Menerusi entri terkini di Instagram, pelakon jelita Sarah Hildebrand ada memuat naik sekeping foto bersama suaminya, Otto Gilen.
Bagaiamanpun, perkongsian tersebut mendapat perhatian peminat apabila bintang drama bersiri Pujaan Hati Kanda itu dilihat tidak mengenakan hijab.
Lalu, hantaran tersebut menerima pelbagai reaksi dari pengikutnya di ruangan komen.
Ads
Malah, suaminya turut berkongsi foto yang sama menerusi Insta Stories.
Suaminya yang berdarah kacukan Filipina-Amerika itu menerusi ruang sama memberitahu, dia menghormati keputusan yang dibuat Sarah.
Ads
“I love @sarahhildebrand so much, and I fully support all of her personal decisions,” tulisnya yang seolah-olah merungkai persoalan ramai perihal penampilan si isteri.
Pelakon dan pengacara, Mira Filzah mendedahkan apa sahaja yang dikongsikannya menerusi media sosial terutamanya Instagram hanya sekadar salah satu caranya berinteraksi bersama peminat.
Menurut Mira, dia tidak berniat untuk mengganggu ruang peribadi orang lain namun menyifatkan hanya memenuhi permintaan peminat yang sayang kepadanya.
Penjelasan tersebut dibuat susulan tindakan seorang individu yang meluahkan rasa meluat terhadap perkongsian Mira yang sering dijadikan bahan berita sejak kebelakangan ini.
“Apa saja perkongsian yang saya muat naik di Instagram Stories menerusi ‘Ask Me Questions’ adalah cara untuk memberitahu dan berkongsi pandangan bersama peminat dan pengikut yang baik dengan saya.
“Saya tidak pernah ditemubual berhubung perkongsian yang saya berikan. Ia tidak adil kepada saya dan Emir untuk orang menilai kami sebab mereka baca beberapa artikel berdasarkan soalan peribadi antara saya dan peminat.
“Tidak pernah bermaksud untuk menganggu ruang peribadi anda dengan berita begini apabila ia hanya pandangan peribadi yang diambil dari ruang peribadi saya sendiri,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pelakon drama, Bidadari Kiriman Tuhan itu menerusi ruangan Instagram stories miliknya.
Dalam pada itu, Mira turut menegaskan jika ada mana-mana pihak yang kurang selesa mengenai perkara tersebut, mereka boleh mengabaikannya sahaja.
“‘Ask Me Question’ di Instagram adalah salah satu cara saya berkomunikasi dan berinteraksi bersama peminat dan pengikut saya.
“Kalau tiba-tiba keluar artikel terbaru berdasarkan content di IG stories dan sesetengah orang tidak suka membacanya, jadi jangan baca. Elak kan je.
“Saya tak pernah minta pun artikel-artikel seperti itu diterbitkan dan saya pun tak salahkan pihak media. Itu memang tugas mereka.
“Kalau tak suka, abaikan je,” akhirinya.
Sumber: Instagram Mira Filzah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kakak kepada hos dan ahli perniagan, Neelofa, Noor Nabila mengakui serba salah selepas memuat naik video di Instagram Story yang merakamkan PU Riz sedang bersembang dengan adiknya disertai emoji hati, baru-baru ini.
Nabila berkata, dia tiada niat untuk mengundang spekulasi atau salah sangka orang ramai.
“Emoji cinta yang saya kongsikan di Instagram Story hanyalah sekadar berkongsi rasa teruja pada majlis perkahwinan adik saya.
“Jujur emoji itu tidak bermaksud apa-apa pun, tapi orang luar sudah salah tafsir perkara itu. Pada majlis terbabit, PU Riz hanya diundang untuk membaca doa,” katanya.
Menurut Nabila, dia menerima sesiapa saja lelaki yang menjadi pilihan adiknya termasuklah PU Riz.
“Tak kisahlah sama ada PU Riz, bekas teman lelaki atau sesiapa sahaja. Apa yang penting, saya nak lihat Neelofa gembira dulu.
“Selain bahagia yang diperlukan, lelaki itu perlu bersama susah senang dengannya,” katanya.
Tambah Nabila, dia mengakui PU Riz seorang individu dan pengajar yang baik dalam berkongsi ilmu agama.
“Keluarga kami mula rapat dengan PU Riz sejak dia menjadi imam terawih Ramadan lalu.
“Kami memang seronok belajar agama dengannya. Dia seorang ustaz (panggilan kepada PU Riz) yang kami boleh bergurau dan bertanya apa saja soalan.
“Kami senang dengan PU Riz dan secara tidak langsung saya yang kurang ilmu ini dapat belajar sesuatu daripadanya,” katanya.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Syarikat teknologi dan perisian digital pertama di Malaysia, Tronserve (M) Sdn. Bhd. baru-baru ini telah memperkenalkan laman web berkonsepkan do it yourself (DIY) serta aplikasi mesyuarat maya.
Dibangunkan oleh anak tempatan, program yang dikenali sebagai Tronserve Link itu turut menyediakan pelbagai tawaran menarik seperti komunikasi bersama komuniti, peluang pekerjaan dan peluang niaga serta pengajian secara dalam talian dan sebagainya.
Pastinya juga, web tersebut menjadi medium terbaik khasnya kepada pengguna yang bekerja dari rumah bila mana mereka ingin melakukan diskusi atau komunikasi secara maya lebih-lebih lagi di dalam situasi semasa dunia yang berdepan pandemik COVID-19 ketika ini.
Tidak hanya kepada pengguna lain, program ini juga disifatkan sebagai antara peluang terbaik buat golongan selebriti di dalam mempromosikan segala bentuk naskhah seni kepada semua orang.
“Boleh dikatakan kebanyakan selebriti di negara ini kini memilih menggunakan platform media sosial seperti Facebook, Instagram dan Tik Tok di dalam mempromosikan naskhah seni atau berkongsi aktiviti semasa.
“Bagaimanapun apabila mereka memiliki laman web sendiri, ia boleh menjadi ‘rumah’ kepada apa sahaja yang melibatkan selebriti berkenaan dan sekali gus membuatkan akses bersama peminat menjadi lebih mudah, selain sokongan platform aplikasi lainnya.
“Jadi kami ada menghubungi beberapa selebriti serta bintang media sosial untuk memberi galakan serta pendedahan mengenai program ini.
“Malah kami turut memerlukan mereka untuk mencipta lebih kesedaran mengenainya kepada semua orang di luar sana demi memastikan kempen ini berjaya,” kata pengasas Tronserver, Datuk Allan Goh.
Sementara itu, Ketua Pegawai Pemasaran Tronserve, Arash Abdullah pula menambah, pelancaran dua platform ini dilihat sebagai satu kemudahan baru bagi semua orang di negara ini.
Lebih-lebih lagi, ia juga boleh menjadi menjadi masa yang tepat untuk digunakan oleh mereka yang bekerja dari rumah.
Mengharapkan sokongan semua, Ketua Pegawai Eksekutif Tronserver, Dr Keith Ooi Kuan Keat optimis menerusi Tronserver, semuanya menjadi lebih mudah terutamanya di dalam melalui fasa kerja norma baharu ketika ini.
“Kami mensasarkan lebih 2 juta pengguna yang akan menggunakan pelbagai kemudahan yang ditawarkan Tronserve sehingga akhir tahun ini.
“Jika kami berjaya memperolehi sekitar 20 peratus pengguna di negara ini dalam tempoh berkenaan ia menjadi satu signal yang baik,” katanya ketika ditemui pada sidang media memperkenalkan Tronserve di Sunway Convention Centre pada Sabtu.
Layari www.tronserve.com untuk mendapatkan pelbagai informasi mengenai laman web berkonsepkan DIY dan aplikasi mesyuarat secara maya, Link ini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Enggan terus berada di takuk lama, penyanyi Haqiem Rusli menegaskan dirinya kini bersedia untuk mencuba sesuatu yang baharu dan keluar daripada zon selesa demi memastikan kerjayanya terus berkembang.