Perkongsian yang dibuat aktres Nabila Huda di Instagram miliknya pada Khamis menjadi sorotan warga maya.
Menerusi sekeping foto yang dirakam bersama dua rakan selebritinya, Sharifah Sakinah dan Marsha Milan yang disunting wajah mereka yang tampak tua, Nabila turut menulis kapsyen berbaur humor.
“Haa yang ni saya kenal. Yang belah kanan tu, penyanyi hebat Malaya dan pelakon #FilemRahsia, @marshamilandan. Kiri tu, pelakon hebat dan juara work out fitness Sakinah, hemmafit, spoke person cyril, eh banyak jugak ek she buat, @sharifah_sakinah,” tulis Nabila.
Ads
Mesra disapa Abil, bintang filem Rahsia ini dilihat ada memberikan reaksi terhadap berapa komen yang ditinggalkan menerusi hantaran terkininya itu.
Ads
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selebriti terkenal antarabangsa, Rihanna dilaporkan sudah melahirkan anaknya yang kedua bersama rapper, A$AP Rocky. Berit aitu dikongsikan oleh sumber terdekat pasangan selebriti itu kepada media antarabangsa.
Menurut sumber itu lagi, jantina anak kedua mereka ialah lelaki dan dilahirkan pada 3 Ogos 2023 di Los Angeles. Turut juga dikongsikan bahawa nama bayi lelaki itu bermula dengan huruf R.
Berahsia mengenai kandungannya yang kedua, penyanyi lagu popular Umbrella ini hanya mengumumkan yang dia sedang hamil ketika membuat persembahan di SuperBowl Halftime Show pada Februari tahun ini.
Ketika melakukan persembahan, Rihanna membuka pentas dengan menggosok perutnya dan kemudian membuka zip pakaian yang akhirnya mendedahkan bahagian perut yang membesar.
Imbas kembali, sebelum ini pasangan tersebut sudahpun memiliki seorang cahaya mata yang kini berusia 15 bulan. Anak sulung mereka itu diberi nama RZA Athelston Mayers.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Disebabkan terlalu komited untuk menjayakan watak Ramlah di dalam filem reboot Rahsia, pelakon, Nabila Huda mendedahkan watak tersebut telah meresap ke dalam tubuhnya sehingga terbawa-bawa hingga ke rumah.
Menurut Nabila, perkara tersebut disedari oleh suami dan anaknya ketika dia bercuti seketika daripada penggambaran.
“Selepas dua minggu menjalani penggambaran, saya pulang ke rumah. Saya jumpa suami dan bagitahu yang saya sangat rindukan dia.
“Selepas itu, kami keluar bersama. Bila dah balik, suami bagitahu yang dia tak selesa nak berjumpa dengan saya pada ketika itu. Dia kata perangai saya lain.
“Saya pun bengang la bila dia cakap macam tu. Saya pula ingat mereka ni yang mengada. Padahal, saya rasa okay sahaja. Perangai saya sama dan tak berubah.
“Anak saya pun nampak perubahan itu. Kemudian, suami suruh saya buang dahulu watak tersebut di luar rumah. Jangan bawa balik,” katanya kepada MH.
Nabila berkata sedemikian ketika ditemui media pada tayangan filem Rahsia yang berlangsung di GSC Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur pada Selasa.
Mengulas lebih lanjut mengenai perkara itu, Nabila memberitahu, watak Ramlah telah membuatkan dirinya menjadi seorang yang agresif dan sering termenung.
“Watak itu buat saya jadi agresif dan cepat marah. Kalau kita berlakon, kita akan ambil mood. Jadi, untuk hilangkan watak itu, saya kena ambil kembali mood gembira sebelum masuk rumah.
“Dalam kereta masih stres memikirkan watak itu, bila sampai ke rumah saya kena tukar karakter jadi gembira semula. Penat nak tukar karakter. Jadi saya ambil keputusan untuk jumpa mereka kembali selepas penggambaran selesai sepenuhnya.
“Kemudian bila saya pulang ke rumah barulah suami saya lega. Dia kata isteri saya dah kembali. Sebelum ini bukan Nabila. Itu adalah Ramlah. Saya benci Ramlah.
“Saya dah kembali normal, ceria dan berborak seperti biasa. Sebab sebelum ini suami kata saya berbual tapi tiba-tiba saya menjadi serius, tengah termenung,” ujarnya.
