Nama pelakon, Nora Danish kembali menjadi perhatian apabila timbul spekulasi kononnya aktres itu didakwa kini sedang hangat menjalin hubungan cinta dengan seorang lelaki yang dikenali sebagai Mickey Ayo.
Desas-desus ini mula tercetus selepas Nora atau Nora Mohd Danish Hanif, 43, memuat naik foto seorang lelaki berkopiah di Instagram miliknya, baru-baru ini.
Malah, ada segelintir netizen yang cuba mencari latar belakang lelaki berkenaan yang dipercayai seorang perunding kewangan berjaya.
Ada juga netizen yang mulai meninggalkan komen terhadap beberapa hantaran yang dibuat lelaki berkenaan di Instagram.
Nora turut dilihat ada meninggalkan tanda suka pada hantaran lelaki itu, sekali gus menguatkan lagi andaian peminat.
Ads
Ads
Sejarah Perkahwinan Nora
Untuk rekod, Nora pernah mendirikan rumah tangga bersama Nedim Nazri pada 30 Mac 2017 sebelum berpisah pada 19 Jun 2024.
Ads
Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata, Mohamed Neqayl, 7.
Pempengaruh media sosial terkenal, Genie Yamaguchi, berdepan detik memalukan apabila dia dijatuhi hukuman tiga bulan Day Reporting Order (DRO) oleh mahkamah republik Singapura selepas mengaku bersalah mencuri puluhan barangan di sebuah pasar raya terkenal.
Wanita berusia 27 tahun itu didakwa mencuri sebanyak 27 barangan bernilai kira-kira S$600 (RM1,800) dari pasar raya Don Don Donki di Orchard Road pada Ogos tahun lalu.
Perbuatannya itu akhirnya terbongkar dan dibawa ke muka pengadilan setelah pihak pengurusan pasar raya membuat laporan kepada pihak berkuasa.
Sebagai sebahagian daripada hukuman yang dikenakan, Yamaguchi diwajibkan memakai alat pengesan elektronik (electronic tag) pada pergelangan kaki sepanjang tempoh pengawasan.
Dia turut dikehendaki mematuhi perintah berkurung antara jam 10 malam hingga 6 pagi setiap hari. Hukuman tersebut bertujuan memastikan tahap disiplin dan pemantauan rapi terhadap pergerakannya.
Mahkamah dalam keputusannya turut mengambil kira beberapa faktor meringankan hukuman termasuklah ketiadaan rekod jenayah lampau, pembayaran ganti rugi penuh kepada pihak pasar raya, serta pengakuan salah dan rasa kesal yang ditunjukkan oleh tertuduh.
Walau bagaimanapun, mahkamah menegaskan bahawa perbuatan mencuri tidak boleh dipandang ringan meskipun dilakukan oleh individu berprofil tinggi.
Difahamkan, hukuman Day Reporting Order yang dikenakan itu merupakan alternatif kepada hukuman penjara, dengan tujuan memberi peluang kepada pesalah muda atau pesalah kali pertama untuk memperbaiki diri tanpa melalui sistem pemulihan yang lebih berat.
Ia antara lain mewajibkan pesalah melaporkan diri secara berkala kepada pegawai pemulihan selain menjalani sesi kaunseling dan pemeriksaan lanjut sepanjang tempoh hukuman.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, pengacara dan pelawak senior, Syed Muradzi Syed Shamsul, atau lebih dikenali sebagai Dee, mengakui mengambil masa hampir 19 tahun untuk melepaskan rasa kehilangan sahabat baiknya, Allahyarham Syeikh Munir Syeikh Mahmud atau mesra dipanggil Moon.
Moon meninggal dunia akibat serangan strok pada 9 November 2005, kira-kira jam 11.15 pagi.
Menurut Dee, arwah Moon bukan sahaja teman rapat, malah rakan kongsi perniagaan apabila mereka bersama-sama mengusahakan salun selepas dirinya tidak lagi aktif di kaca televisyen.
“Selepas saya tidak lagi muncul di TV, arwah tetap ada bersama. Kami bekerja bersama di salun setiap hari seolah-olah sudah seperti keluarga. Sebab itu bila dia pergi, saya sangat terkesan.
“Saya seorang yang bila sudah sayang, saya akan sayang sepenuh hati. Buruk baik saya terima. Jadi bila arwah meninggal, memang berat untuk saya terima,” katanya.
Dee yang sinonim menerusi sitkom Jangan Ketawa itu membuat perkongsian bersama Dr Healing, Dr Hisham Dzakiria dalam satu sesi, baru-baru ini.
Tamhah Dee, pemergian arwah juga membuatkannya mengalami tekanan emosi hingga hampir dua bulan hidup dalam keadaan tidak sedarkan diri.
“Selepas pengebumian, saya balik ke Kuala Lumpur dan ketika di KLIA, saya rasa kosong. Hampir dua bulan saya tidak mampu urus diri, malah ada kawan yang datang rumah suap makan.
“Setiap kali sebut pasal arwah Moon, saya pasti sebak dan menangis. Rindu itu masih ada walaupun sudah 20 tahun dia pergi,” katanya lagi.
Dee turut mehjelaskan, setiap kali menunaikan umrah, beliau dia pernah lupa menitipkan doa buat arwah.
“Kali kedua saya di hadapan Kaabah, saya serahkan segalanya kepada Allah. Saya minta ampun untuk arwah Moon.
“Masa itu baru saya benar-benar melepaskan, walaupun rindu itu tetap ada setiap hari,” ujarnya.
Dalam perkongsian itu, Dee turut mengimbas kembali bagaimana arwah Moon sebenarnya bercita-cita membuka restoran sendiri sebelum pemergiannya, namun hasrat itu tidak kesampaian.
“Kini saya bersama Zack Zaid dan isterinya, Nurul Natasha membuka restoran Saprah KL.
“Zack sudah lebih 25 tahun menjadi pengurus saya dan dia bersama isterinya banyak membantu menjayakan impian ini.
“Saya percaya arwah pasti bangga kerana saya teruskan sesuatu yang dia cintai,” katanya.
Sementara itu, Dr Hisham menasihati Dee agar tidak memendam rasa terlalu lama, sebaliknya meluahkan perasaan kerana ia sebahagian daripada proses penyembuhan.
“Dr Hisham kata, menangis bukan tanda kelemahan, tetapi kekuatan kerana kita berani meluahkannya.
“Beliau malah buat sesi terapi menggunakan botol berisi air. Saya diminta pegang botol itu beberapa minit sebelum melepaskannya ke lantai sebagai simbolik kepada melepaskan kesedihan dan beban emosi,” katanya.
Bagaimana pun bagi Dee, kehilangan sahabat karib menjadikan dirinya lebih menghargai nilai persahabatan dan kasih sayang.
“Kasih sayang bukan mudah untuk dijual beli. Bukan semua orang sanggup ada dengan kita ketika susah dan senang.
“Saya selalu anggap arwah Moon seperti pergi bercuti. Hakikatnya, doa dan ingatan adalah cara saya melepaskan rindu,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Ahli kumpulan K-pop popular, Super Junior, Choi Siwon tampil memberi penjelasan selepas menerima kecaman hebat susulan hantarannya yang memberi penghormatan kepada tokoh politik konservatif Amerika Syarikat, Charlie Kirk, yang maut dalam insiden tembakan baru-baru ini.
Pada 12 September lalu, Siwon menulis di platform peminat Bubble bagi merungkai kontroversi yang tercetus. Menurutnya, penghormatan itu dilakukan atas dasar kemanusiaan, bukan politik.
“Telah banyak perbincangan mengenai penghormatan saya kepada Charlie Kirk, jadi saya ingin menjelaskan. Dia seorang Kristian, seorang bapa, dan seorang suami.
Tanpa mengira keadaan, adalah sesuatu yang menyedihkan apabila dia kehilangan nyawa akibat keganasan bersenjata ketika sedang memberi syarahan di hadapan ramai pelajar kolej. Itulah sebabnya saya memberi penghormatan kepadanya, tanpa mengira pendirian politiknya,” tulisnya.
Bagaimanapun, penjelasan itu tidak meredakan kemarahan netizen di Korea Selatan. Ramai yang menyifatkan Siwon bersikap selektif kerana hanya menzahirkan simpati terhadap Kirk, sedangkan sebelum ini beliau tidak melakukan perkara sama terhadap mangsa lain insiden keganasan bersenjata di Amerika.
Lebih mengeruhkan keadaan, netizen turut mengimbas kembali kontroversi lalu membabitkan Siwon, termasuk hantaran yang menentang protes prodemokrasi di Hong Kong serta perkongsiannya yang menyokong penolakan terhadap perkahwinan sejenis.
Pemerhati industri hiburan Korea berpendapat, kontroversi kali ini boleh menjejaskan imej global Siwon, khususnya di saat pengaruh K-pop terus berkembang di peringkat antarabangsa.
Kemarian Charlie Kirk yang juga sekutu kuat Donald Trump pada 10 September lalu menuai reaksi pelbagai daripada masyarakat antarabangsa. Ada yang berduka dan ada yang meraikan pemergian insan kontroversi itu.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Dramatis Laila Nasir tidak dapat menyembunyikan rasa gembira dan terharu apabila selamat menerima menantu sulungnya pada 6 Jun lalu menerusi sebuah majlis tertutup yang...