyi juga. Meski pada peringkat awal, rasanya saya sudah tidak mahu kahwin, akan tetapi perasaan sunyi itu hadir.
“Anak-anak tidak bersama saya, mereka sama ibunya. Jadi saya sendirian di rumah,” jelasnya yang turut meminta doa ramai agar ikatan yang terbina kekal harmoni selamanya.
Artis versatil, Ifa Raziah ada memuat naik beberapa keping foto di laman media sosial Instagram miliknya.
Menariknya, penyanyi berusia 43 tahun itu berkongsi foto bersama rakan penyanyi dari negara seberang, Inul Daratista.
Dalam pada itu, Ifa atau nama sebenarnya Saripah Raziah meluahkan rasa teruja apabila dapat bertemu empat mata bersama Inul setelah sekian lama tidak bersua.
“Miss Diva rasa teruja sgt apabila dpt berjumpa dgn Ratu Dangdut @inul.d mlm tadi.
“Puas hati hilang rasa rindu pdnya setelah beberapa tahun tak berjumpa sejak DAA2 yg lalu.
“Insyallah ada kesempatan & rezeki kita akan bergabung lagi .. take care mbak inul.
“Artis Dangdut yg Tersohor di seluruh Asia & Barat tidak pernah sombong & angkuh.
“Sentiasa menghormati sesama insan seni tak kira di mana saja. Foto by @budak.tadika,” tulisnya.
Pelakon, Lufya Omar meluahkan rasa terkilan dengan tindakan seorang individu yang melabelkan dirinya dan rakan-rakan usrah sebagai ‘rapist enabler’ hanya kerana bergambar bersama isteri kepada pendakwah bebas, Dai Syed iaitu Hana Ismail.