Terdahulu, karya arahan Shamyl Othman ini merupakan filem reboot dari karya yang dianggap sebagai ‘cult classic’ filem tempatan, Rahsia yang diterbitkan pada tahun 1987.
Selain Nabila Huda, filem ini turut menampilkan barisan pelakon-pelakon hebat seperi Fikry Ibrahim, Emma Manan, Marsha Mila dan Qistina Raisah.
Rahsia bakal mula bersiaran pada 10 Ogos ini di pawagam seluruh negara.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan pengacara, Nabil Mahir memohon maaf kepada semua pihak yang kurang senang dengan caranya mengumumkan tentang kehamilan isterinya yang juga merupakan selebriti terkenal, Ayda Jebat baru-baru ini.
Menurut Nabil, dia sebenarnya tidak tahu mengenai perkara tersebut kerana tidak terlalu aktif di media sosial.
“Saya sebenarnya agak terkejut juga. Selepas membuat pengumuman tersebut, saya tak periksa pun media sosial. Jadi, saya tak tahu ada sesetengah pihak yang tak senang dengan apa yang saya umumkan.
“Saya hanya berkongsi momen gembira di dalam hidup kami. Saya memohon maaf bagi pihak keluarga kerana menyinggung perasaan segelintir pihak,” katanya kepada MH.
Bapa kepada seorang cahaya mata itu berkata sedemikian ketika ditemui media pada majlis perkenalan produk terbaharu, Aura White Beauty yang berlangsung di ibukota pada Isnin.
Dalam pada itu, Nabil menjelaskan dia sebenarnya tersilap dalam penggunaan ayat sehingga menyebabkan kemarahan segelintir pihak.
“Sebenarnya saya tersalah cakap. Saya nak cakap ‘bersungguh-sungguh’ tapi bila berhadapan dengan ramai orang, jadi ‘berpeluh-peluh’ pula. Saya pun tak tahu kenapa perkataan itu yang terlintas di kepala.
“Sejak daripada zaman mengacarakan Hlive lagi, orang memang tahu yang saya ini memang ‘kaki tersasul’. Sampai hari rupanya tabiat tersasul ini masih ada,” ujarnya lagi.
Sementara itu, Ayda tidak menafikan segelintir netizen masa kini agak sensitif meskipun seseorang melakukan salah yang kecil.
“Saya pun tak tahu kenapa. Dahulu okay lagi. Kalau kita salah cakap dan mereka tegur, kami masih boleh terima.
“Sekarang ini pula, walaupun kita salah cakap atau buat silap sikit sahaja, perkara tersebut akan menjadi seolah-olah kita buat kesalahan besar.
“Jadi, bila individu atau artis yang tak selalu berhadapan dengan pihak media disebabkan gugup, mereka mungkin boleh tertekan. Mereka jadi takut untuk jawab soalan media kerana risau salah cakap,” katanya.
Bagaimanapun, penyanyi lagu Nakal ini menyifatkan dirinya sudah lali dengan situasi seperti ini selain turut berharap agar selebriti lain turut mengikut jejak langkahnya.
“Saya dah biasa berhadapan dengan situasi seperti ini. Nabil memang tidak akan risau fasal saya. Saya tahu macam mana nak mengawal emosi.
“Setakat perkara kecil ini, ia tidak memberi masalah kepada saya. Jadi, nasihat saya untuk selebriti yang berada dalam situasi selalu dicemuh atau dibidas netizen, bertabahlah.
“Fokus sahaja dengan kerja anda. Segala pasti akan okay. Orang tetap akan bercakap apa sahaja sama ada kita buat perkara baik atau buruk,” akhirinya.
Baru-baru ini, Nabil dikecam hebat netizen gara-gara menggunakan perkataan ‘berpeluh-peluh’ ketika membuat pengumuman secara langsung mengenai kehamilan kedua isterinya itu.
Rata-rata netizen menyifatkan Nabil tidak menghormati maruah Ayda sebagai seorang wanita.
Sekadar informasi, Ayda dan Nabil telah mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2021.
Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan, Ana Nayla yang kini berusia dua tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza percaya setiap perkara yang berlaku dalam hidup pasti terselit hikmah, meskipun ada kalanya perlu berdepan pelbagai ujian dan cabaran.