Personaliti media sosial yang juga merupakan usahawan dan pereka fesyen, Prince Syed Shahid sanggup berhabis hampir RM9,000 demi menyiapkan busana buat dirinya dan isteri ketika menghadiri majlis perlancaran produk kecantikkan terbaharu milik pelakon terkenal, Rozita Che Wan.
Menurut Shahid, busana rona keemasan yang dilengkapi pelbagai eksesori seperti sayap dan lampu ‘lip-lap’ itu dibuat sebagai tanda sokongan dan memeriahkan lagi majlis rakan artis itu.
“Kami memang nak ikut tema bila Che Ta jemput datang ke majlisnya. Temanya pula ‘gold glowing’ dan kami hanya nak memeriahkan suasana,” katanya kepada MH
Katanya lagi, dia mengambil masa selama dua hari untuk menyiapakan dua pasang busana tersebut.
“Seperti sedia maklum, saya akan menjahit sendiri pakaian saya dan isteri untuk apa sahaja jenis majlis.
Ads
“Saya menambahbaik baju sebelum ini dengan penambahan perincian dari segi eksesori dan bahagian kepak,” ulasnya lagi.
Dalam pada itu, Shahid akui sudah lali dengan kecaman netizen yang sering melabelkan rekaannya sebagai pelik dan agak keterlaluan.
“Boleh dikatakan hari-hari kami menerima komen yang mengatakan baju kami over. Dalam setiap hantaran itu, memang itu sahaja komennya.
Ads
“Sebenarnya kami selesa begini. Pada masa sama, saya dan isteri masih mengikut kesesuaian tempat dan majlis yang kami hadiri.
“Takkanlah nak pergi pasar borong pun pakai macam ni. Cuma ekpektasi orang sahaja yang ingat kami berpakaian sebegini seharian.
“Kami hanya akan melaram bila menghadiri majlis sahaja. Itu sahaja waktu yang ada pun,” kongsnya lagi.
Pada masa sama, Shahid yang memiliki jumlah pengikut lebih 500,000 di aplikasi Tik Tok turut mendedahkan dirinya sudah pun menyiapkan busana untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri selama sebulan.
Ads
“Ada 30 pasang dan tidak berulang. Alhamdulillah Allah bagi rezeki kepada kami setiap tahun.
“Kami pun sudah bekerja keras hampir setiap hari untuk menempuh sambutan hari saya ini. Kita sambut raya pun sebulan sahaja setahun.
“Itulah antara hari-hari yang kami boleh melaram. Nantikanlah baju kami pada hari raya pertama nanti. Memamg lain macam sikit,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi, Misha Omar telah menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-39 tahun, semalam.
Lalu, penyanyi lagu Tanpa Rela ini ada menitipkan ucapan terima kasih kepada peminat yang sentiasa mendoakan untuk dirinya.
Malah, penyanyi kelahiran Kota Bahru, Kelantan ini rasa terharu terhadap peminatnya dengan menyampaikan sebuah lagu berjudul Cinta menerusi IGTV di akaun Instagram miliknya.
“DARI LUBUK HATI YANG PALING DALAM , SAYA INGIN MERAKAMKAN UCAPAN JUTAAN TERIMA KASIH BUAT DOA-DOA YANG DIKIRIM SEMPENA HARIJADI KAK MITCH YG KE 39 SMLM..
“JUJURNYA, SAYA BERASA TERHARU SEKALI DENGAN “CINTA” YANG DITUNJUKKAN KALIAN SEMUA…SAYA BUKAN SIAPA2..CUMA YANG ADA SUARA DARI TERJEMAHAN JIWA UTK SETIAP KARYA YANG DITUGASKAN..
“TERIMA KASIH YA..CUMA ALLAH SAJA MAMPU BALAS JASA KALIAN…STAY SAFE WHEREVER YOU ARE!! #kitajagakita
“Lagu ciptaan : Melly Goeslaw .
Nyanyian : Melly Goeslaw & Krisdayanti .
Nikmati ya guyss…,” tulisnya.
Sekadar informasi, Misha telah dilahirkan pada 6 Januari 1982 dan telah memulakan karier seni nyanyian sekitar tahun 2001 selepas menyertai pertandingan Bintang RTM.
Foto: Instagram Misha Omar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Walaupun dilihat sudah mempunyai tubuh badan ideal, namun pelakon Atikah Suhaime akui dia disiplin dalam menjaga pemakanan demi kesihatan tubuh badan untuk jangka masa panjang.
Menurut Atikah atau nama sebenar Nur Atikah Mohd Suhaime, 31, segala perkongsian ‘content’ makanan sihat yang dibuatnya menerusi platform TikTok bertujuan memberikan ilmu dan manfaat buat semua.
“Itu hanyalah content di TikTok. Saya tak pandai menari atau buat content lain. Jadi, apa yang saya dapat daripada personal trainer, saya kongsikan kepada orang ramai. Semoga ia memberi manfaat kepada orang ramai.
“Diet yang saya amalkan adalah untuk kehidupan yang lebih sihat.Sekarang ramai yang jatuh sakit di usia muda… jadi kenalah lebih berhati-hati,” katanya kepada MH.
Atikah berkata demikian ketika sidang media drama terbaharu lakonannya, Aku Seorang Perempuan, baru-baru ini.
Drama tersebut yang juga adaptasi novel tulisan Datuk Tengku Khalidah Tengku Bidin mengisahkan perjalanan hidup penyanyi Siti Nordiana atau Nana.
Selain Atikah, drama itu dibintangi Fezrul Khan yang membawakan watak bekas suami Nana iaitu Allahyarham pelakon Faizal Yusof yang meninggal dunia pada 1 Januari 2011 akibat serangan jantung.
Berkongsi mengenai wataknya itu, Atikah kata untuk naskhah ini dia perlu mengkaji perwatakan Nana bagi menghidupkan karakter tersebut.
“Kalau dalam drama lain, saya boleh buat sesuka hati.Tapi untuk watak ini saya perlu berhati-hati kerana Siti Nordiana seorang yang popular dan ramai peminat.
“Saya takut apa yang diterjemahkan itu mungkin bukan gambaran sebenar peribadinya dan disebabkan itu saya rajin bertanya kepada Nana termasuk sampai ke makanan kegemaran dia apa untuk hidupkan wataknya,” katanya.
Drama arahan Hashim Rejab itu turut dibintangi Adriana Adnan, Hafidz Roshdi, Mustaqim Bahadon dan Aleza Shadan.
Aku Seorang Perempuan bersiaran di TV9 pada setiap Sabtu dan Ahad, jam 7.30 malam.
Usahawan dan pempengaruh, Iqbal Zulkefli mendedahkan dia baru sahaja selesai menjalani prosedur menguruskan badan, sekaligus menjelaskan mengenai perkembangan terkini mengenai dirinya.
Iqbal berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Insta Story Instagram.
Menurut Iqbal, selepas menjalani proses tersebut, dia tidak menjamah makanan walaupun sekeping roti selain menjaga pengambilan air.
“Saya baru selesai proses kurus bersama doktor di hospital. Ini hari ketiga saya langsung tidak menyentuh makanan walau sekeping roti.
“Air pun tidak lebih segelas saya minum sepanjang tiga hari ini. Apabila stabil ada tenaga saya kongsikan dari awal prosesnya,” tulisnya.
Menerusi hantaran terbaharu, Iqbal menjelaskan dia perlu bertahan susulan kerap muntah muntah sepanjang fasa yang dijalani.
“Saya perlu banyak sabar. Pertama, menahan lapar selama sembilan hari langsung tidak boleh sentuh makanan. Setiap 10 minit sekali saya perlu minum air sedikit-sedikit sahaja.
“Sejak program kurus dilakukan, saya muntah sangat kerap. Sabar yang kedua adalah cuba untuk memberi faham kepada orang yang menghubungi saya bertubi-tubi, meskipun mereka tahu saya dalam keadaan begini,” jelasnya lagi.
Terdahulu, Iqbal ada menyuarakan hasrat untuk melakukan pembedahan bariatrik bagi mengubah penampilan di samping mahu menjaga kesihatan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan penulis lagu, Sal Priadi memohon netizen di Malaysia dan Indonesia untuk berhenti berbalah terutamanya bila melibat soal kebudayaan di negara masing-masing.