Satu perkongsian foto daripada pelakon dan penyanyi, Elizabeth Tan mencuri perhatian peminat.
Hadir ke program Muzik-Muzik bersama rakan duet, Hazama bagi mencalonkan lagu baru mereka berjudul Beku, Elizabeth yang mesra disapa Lizzy sekali lagi mengakui dirinya tidak hamil, sebagaimana telahan yang dibuat sesetengah warganet, baru-baru ini.
“Saya tak pregnant,” tulisnya ringkas disusuli emoji sebagai kapsyen pada hantaran terkininya di Instagram.
Perkongsian tersebut turut memberi ruang buat peminat untuk memberikan reaksi, termasuk ramai yang terhibur dengan pendedahan yang dibuat Lizzy.
Ads
Terdahulu, foto yang dimuat naik Lizzy atau nama sebenar Elizabeth Tan Su Mei, 28, bersama pelakon drama Pi Mai Tang Tu iaitu Angeline Tan ‘memancing’ mata warganet apabila ada mendakwa bentuk perutnya yang dilihat sedikit berisi seakan-akan seperti baby bump.
Lalu, Lizzy tampil menjawab persoalan mereka menerusi ruangan Instastory, mendedahkan dia belum berbadan dua sebagaimana yang disangka.
Ads
Lizzy sebelum ini mendirikan rumah tangga dengan suaminya yang juga usahawan dikenali Siew Jim, 20 Mac lalu.
Pada awalnya pasangan ini merahsiakan perkahwinan mereka, namun berita tersebut tersebar dan dikongsi kenalan termasuk bapanya, David Tan Suan Chew melalui media sosial.
Ads
Menganggap hal perkahwinan adalah perkara peribadi, Elizabeth selepas itu tampil memohon maaf kepada peminat dan pihak media kerana merahsiakan perkahwinan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Fasha Sandha ada memuat naik beberapa keping foto setelah selesai menunaikan solat sunat tarawih bersama bakal keluarga mentua Elisya Sandha.
Di samping menitipkan ucapan terima kasih kepada keluarga pengarah dan penerbit Sheila Rusly, Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan turut serta berbuka puasa bersama.
“Syukur Alhamdulillah untuk hari ini
Terima kasih @jinggo_jspictures @sheilarusly_jspictures dan Family diatas jemputan berbuka dan masakkan kami sekeluarga. Alhamdulillah,” tulisnya menerusi hantaran di Instagram.
Pelawak dan penyampai radio, Danial Zaini mengakui dirinya pernah terdetik untuk berhenti daripada meneruskan kerjayanya di dalam dunia komedi gara-gara kurang diberikan peluang dan perhatian.
Jelas Danial, segalanya masih lagi segar di fikiran apabila ada yang beranggapan kerjaya lawaknya tidak mampu untuk pergi jauh seperti pelawak-pelawak yang lain.
“Sebelum ini saya merasakan dunia lawak ni dah habis bagi saya. Kerana itu bermulanya saya buat lagu sebab saya rasa tiada tempat lagi untuk saya melawak.
“Saya masih ingat lagi kata-kata orang yang mengatakan lawak tiru suara saya ni tak boleh pergi mana-mana pun. Meski masa saya beraksi di pentas besar pun, ada juga yang berkatakan sebegitu,” katanya kepada MH.
Penyampai radio Era itu berkata sedemikian sewaktu ditemui pada sidang media malam final Muzikal Lawak Super musim ke-2 baru-baru ini.
Danial turut menambah, pada mulanya dia berasa agak berat hati untuk menyertai MLS pada kali ini kerana merasakan dirinya sudah tidak layak lagu untuk beraksi di mana-mana pentas.
“Saya masih ingat lagi masa Maharaja Lawak Mega 2017, saya dah kata itu pentas terakhir saya dalam dunia komedi. Saya dah tak nak masuk mana-mana pentas. Malah, saya pun tak buat lawak ‘stand up’ dekat mana-mana dah.
“Bila tahun lepas saya masuk MLS musim pertama dan saya tersinggir, saya okay lagi sebab buat untuk kawan-kawan. Tapi tahun ni agak berat sikit nak masuk sebab saya macam dah takda hati.
“Kemudian, Abang Ezad dan Azmi pujuk saya untuk masuk. Minggu demi minggu saya cuba dan minggu ketiga mereka minta saya buat lawak tiru suara semula. Saya bersetuju dan Alhamdulillah juri pun boleh terima termasuklah orang lain juga.
“Yang dulunya mereka kata saya ni tidak akan ke mana dan karier lawak saya tak boleh pergi jauh tapi alhamdulillah hari ini rezeki Allah,” katanya lagi.
Ditanya mengenai reaksinya yang dilihat terduduk saat Heart diumumkan sebagai juara MLS musim ke-2, Danial menjelaskan dia sebolehnya mahu menutup kariernya sebagai seorang pelawak dengan kejayaan ini.
“Ketika itu, apa yang terlintas di fikiran saya adalah saya memang nak tinggalkan dunia komedi ni. Saya belum terfikir kalau saya ditawarkan untuk masuk Maharaja Lawak Mega tahun ini.
“Apa yang boleh saya katakan sekarang, mungkin ini pentas terakhir saya untuk melawak. Saya nak tutup dengan kemenangan ini. Saya nak bina karier saya dalam hosting, menyanyi dan berlakon.
“Bila saya tutup dengan kejayaan ini, bermakna orang masih boleh terima saya melawak. Dari tahun 2016 hingga 2020, sangat sukar untuk saya menapak dalam industri komedi.
“Saya masih bertahan pun sebab saya jadi penyampai radio, berlakon dan menyanyi tapi komedi tidak. Saya hanya jadi juara Lawak Solo 2016 je. Itu je gelaran yang saya ada. Saya pun malu nak mengaku saya juara.
“Tapi bermula hari ini saya bangga saya jadi juara Lawak Solo. Saya bersyukur dengan rezeki yang Allah beri kepada saya serta sokongan keluarga. Terima kasih juga kepada Astro yang juga rumah kedua saya,” akhirinya.
Terdahulu, kumpulan Heart yang dianggotai oleh Danial, Azmi Saat dan Ezad Lazim dinobatkan sebagai juara sekali gus membawa pulang hadiah utama RM150,000 beserta trofi.
Pada malam tersebut, Danial turut telah diangkat sebagai ‘Superstar Of The Season’ pada pertandingan kali ini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pasangan selebriti, Awal Ashaari dan Scha Alyahya ada berkongsi cerita dan pengalaman yang dilalui setelah selamat menimang cahaya kedua mereka, Lyla Amina pada 12 Februari lalu.
Jelas Scha, rutin harian kehidupannya kini semakin padat dan sibuk selepas kehadiran cahaya mata comel itu yang kini sudah mencecah usia 2 bulan.
“Sementara dia (Awal) keluar berkerja, saya di rumah dan begitulah sebaliknya. Boleh dikatakan, sekarang agak sukar kalau mahu keluar bersama-sama, melainkan ada komitmen yang dijanjikan awal.
“Kami sekarang juga boleh dikatakan sudah tidak ada misalnya untuk duduk relak main Instagram ke apa, sekarang bila balik rumah sahaja, fokus adalah untuk kena uruskan anak, kerja rumah dan sebagainya.
“Saya akui rutin ini memang memenatkan, tapi saya sangat gembira sebab kita diberikan kerahmatan untuk dikurniakan cahaya mata setelah sekian lama. Pada awalnya memang kekok dan saya anggap ia sebagai satu cabaran,” kata Scha kepada MH.
Sementara itu, Awal turut menambah, untuk menguruskan anak yang masih bayi bukan satu perkara mudah dan sangat berikan cabaran bagi dirinya.
“Cabaran anak satu atau cabaran anak dua sangat berbeza sebab kalau anak satu kita boleh kawal dan boleh diatur-atur. Tapi bila dah ada anak dua ni kehidupan kami macam sikit ‘huru-hara’, dia macam tak tenang.
“Bila ada anak kecil macam-macam benda kita nak kena buat contohnya mahu nak uruskan barang-barang dia dan sebagainya.
“Tambahan pula anak menyusu badan,” katanya yang turut bersyukur kerana dikurniakan rezeki zuriat.
Terdahulu, Awal dan Scha selebriti ditemui pada majlis pelancaran kempen jualan Ramadan Raya 2021 bersama duta Jakel, di Jakel Mall, Kuala Lumpur pada Jumaat sempena musim perayaan ini.
Selain mereka, rakan selebriti seperti Nabil Ahmad, Datuk Aaron Aziz, Hairul Azreen dan Shuk Sahar turut menjadi duta busana raya jenama berkenaan pada tahun ini.
Imbas kembali, pasangan ini mendirikan rumah tangga bersama pada 4 Mei 2012 dan memiliki seorang anak perempuan nama bernama Lara Alana, 7 tahun.
Foto: Instagram Scha Alyahya, Awal Ashaari
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Seorang lelaki berusia 26 tahun ditahan pihak berkuasa selepas dipercayai menjadi dalang di sebalik kebocoran filem animasi yang belum ditayangkan, The Legend of Aang: The Last Airbender yang juga karya terbaharu dalam francais popular, Avatar.