Penyanyi dan ushawan, Cat Farish memaklumkan rakan yang juga rakan kepada salah seorang rappernya yang dikenali sebagai Hafizo sedang kritikal selepas terlibat dalam nahas jalan raya.
Perkongsian tersebut dimaklumkan Cat menerusi Instagram miliknya, sebentar tadi.
“Assalamualaikum, nak bagitahu. Pipish @iamhafizo sekarang di ICU Hospital Klang. Terlibat dengan kemalangan.
Ads
“Kritikal 50-50. Dalam masa tiga hari ni, banyak-banyak doakan keadaan dia,” tulis Cat menerusi postingnya.
Bagaimanapun, perincian mengenai punca kemalangan masih belum dapat dipastikan.
Ads
“Punca kemalangan masih belum tahu. Tolong pesan kat kawan-kawan lain supaya doakan dia,” pinta Cat.
Ads
Sementara itu menerusi ruangan komen, para peminat turut menitipkan doa dan mengharapkan agar segalanya dipermudahkan.
Foto: Instagram Cat Farish
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Radhi OAG diperintahkan membuat sumpah nafi berkaitan lafaz cerai yang dibuat terhadap isteri, Nur Shahira Ayu Zahiri pada 25 Mac lalu.
Memetik Harian Metro, Radhi sewaktu keterangan kepada mahkamah memberitahu dia tidak mengingati lafaz yang dibuat.
“Sumpah saya tak ingat.
“Masa tu saya tak tidur dua hari jadi emosi saya tak stabil. Saya marah sangat, tumbuk pintu sampai pecah.
“Saya marah sebab dia (Ayu) susah hendak pulang ke rumah kami kerana dia balik ke rumah keluarganya. Saya tak tidur risau pasal dia, apa dia buat,” kata Radhi dipetik.
Susulan itu, mahkamah menetapkan 16 Julai untuk penyanyi ini membuat sumpah nafi atas kenyataannya itu.
Sumpah nafi ialah sumpah yang perlu dibuat seseorang individu bagi menafikan apa yang dikatakannya sebelum mahkamah menjatuhkan sesuatu keputusan.
Terdahulu, Ayu memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai itu mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 pada 3 Jun lalu.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 14 April 2014 dan dikurniakan dua anak, Nur Aisyah, 4, dan Muhammad, 3.
Foto : Harian Metro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tidak dinafikan, minggu lalu menjadi minggu hangat selebriti apabila beberapa kes cerai melibat penggiat seni hangat diperkatakan.
Rentetan daripada berita kemusnahan rumah tangga yang dibina, rakan selebriti ada memberikan reaksi, mengharapkan apa yang berlaku boleh dijadikan sempatan.
Datuk Seri Siti Nurhaliza misalnya turut mengakui dirinya bukanlah individu terbaik bagi memberi pandangan terhadap isu sedemikian sementelah perjalanan hidupnya sendiri belum teruji.
Namun tegas Siti, dia pasti setiap pasangan berkahwin tidak ingin masjid yang dibina berakhir dengan perpisahan.
“Saya bukan orang yang terbaik untuk beri nasihat. Saya sendiri pun masih melalui perjalanan hidup seterusnya.
“Cuma, saya pasti mereka yang berkahwin bukan untuk bercerai. Apa pun, bagi saya kalau boleh sebelum kita berkahwin, kita mengenali pasangan.
“Kita menerima kekurangan dan kelebihan dia. Itu penting. Itu tujuan berkahwin.
“Selain daripada nak menghalalkan, mahu buat masjid dengan ikatan suami isteri, kita kena menerima pasangan kita, baik dan buruk, seikhlas serta sejujurnya.
“Kita tak sempurna. Apa yang kita ada hanyalah pinjaman Allah. Kalau kita jujur dengan ikatan perkahwinan, InsyaAllah sampai bila-bila pun kita boleh kekal. Keimanan kena tinggi,” katanya memberikan pandangan.
Pada masa sama penghibur nombor satu negara ini turut menambah, aib pasangan juga haruslah dijaga daripada tontonan umum.
Bimbang, ia boleh menambahkan kepada sesuatu yang lebih teruk.
“Semuanya di tangan kita. Kita nak jadikan macam mana. Sama ada peribadi kita ini dipertontonkan atau tidak, semua terletak kepada diri.
“Sebaiknya kalau aib, baik kita jaga dan simpan. Tepuk dada tanya iman,” ulasnya jujur.
Terdahulu, penyanyi Anta Permana ini ditemui pada Majlis Perjumpaan Hari Raya Datuk Sri Siti Nurhaliza dan Siti Zone di Hotel Pearl International Kuala Lumpur semalam.
Majlis anjuran Siti Nurhaliza Production ini turut diserikan dengan pelbagai seleksi lagu popular antaranya Sesuci Lebaran, Anta Permana dan Comel Pipi Merah.
Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi mencuri tumpuan apabila beliau sempat menyantuni sekumpulan peminat daripada kalangan pelajar sekolah menengah ketika sedang menikmati makan tengah hari di sebuah restoran, semalam.