Tahniah MH ucapkan pada bintang realiti televisyen, Kylie Jenner yang selamat melahirkan anak perempuannya, semalam lapor BBC.

Kylie mengesahkan perkara tersebut menerusi laman Instagramnya bahawa anak perempuannya pada 1 Februari lalu dan memohon maaf kerana tidak memberitahu para peminat mengenai kehamilannya itu.

Kylie Jenner Selamat Lahirkan Bayi Perempuan!

“Saya minta maaf kerana membiarkan anda semua terus berspekulasi mengenai kehamilan saya ini. Saya faham anda semua (peminat) dah biasa apabila saya sering beritahu mengenai hidup saya.

“Bagaimanapun, kehamilan ini adalah satu-satunya perkara yang saya mahu ‘sorok’ kan daripada dunia. Saya perlukan diri saya untuk bersedia menerima peranan ini dengan cara yang positif, bebas stres dan secara sihat.

“Saya juga tahu tahu bahawa bayi dalam kandungan saya akan turut merasa stres dan juga emosi lain, sebab itulah saya memilih untuk berbuat begini demi anak dan kebahagiaan kami,” jelasnya.

Dalam pada itu, Kylie turut berkongsi pengalaman mengandungnya bersama peminat.

IKLAN

“Mengandung merupakan satu momen yang sangat indah dan mengubah hidup saya setakat ini. Saya akan merindui saat tersebut.

“Saya juga sangat bersyukur kepada rakan-rakan terutamanya keluarga yang banyak membantu saya selama ini.

“Anak perempuan saya dilahirkan pada 1 Februari lalu dan saya sangat tidak sabar untuk berkongsi perkara ini dengan orang ramai. Tak pernah rasa kebahagiaan seperti ini. Terima kasih kerana memahami,” tulisnya.

Kylie Jenner Selamat Lahirkan Bayi Perempuan!

Sebelum ini, media melaporkan remaja berusia 20 tahun ini dipercayai mengandung pada Spetember tahun lalu tetapi tiada pengesahan dilakukan oleh pihaknya mengenai perkara tersebut.

IKLAN

Bayi tersebut merupakan hasil hubungan Kylie dan rapper, Travis Scott, dan setakat ini masih belum diberikan nama.

Kylie Jenner Selamat Lahirkan Bayi Perempuan!

IKLAN

Bagi mereka yang tidak tahu, Kylie merupakan adik bongsu tiri kepada Kim, Kourtney, Khloe dan Kardashian serta mempunyai seorang kakak, Kendall Jenner dan popular menerusi program realiti ‘Keeping Up With The Kardashian’.

ends

Sumber: BBC, Kylie Jenner IG

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI