Suami penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat iaitu Nabil Mahir berkongsi perasaan teruja apabila berkongsi foto dirinya sedang memangku anak sulung mereka yang dilahirkan pada Selasa.
Sambil berkongsi rasa syukur di Instagram, Nabil turut memaklumkan bayi dan isteri tersayang berada dalam keadaan baik.
“Im officially a Daddy! Alhamdulillah everything was fast and smooth. Ayda delivered Baby Wuvv jam 7.07pm pada berat 2.77kg.
“Ayda & Baby sihat alhamdulillah. They both just need plenty of rest. Malam semalam dah mula dah bangun hampir setiap jam but alhamdulillah Baby senang dipujuk.
“Thank you semua atas ucapan dan doa. Moga kita sama2 dapat keberkatan dariNya. Take care and stay safe!,” tulis Nabil.
Perkongsian indah itu turut disusuli dengan ucapan tahniah dari peminat dan rakan selebriti.
Sementara itu, Ayda turut berkongsi foto tangan kecil anak perempuannya menerusi platform sama sambil mengucapkan terima kasih atas doa semua.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Terima Kasih Allah Untuk Memori & Pengalaman Yang Berharga,”- Selamat Bersalin Secara Normal, Emma Maembong Imbas Kenangan
Pelakon Emma Maembong menzahirkan rasa syukur kerana berpeluang merasai pengalaman bergelar ibu.
Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, menjelaskan, saat ini merupakan satu memori serta pengalaman sangat berharga buat dirinya.
“All i want to say is, i love both of you so much. Thank you Allah for this memorable and precious experience which i would cherish for the rest of my life @eslovestory @shazli.a.
“8/11/20 alhamdulillah emma gave birth to a healthy baby boy weighing at 3.2kg hospital @hospitalumra at 2.38am normal labour,” tulisnya pada satu pautan video yang kini sudah pun ditonton lebih 600,000 kali itu.
Emma mendirikan rumah tangga bersama juruterbang, Muhammad Shazli Azhar pada 20 Februari lalu.
Suaminya menerusi Instagram sebelum ini ada mendedahkan isterinya itu sudah pun selamat bersalin anak lelaki.
Foto: Instagram Emma Maembong
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Normal Perut Ibu-Ibu Macam Ni, Saya Juga Manusia,” – Disangka Hamil, BCL Sedih Jadi Mangsa Body Shaming
Penyanyi dan pelakon terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari akui tertekan selepas menjadi mangsa ejekkan fizikal netizen gara-gara tular fotonya yang dikatakan sedang hamil.
Menurut Bunga, orang luar tidak boleh mengharapkan dia sentiasa tampil kelihatan sempurna setiap masa kerana dia juga merupakan manusia biasa.
“Saya sebenarnya lebih sedih dan sakit hati apabila menjadi mangsa body shaming. Saya pun makan juga macam orang lain. Perut saya tidaklah rata. Normal kalau perut para ibu sebegini.
“Ini adalah perut manusia normal yang suka makan tengah malam. Orang tidak akan faham tentang angle gambar, perut menaik selepas makan atau sedang datang bulan,” katanya kepada MH
Tambah isteri kepada pelakon Allahyarham Ashraf Sinclair ini lagi, dia sebenarnya mengharapkan orang luar gembira dengan perubahannya itu namun, perkara sebaliknya pula yang berlaku.
“Saya agak sedih sedikit sebab dua atau tiga tahun sebelum ini saya sangat kurus dan hilang banyak berat badan. Sekarang saya masih makan seperti dulu tapi kali ini berat badan saya naik.
“Saya harapkan orang gembira melihat perubahan saya yang kini mungkin nampak lebih segar, gembira dan sihat kerana fasa-fasa sukar itu telah saya lewati.
“Walaupun perjalanannya masih panjang dan banyak lagi yang harus saya tempuhi, sekurang-kurangnya hal-hal berat itu sudah saya harungi. Dalam beberapa bulan lagi umur saya akan cecah 40. Saya bukan 20-an lagi,” kongsinya lagi.
Bunga berkata sedemikian ketika ditemui pada majlis sidang media konsert Blossom-Bunga Citra Lestari yang diadakan di Kuala Lumpur Convention Center pada Rabu.
Bercakap mengenai konsert di Kuala Lumpur, Bunga akui ia bukan keputusan yang mudah memandangkan bandar ini menyimpan seribu satu kenangan bersama arwah suami.
Namun, dia kini merasakan sudah tiba masanya untuk dia memberanikan diri dan kembali bangkit meneruskan kehidupan.
“Kuala Lumpur merupakan rumah kedua saya. Pada mulanya saya memang agak gementar untuk ke sini. Saya juga ada alami keresahan kerana kini saya kembali ke tempat yang penuh dengan kenangan.
“Daripada tahun 2007 saya berulang-alik ke Kuala Lumpur. Saya yakinkan diri yang kini sudah tiba masanya untuk sberanikan diri kembali ke rumahnya Asyraf.
“Selepas mengharungi detik yang paling sukar, pada konsert ini, saya ingin membuktikan kepada diri sendiri dan orang lain walau sebesar mana badai melanda, kita pasti mampu bangkit kembali.
“Konsert ini bukan sekadar untuk menunjukkan kekuatan tetapi juga penerimaan saya tentang hidup ini tidak akan selalu indah. Kita akan tetap mampu bahagia dengan cara yang berbeza,” ujarnya lagi.
Sekadar info, Bunga berkahwin dengan Ashraf pada 8 November 2008 dan dikurniakan seorang anak lelaki.
Ashraf, 40, meninggal dunia pada 18 Feb 2020, akibat serangan jantung.
Terdahulu, Konser Blossom Bunga Citra Lestari bakal diadakan pada 27 Januari 2023 di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
Tiket konsert pula bakal dijual mengikut kategori bermula harga RM258, RM308, RM638, RM838, RM1038 dan RM1238.
Pembelian awal juga boleh dibuat dengan harga yang lebih rendah.
Tiket boleh didapati bermula esok, 11 November ini jam 11.11 pagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Ramai Juga Berteka-Teki Saya Mungkin Bakal Lahirkan Bayi Perempuan,” – Syukur Dikurnia ’Baby Boy’, Feeya Iskandar Kongsi Nama Anak Muhammad Zidane
Penyampai radio, Nor Shafiza Iskandar Azizan atau lebih sinonim dengan panggilan Feeya Iskandar telah pun selamat melahirkan cahaya mata ketiganya pada 11 Februari.
Bercakap kepada MH, penyampai radio Suria FM ini mengakui sekiranya diberi pilihan, dia berhasrat untuk memiliki anak perempuan.
Bagaimanapun bintang radio berusia 32 tahun ini tetap bersyukur rasa atas rezeki zuriat yang dikurniakan oleh Allah S.W.T.
Baginya, yang paling penting ialah anak yang dilahirkan sihat sempurna seadanya.
“Jujurnya ketika sedang hamil kali ketiga, sebenarnya ramai juga yang berteka-teki saya mungkin bakal melahirkan bayi perempuan melihatkan kepada keadaan saya ketika itu.
“Malah kalau nak ikutkan, memang kalau boleh nak anak perempuan sebab saya dan suami sudah ada dua orang anak lelaki. Tapi bukan kita yang menentukan. Semua rezeki Dia yang bagi dan kami tetap bersyukur,” katanya.
Feeya pada masa sama tidak meletakkan harapan besar, sebaliknya terus berdoa moga keinginannya ifu dimakbulkan.
“Saya tak ada nak letak harapan terlalu tinggi pun nak bayi perempuan pun sebab bagi saya lelaki atau perempuan saya tak kisah yang penting bayi tu selamat dan sihat. Itu sudah memadai.
“Yang pasti, semuanya rezeki dari Allah, kalau nanti ada rezeki nak dapat anak perempuan, InsyaAllah. Doa-doakanlah ya,” katanya lagi.
Berkongsi mengenai nama anak ketiganya yang kini mencecah usia dua bulan, Feeya memberitahu bayi lelakinya itu diberi nama Muhammad Zidane, sempena nama pemain bola sepak Perancis, Zinedine Zidane.
Kongsinya, Muhammad Zidane menjadi pilihan selepas mendapat persetujuan bersama suami, Nurashid Abd Wahab.
“Kami pilih nama Zidane bukanlah sebab kami peminat dengan pemain bola berkenaan, tetapi kerana namanya yang unik dan mudah untuk disebut.
“Jadi atas persetujuan bersama suami, kami memilih nama Zidane untuk anak ketiga kami,” jelasnya lagi.
Untuk rekod, Feeya mendirikan rumah tangga bersama Nurashid pada 6 Mei 2015 dan selain Zinade, mereka memiliki dua orang anak lelaki iaitu Adam Malique, 3 dan Nuh Aryyan,2.
Foto: Instagram Feeya Iskandar
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI