Tidak dinafikan, minggu lalu menjadi minggu hangat selebriti apabila beberapa kes cerai melibat penggiat seni hangat diperkatakan.

Rentetan daripada berita kemusnahan rumah tangga yang dibina, rakan selebriti ada memberikan reaksi, mengharapkan apa yang berlaku boleh dijadikan sempatan.

Datuk Seri Siti Nurhaliza misalnya turut mengakui dirinya bukanlah individu terbaik bagi memberi pandangan terhadap isu sedemikian sementelah perjalanan hidupnya sendiri belum teruji.

Namun tegas Siti, dia pasti setiap pasangan berkahwin tidak ingin masjid yang dibina berakhir dengan perpisahan.

Saya bukan orang yang terbaik untuk beri nasihat. Saya sendiri pun masih melalui perjalanan hidup seterusnya.

“Cuma, saya pasti mereka yang berkahwin bukan untuk bercerai. Apa pun, bagi saya kalau boleh sebelum kita berkahwin, kita mengenali pasangan.

“Kita menerima kekurangan dan kelebihan dia. Itu penting. Itu tujuan berkahwin.

IKLAN

“Selain daripada nak menghalalkan, mahu buat masjid dengan ikatan suami isteri, kita kena menerima pasangan kita, baik dan buruk, seikhlas serta sejujurnya.

“Kita tak sempurna. Apa yang kita ada hanyalah pinjaman Allah. Kalau kita jujur dengan ikatan perkahwinan, InsyaAllah sampai bila-bila pun kita boleh kekal. Keimanan kena tinggi,” katanya memberikan pandangan.

Pada masa sama penghibur nombor satu negara ini turut menambah, aib pasangan juga haruslah dijaga daripada tontonan umum.

Bimbang, ia boleh menambahkan kepada sesuatu yang lebih teruk.

IKLAN

Semuanya di tangan kita. Kita nak jadikan macam mana. Sama ada peribadi kita ini dipertontonkan atau tidak, semua terletak kepada diri.

“Sebaiknya kalau aib, baik kita jaga dan simpan. Tepuk dada tanya iman,” ulasnya jujur.

Terdahulu, penyanyi Anta Permana ini ditemui pada Majlis Perjumpaan Hari Raya Datuk Sri Siti Nurhaliza dan Siti Zone di Hotel Pearl International Kuala Lumpur semalam.

IKLAN

Majlis anjuran Siti Nurhaliza Production ini turut diserikan dengan pelbagai seleksi lagu popular antaranya Sesuci Lebaran, Anta Permana dan Comel Pipi Merah.

Foto : Instagram Siti Nurhaliza

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI